Alasan Kalau Kalah Prn Ke Ni



RAKYAT Melaka akan terlepas peluang mengangkat semula Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri sekiranya peratusan keluar mengundi hujung minggu ini kurang daripada 70%, kata calon ketua menterinya Adly Zahari.
Pengerusi Amanah Melaka berkata PH sukar untuk kembali memerintah Melaka jika rakyat enggan keluar mengundi pada 20 November.
“Untuk PH kekal berkuasa lebih 70% rakyat keluar mengundi baru membolehkan PH memerintah negeri.
“(Kadar peratus) bawah daripada itu memang ada kesukaran kepada PH itu sendiri,” kata bekas ketua menteri Melaka ke-11 itu, ketika wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight, di Ibu Pejabat Amanah Melaka, baru-baru ini.
Adly berkata, kebimbangan itu dapat dirasakan kerana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini PH kehilangan undi Bersatu, selepas parti itu keluar daripada PH dan membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS.
“Cabaran kita, dulu PH ada kesepakatan dengan Bersatu… kita hilang itu, walaupun tak hilang semua, kerana kita tahu bila Bersatu tinggalkan PH tak semua bersama Bersatu, sebahagian bersama Pejuang dalam pembangkang, sebahagian menyertai PH,” kata Adly.
Adly berkata, sebelum penamaan calon pada 8 November lalu, pihaknya menyedari bilangan pengundi yang enggan keluar mengundi agak tinggi, antaranya kerana kebimbangan penularan Covid-19 serta kekecewaan terhadap tingkah laku segelintir ahli politik.
“Mereka rasa mereka tak berkepentingan lagi untuk memilih dalam sistem demokrasi.
“Tetapi sikit demi sikit saya fikir rakyat sudah mula tahu kepentingan mereka menghadapi pilihan raya ini,” kata Adly.
Calon PH bagi kawasan DUN Bukit Katil itu berkata, rakyat tidak harus khuatir untuk keluar mengundi memandangkan kadar vaksinasi sudah mencapai tahap yang tinggi.
“Saya tak fikir perbandingan kita seperti yang berlaku di Sabah, kita sudah mendapat vaksin dan masuk ke Fasa 4,” katanya, merujuk gelombang penularan Covid-19 selepas PRN Sabah pada hujung tahun lalu.
“Rakyat boleh lihat sistem sosial kita, kedai makan, ikan bakar, kita tengok orang melimpah, yang penting kita ikut SOP,” tambahnya.
“Jadi memang kita mahu berikan kesedaran, dengan keadaan semasa vaksin, (Melaka pada) Fasa 4, mendorong rakyat (keluar mengundi), persoalan tentang aktiviti sosial mengurangkan ketakutan mereka untuk keluar mengundi.”
RAKYAT MELAKA SUKAR TERIMA PAS
Menyentuh cabaran yang diberikan oleh PN, Adly berkata rakyat Melaka sukar menerima sikap PAS.
“Kita tak nafikan PAS mempunyai boleh kata akar umbi di Melaka tapi penerimaan rakyat kepada PAS masih jauh. Saya sendiri pernah menjadi kepimpinan PAS.
“Mungkin dasar dibawa PAS, sikap dan cara PAS berpolitik dengan membawa mesej agama dalam istilah yang saya sebut mungkin mempergunakan agama untuk kepentingan politik, tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat di Melaka.
“Walaupun ada kelebihan, satu penyatuan baru, tapi belum tentu diterima rakyat keseluruhannya,” katanya.
PH mensasarkan untuk menang antara 18 hingga 20 kerusi daripada 28 keseluruhan kawasan DUN Melaka, tambahnya.
Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), terdapat sekurang-kurangnya sembilan kerusi panas yang menjadi rebutan parti bertanding kerana kerusi-kerusi itu dimenangi dengan majoriti tipis.
Enam daripadanya dimenangi Barisan Nasional dengan tiga lagi milik PH.
UJIAN PRESTASI BN
Dalam pada itu Adly melihat PRN kali ini juga akan menjadi penanda aras kepada PH untuk melihat sejauh mana prestasi 22 bulan mereka sebelum ini dinilai oleh rakyat, terutama di kawasan kerusi panas.
Selain itu, perpecahan parti lawan juga katanya mampu memberikan kelebihan kepada PH.
“Bagi PH kelebihan kita kekalkan sokongan lalu walaupun kita mungkin ada hilang sokongan yang pecah antara Bersatu dan Pejuang, tapi kita ada 22 bulan yang boleh menjadi satu nilai tambah kita di samping kerjasama rakan lain itu sendiri,” katanya.
Adly mentadbir kerajaan PH Melaka selama 22 bulan selepas PRU14 namun terpaksa meletak jawatan disebabkan percaturan politik yang juga menyebabkan pertukaran kerajaan Pusat di Putrajaya.
Dalam PRN Melaka kali ini, PH sekali lagi menamakan Adly sebagai calon ketua menteri mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga meletakkan sasaran 70% pengundi akan keluar bagi bagi PRN Melaka.
Ketika PRU14, Melaka merekodkan sejumlah 84.5% rakyat yang keluar mengundi pada waktu itu ~ The Malaysian Insight


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/alasan-kalau-kalah-prn-ke-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Teruk Prn Melaka Rafizi Sekolahkan Pemimpin Ph

Kalah Teruk Prn Melaka Rafizi Sekolahkan Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 212 hits
November 22 2021Pemimpin Pakatan Harapan harus mengambil iktibar daripada kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri Melaka baru baru ini kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli Dalam perkongsian Twitter Rafizi menggesa penyokong PKR dan ...
Jangan Pecah Belah Ph Isu Kalah Prn Melaka

Jangan Pecah Belah Ph Isu Kalah Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 293 hits
Pemimpin pemimpin parti komponen Pakatan Harapan diingatkan agar tidak cuba meretakkan hubungan sesama anggota gabungan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador berkata demikian mengulas kritikan keras ADUN Bilut da...
Pn Kalah Di Prn Melaka Kifarah Atas Kesombongan Muhyiddin

Pn Kalah Di Prn Melaka Kifarah Atas Kesombongan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 217 hits
PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin JOHOR BAHRU Kekalahan teruk Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu seumpama kifarah di atas tindakan sombong Tan Sri Muhyid...
Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 285 hits
Pengundi Melaka dilihat menolak politik PAS yang cuba memenangi undi Melayu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu di Kelantan Terengganu dan baru baru ini di Kedah AYER KEROH PAS tewas di semua lapan kerusi tujuh...
Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 280 hits
SIMULASI HARIAN13 NOVEMBER 2021AB RAUH KALAH TIPIS KEPADA MAS ERMIEYATIDENGAN PERKIRAAN N02 TANJONG BIDARABN 3162 VS PN 3641 MAJORITI 479 SEKADAR SIMULASI SAHAJASEKIAN
Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 272 hits
LIM KIT SIANGBanyak tumpuan kini diberikan kepada katak politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tetapi masih tidak ada perbincangan bermakna mengenai prinsip dan integriti dalam berpolitik seakan akan perbuatan menukar parti politik ini sa...
Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Seorang Adun DAP menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook ADUN Bil...
Prn Melaka Kalah Menang Tu Biasa Khairuddin

Prn Melaka Kalah Menang Tu Biasa Khairuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 234 hits
Mohd Khairuddin Aman Razali BANDAR HILIR Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyifatkan kekalahan Pas pada Pilihan Raya Negeri Melaka sebagai adat dalam pertandingan Biasalah pilihan raya menang kalah itu biasa Kita h...
Banyak Alasan Di Melaka Pn Dan Ph Sila Buktikan Di Prn Sarawak

Banyak Alasan Di Melaka Pn Dan Ph Sila Buktikan Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 165 hits
Banyak alasan di Melaka PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak Cukup cukuplah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mencari alasan kerana kalah Pilihan Raya Negeri Melaka Sebaliknya PH dan PH buktikan kemampuan di Sarawak kerana kedua dua ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas