Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria Klcc
Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan informasi menarik tentang program yang sedang berlangsung di Suria KLCC. Kita beruntung berada di Malaysia kerana mempunyai pelbagai perayaan yang boleh disambut bersama tidak mengira kaum dan agama. Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang tidak pernah ketinggalan menampilkan tema menarik setiap kali perayaan Christmas. Sambutan Hari Christmas ini pasti diarasai oleh pengunjung, terdapat banyak sorotan program tersedia dan lokasi menarik untuk anda bergambar! Ruby akan kongsikan apa yang menarik di Suria KLCC!
Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC
Suria KLCC telah berubah menjadi lokasi keajaiban Christmas yang mengagumkan. Bertemakan “Whimsical Christmas”, Centre Court Suria KLCC telah berubah kepada sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal. “Whimsical Christmas” ini dijaga oleh tentera Nutcracker berwarna-warni.
Encik Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC
“Krismas adalah salah satu musim yang paling dinanti-nantikan Suria KLCC. Ini kerana kami ingin membawa keajaiban. Tahun ini, bandar Krismas kami yang ajaib dijaga oleh tentera Nutcracker dan membawa kembali kenangan sambutan Krismas semasa zaman kanak-kanak anda. Ia memberi memori yang bahagia dan menyeronokkan.
Semasa meraikan dan menikmati kegembiraan perayaan ini, kami gembira dapat menyebarkan keseronokan dan kegembiraan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hospis Malaysia kerana misinya selaras dengan aspirasi Suria KLCC sebagai syarikat yang mengambil berat.” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Encik Andrew Brien.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.
Tentera Nutcracker Menjaga Pintu Utama
Tentera Nutcracker ini berada di pintu utama untuk menjaga pusat membeli-belah ini dan dalam masa yang sama menyambut pengunjung. Ia akan dipamerkan sehingga 2 Januari 2018.
Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia
Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk “The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang berketinggian 100 kaki sejak tahun 2015. Ia adalah signifikasi menarik bagi Suria KLCC kerana anda pasti ingat pokok krismas tertinggi ini hanya di Suria KLCC. Apabila anda melalui taman Suria KLCC, pasti anda akan nampak pokok krismas di kawasan Esplanade iaitu di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah Suria KLCC.
Jadual Persembahan “Christmas Special” 24 Nov – 25 Dec 2018
Krismas adalah musim yang menyeronokkan dan di Suria KLCC, pelbagai aktiviti interaktif dan persembahan akan diadakan sepanjang tempoh sambutan. Pembeli dapat menikmati pelbagai persembahan yang meriah iaitu balet, marching band dan Christmas carolling. Krismas tanpa Santa pasti tidak meriah. Kanak-kanak berpeluang untuk bertemu Santa di sesi meet & greet. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak bersama Santa!
Christmas Carolling
Marching Band
Persembahan Ballet
Santa Meet & Greet
Alami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC bersama keluarga dan orang tersayang. Pasti ia memori indah untuk disimpan apabila meluangkan masa bersama-sama membeli-belah barangan persediaan Krismas sambil diserikan dengan persembahan yang disediakan oleh Suria KLCC.
Shop And Get Rewarded Bersama Citibank
Krismas adalah masa untuk berbelanja dengan lebih bermanfaat, Suria KLCC telah bekerjasama dengan Citibank untuk memberi dengan ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian. 30 orang pertama pemegang kad VISA Citibank yang menghabiskan minimum RM 1,000 dalam satu resit setiap hari akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10. Ini adalah salah satu dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC apabila mendapat parkir RM 10! Barulah lega nak shopping seharian kan? Hehehe
Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40 hari pada hujung minggu.
Pelanggan bukan Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000 ke atas dalam satu resit tunggal. Suria KLCC memberikan hadiah L’Occitane kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu.
Lima pemenang bertuah yang berbelanja di Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank. Terdapat juga Secret Santa yang akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli bertuah. Oleh itu, berbelanja di Suria KLCC dan dapatkan semua hadiah yang menarik ini. Kempen berakhir pada 25 Disember 2018.
Kempen Kemanusiaan Bersama Hospis Malaysia “Speak Up There’s an Elephant in the Room”
Sambil mengalami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC. Krismas tidak lengkap tanpa berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang bernasib baik. Suria KLCC terus bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga.
Pembeli di Suria KLCC digalakkan untuk menyokong dengan menyumbang RM 15 kepada kempen dan sebagai ganjaran, mereka akan mendapat tanda penghargaan daripada Suria KLCC. Selain itu, alternatif lain adalah pembeli boleh menyumbang RM 15 untuk penyertaan anak mereka dalam aktiviti lukisan muka dan lengan. Jadi, ada dua pilihan, menderma terus atau bayar untuk lukisan muka dan lengan.
Kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” telah dilancarkan pada bulan Oktober dengan “Cik Gajah” patung gajah bersaiz bayi hidup, sebagai maskotnya. Terdapat sepuluh “Cik Gajah” yang dibuat untuk kempen dan masing-masing telah diguna pakai oleh konglomerat termasuk Suria KLCC, yang juga merupakan tempat untuk patung-patung. 10 “Cik Gajah” kini dipaparkan di tiga lokasi strategik di Suria KLCC sehingga April 2019.
Suria KLCC Permata Kuala Lumpur
Suria KLCC, terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur yang strategik dengan destinasi membeli-belah sehenti bagi penduduk tempatan dan pelancong. Dengan kawasan seluas 240 kaki persegi, ia mempunyai lebih daripada 360 kedai khusus antarabangsa dan tempatan dengan penyewa utama utama termasuk gedung membeli-belah lsetan, gedung Parkson, kedai buku Marks & Spencer dan Kinokuniya. Ia juga menawarkan tarikan lain seperti Galeri Petronas & Petrosains Interactive Discovery Centre, Dewan Filharmonik Petronas, Aquaria dan Menara Berkembar Petronas. Destinasi membeli-belah utama ini mudah diakses oleh pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT. Jom ke Suria KLCC. Alami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC sendiri
www.facebook.com/SuriaKLCCMall
www.instagram.com/suriaklccmall
www.suriaklcc.com.my
The post Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC appeared first on RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ruby.my/2018/11/whimsical-christmas-suria-klcc/