Alhamdulillah Kucingku Dah Pulang
Assalamualaikum.
Bagi pembaca setia kat sini sure perasan LM ada cerita kucing kami dua ekor hilang.
Bila anak bulus yang kita manjakan hilang, pastilah kita akan terasa. Asal keturunan mereka ni adalah dari kucing liar yang bunting datang minta makan. Kami beli kibbles dan bagi dia makan. Tau- tau, dia beranak kat sini . 8 September kalau tak silap LM tarikh nya. Ke.. 4 September macam tu lah, tahun 2020.
Rupanya, kucing tu kahwin dengan kucing jiran rumah baris hadapan rumah kami. Selang beberapa rumah saja rumah kami. 4 ekor anaknya, sekor tu corak marble. Bila tau dia baka Bengal Marble tau la yang dia kahwin dengan kucing jiran kami yang dikurung dalam sangkar. Cinta jeriji besi pun jadi. Haha.
Di sebabkan memang tak kurung pun mereka, maka.. Bila mereka besar dan si anak dia marble ni kahwin pula dengan kucing lorong belakang jenis BSH dapat la pula baka camni. Ada yang memang grey, ada warna lain juga hitam dan yang si Tabby ni bulu BSH tapi corak marble ikut maknya.
Lepas bebas tapi time makan, time tidur dia tau balik. Tabby ni bila kami balik dari keluar ke mana pun dia akan terus balik bila gate terbuka. Maksudnya dia memang main Sekitar sini Je. Kalau dia melepak kadang tu, dia jadi JAGA duduk macam anjing mengawal rumah tuannya. Duduk santai depan gate. Kadang selamber dia baring atas jalan 1/3 jalan raya tu. Kita pula ngeri takut kena langgar kereta.
Sejak akhir- akhir ni kami perasan maknya jarang ada di rumah. Kami tak kisah sangat sebab mereka memang garang dan tak mau dengan orang tak dikenali. Lagi pula kami dah mandul kan mak dia ni. Tak kisah la, tak akan bunting la dia merayau cari pakwe pun.
Bila 2 minggu lepas kami perasan dia balik pakai rantai lain di leher dia. Terus kami kurung bawa tidur dalam rumah. Esok nya tak sempat apa dia lari keluar ikut tingkap, tapi kami dah buka rantai tu ganti rantai lain. Cubaan memiliki la tu kot. Kucing orang datang, dia bagi makan dan tukar rantai lain.
Bila dah tukar rantai dan dia terlepas keluar, dia terus hilang seharian tak balik. Bila balik, terus LM kurung. Nampak dia trauma masa dia balik tu dan ada kesan buku tercari tengah badan dia dua tempat. Mungkin dia di kurung dan dia melolos keluar tu yang bulu dia tercari nampak la sikit borak bahagian tu.
Hari yang maknya hilang seharian tu Tabby pun dah tak muncul. Kami bersangka baik, kot la dia dating dengan makwe sampai lupa balik. Bila masuk hari kedua LM dah gelabah. Sah la dia memang tak balik lagi ke rumah kami.
Nak dijadikan cerita, dalam pasrah kan hati kehilangan Tabby, kami lega la sebab dah dapat kurung si ibu. Tapi, malang bertimpa- timpa. Masa Pakji bagi makan, terlupa kunci pintu sangkar bahagian atas. Dia pun lari la. Tau tau tengok sangkar dah terbuka luas. Hampa... Menangis berjam juga LM masa tu.
Si ibu(tingkat atas) , setelah hilang 2 hari akhirnya balik. Nampak lesu dan cemas. Syafiq balik dari sekolah KAFA petang , dia nampak kucing kami balik dan dukung bawa masuk rumah. Slow slow peluk dan bagi makan. Nampak lapar dan berselera dia makan. Baru beberapa suap, dia muntah. Bila tengok muntah dia, ada beberapa tulang ikan terus LM carik carik dan jumpa ikan bilis dalamnya. Nampak seperti kibbles yang direbus dengan tulang ikan dan ikan bilis jenis kecil. Kami syak dia bagi kibbles tapi kucing tak mau makan. Tu yang dia try DIY makanan tu. Mujur tak jadi ala apa. Tercekik tulang kucing kita wak!
Alhamdulillah setelah 2 minggu hilang, tiba tiba Tabby balik semalam. Balik dari beli sarapan, LM nampak kelibat dia nak lari masuk pagar bila pintu pagar terbuka. Terus panggil dia. Tapi nampak laju nafas dia dan dia macam panik. LM takut dia lari jauh, laju laju minta Pakji mati kan enjin motor. Dia takut bunyi kuat. Terus tangkap dan bagi makan dalam rumah sementara Pakji pergi beli sangkar baru untuk Tabby dan ibunya. Kucing kami yang baka kucing kampung takda pun hilang. Yang kedua ni jenis marble laju Je orang curi. Adakah orang sama? Entah la.
Gigih belek apa yang dimuntahkan. Rupanya tulang tulang ikan yang dikisar Campur kibbles dan ikan bilis jenis kecil. Tulang ikan tau, bukan tulang ikan bilis. Wetfood yang warna gelap tu kami punya, yang tu jenis tuna yang makanan dalam tin tu.
Maka, sejak semalam berkongsi banglo la dua beranak ni. Tak apalah, walau dia memberontak tak mau di kurung, buat masa ni LM rasa ini yang terbaik. Kaki Tabby ada luka 3 tempat. Mungkin meronta semasa nak dikurung dan tersepit cage kot? Tak sanggup kehilangan mereka berdua lagi. Sebelum ni baka kucing kampung kalau 3 warna dah lawa gebu pun hilang. Dia kena parvo kita jaga siang malam sayang dan belai macam anak.
Dulu baka siam comel warna putih coklat pun dah besar tiba tiba hilang. Memang kawasan kami ni ada pencuri tegar kot?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/09/alhamdulillah-kucingku-dah-pulang.html