Alamak Mesin Basuh Rosak Kami Terus Beli Samsung Front Load Washer Dryer With Ai Ecobubble Technology


ALAMAK MESIN BASUH ROSAK! KAMI TERUS BELI SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE TECHNOLOGY | Assalammualaikum semua! Berita sedih buat mesin basuh yang banyak berjasa kepada keluarga Ruby. Dia dah rosak!!! 😪 

Banyak berjasa mesin basuh tu, ia telah menjadi sebagaian dari kenangan kisah keluarga Ruby. Toshiba Fully Automatic Washing Machine AW-A750SM 6.5KG ni Ruby beli di Courts Mammoth dengan bayaran keseluruhan. Sebab murah dalam RM 600 masa tahun 2011. Hari-hari mesin basuh menemani, memudahkan urusan Ruby. 
Ini adalah cerita kenangan mesin basuh. Menggamit memori macam cerita Aku Sebuah Mesin Basuh masa zaman sekolah dulu. 😭😭😭 
Dari membasuh pakaian kerja, sukan, balik dari universiti, event, bayi, napkin muntah bayi, pakaian sekolah anak-anak, pbasuh comforter, basuh cadar dan segala jenis fabrik mesin tu telah basuh. Banyak berjasa! Semoga ada yang sudi membaiki dan dia di jaga sebaiknya dengan tuan baru. 
Mesin basuh baru: Front Load Washer Dryer with AI Ecobubble™, 7.5KG Wash & 5KG Dry WD75T504DBW/FQ

ALAMAK MESIN BASUH ROSAK! KAMI TERUS BELI SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE TECHNOLOGY
Puncanya, mesin basuh itu tidak boleh spin. Apabila spin, dia bunyi kuat. Gedegung gedegang. Kami suami isteri pula memang tidak mahir membaiki peralatan elektrik. Ada juga bertanya dengan jiran tetangga, jika ada sesiapa pandai membaiki mesin basuh. Tiada pula yang tahu. 
Bertanya dari carian google. Harga anggaran membaiki pula mereka tak boleh nak maklum sebab perlu datang dan buka mesin basuh. Kami pula sibuk dengan urusan harian. Jadi sakit kepala fikir mesin basuh ni. 
Seterusnya kami fikir, kita hantar ke DHES Buy Back Center lah mesin basuh ni dan dapat RM 4. 😅 
Mesin basuh lama: Toshiba Fully Automatic Washing Machine AW-A750SM 6.5KG

Kemudian kita pergi dobi aje lah. Konon fikir jimat juga. Tapi, penat betul! Bab mendobi ni kami dah cuba 2 kali seminggu untuk pergi Dobi. Namun, 3 hari dah penuh bakul pakaian, 2 bag biru Decathlon kami bawa. Guna 2 mesin basuh RM 6. Jumlah RM 12. Kemudian guna mesin pengering RM 4. Sekali cuci RM 16. 
Oleh kerana pakaian kami sekeluarga sehari pun dah penuh bakul. Ruby plan nak buat aktiviti mendobi secara harian. RM 10 sehari. Wuwuwuwuwu kalau 1 bulan RM 300. Mak aiiiii. Belum masuk nak cuci towel, cadar, kain buruk dan lain-lain. Jenuh juga. 
SAMSUNG FRONT LOAD WASHER DRYER WITH AI ECOBUBBLE™
Sambil berpenat mendobi, google juga harga mesin basuh. Ada murah dan mahal. Kami kecilkan pencarian dengan mencari front load, boleh membasuh, mengering dan dari jenama Samsung. Kami peminat Samsung. Hahaha. 
Font Load Washer Dryer with AI Ecobubble™, boleh membasuh sehingg 7.5KG pakaian & mengeringkan sehingga 5KG pakaian. Model WD75T504DBW/FQ warna putih, net dimensi (WxHxD): 600 x 850 x 550 mm dan berat sekitar 63 kg. Harga yang ditawarkan memang premium tapi teknologi yang ditawarkan juga lain dari yang lain. Kami survey, tanya dryer jenis heat pump, invented atau condenser dryer

Mesin basuh jenis ini menggunakan condenser dryer sebab dia disekalikan dengan washer. Kebiasaannya kalau nak heat pump kena beli satu-satu. Ada juga kami plan nak beli 1 washer dan 1 dryer. Macam cun

Tapi, itulah bajet kelaut dalam. Ruang dalam rumah pun tidak berapa luas. Hahahaha. 
Mesin basuh Toshibo sudah bersama Ruby selama 11 tahun, semoga mesin basuh Samsung juga akan bersama Ruby bertahun-tahun lamanya. 
TEKNOLOGI AI 
Intelligent Wash - Basuh dengan mudah dan berkesan dengan Kawalan AI yang berkuasa. Ia memperibadikan mencuci dengan mengingati tabiat anda, mencadangkan kitaran dan memaparkan maklumat tepat pada masanya

Sambungkan mesin basuh anda dengan aplikasi SmartThings, ia akan memberi maklumat tentang kitaran, perancangan dan penyelesaian masalah

ECO BUBBLE™
Nikmati pembersihan yang cekap, walaupun pada suhu rendah dengan teknologi Eco Bubble™. Detergen bertukar menjadi buih, jadi ia cepat menembusi fabrik dan menghilangkan kotoran dengan mudah, sambil menjimatkan tenaga dan melindungi warna dan teksturnya.

HYGIENE STEAM
Membersihkan pakaian secara mendalam dan bersih dengan wap. Kitaran wap Kebersihan meningkatkan kualiti pembersihan cucian anda tanpa pra-rawatan. Ia mengeluarkan wap dari bahagian bawah dram, jadi setiap item benar-benar tepu. Ini menghilangkan kotoran yang tertanam dan 99.9% bakteria dan alergen.

TEKNOLOGI AIR WASH

Pastikan pakaian sentiasa segar tanpa air dan detergen. Teknologi Air Wash menyahbau dan membersihkan pakaian anda, supaya sentiasa berbau segar. Bau yang tidak menyenangkan serta 99.9% bakteria disingkirkan menggunakan hanya udara yang dipanaskan. 
DIGITAL INVERTER TECHNOLOGY 
Teknologi Penyongsang Digital menggunakan magnet yang kuat untuk prestasi yang lebih senyap dan lebih berkuasa, tetapi menggunakan kurang tenaga berbanding Motor Universal. Dengan menghapuskan penggunaan berus, ia memberikan ketahanan yang luar biasa dan disokong dengan jaminan 11 tahun.


Secara amnya, tahap pengurangan ialah 5dBA dan 3dBA untuk kitaran basuh dan putaran masing-masing. Data ini berdasarkan label ERP, F500 8kg 1400rpm WF80F5E5P4W dengan Motor Penyongsang Digital dan Vistula 8kg 1400rpm WF1804WPC dengan Motor Universal. Dianugerahkan pensijilan ketahanan selama 23 tahun oleh Persatuan Teknologi Elektrik, Elektronik & Maklumat Jerman di Jerman (Verband Deutsch Elektrotechniker – VDE). Jangka hayat sebenar mungkin berbeza bergantung pada keadaan penggunaan

BUBBLE SOAK

Membersihkan pakaian dengan sempurna, walaupun ia benar-benar kotor.  Fungsi Bubble Soak membantu menghilangkan pelbagai jenis kotoran degil, seperti darah, teh, wain, solekan dan rumput.  Pakaian direndam sepenuhnya dalam gelembung aktif, jadi kotoran dan kotoran dilonggarkan dan boleh ditanggalkan dengan lebih berkesan

DRUM CLEANING

Pastikan bahagian dalam mesin basuh anda sentiasa bersih. Drum Clean membuang 99.9% bakteria penyebab bau daripada dram.  Anda tidak memerlukan detergen yang keras atau mahal, kerana ia menggunakan gabungan perendaman, berdenyut dan putaran berkelajuan tinggi. Dan ia secara automatik memberitahu anda apabila ia memerlukan pembersihan

STAYCLEAN DRAWER

Berhenti membazir detergen dan elakkan tugas yang membosankan untuk membersihkan laci detergen. Laci StayClean memastikan bahawa lebih banyak detergen dihanyutkan dengan sistem penyiraman air yang direka khas. Jadi, lebih sedikit sisa sabun yang tidak sedap dipandang dan dulang kekal lebih bersih dan lebih bersih
FUNGSI MESIN BASUHAI Control: YESSpin Speed: 1400 rpmBubble Soak: YesBubble technology: YesMotor: DITLanguage Setting: YesSmart Control: YesChild Lock: YesDelay End: YesDoor Lock: YesDrum Clean: YesDrum type: 1st DiamondHot/Cold Water Inlet: ColdIntensive: YesMy Cycle: YesPre Wash: YesStayClean Drawer: YesSteam: YesTime Dry: Yes59' Wash+Dry: Yes
PUSINGAN PEMBERSIHAN YANG DISEDIAKAN

Active WearAir WashBeddingCloudy DayCottonColorsDaily WashDelicatesDrain/SpinDrum CleanE CottonOutdoorRinse + SpinShirtsSilent WashSuper Eco WashSyntheticsTowelsWash+DryWoolCotton DrySynthetics Dry15' Quick WashHygiene Steam
SERONOK DENGAN MESIN BASUH BARU
Sepanjang menggunakan mesin basuh, Ruby tersedar bahawa banyak perbezaan apabila kita menggunakan mesin basuh baru. Diantaranya adalah penggunaan sabun. Kebiasaannya Ruby masuk 2 penutup sabun cecair barulah bau pakaian wangi dan bersih. 
Kali ini, hanya 1 penutup sahaja. Pakaian bersih dan wangi. Tiada sisa kotoran dari mesin basuh melekat kepada pakaian. Kekerapan Ruby lakukan Tub Cleaning  pada mesin basuh Toshiba juga kerap. Lagi basuh, lagi banyak sisa kotoran. 
Kami lega apabila mesin basuh Samsung ni menjalankan tugas sebaiknya. Lagi satu, Ruby suka mesin basuh Samsung ni sebab ia boleh diselaraskan dengan aplikasi SmartThings. Ruby boleh tahu, berapa lama lagi masa untuk selesai membasuh dan mengering. Apabila kita tahu, kita tidak akan terlupa untuk mengeluarkan pakaian dari mesin basuh. 
Rutin membasuh pakaian juga diset sebaiknya. Ruby tidak sangka membasuh pakaian boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Boleh buat bersama anak-anak. Lepas basuh, terus lipat pakaian. 
Sudah tidak ada gantung-gantung pakaian untuk dikeringkan. Malah, Ruby sudah jimat membasuh dan mengering. Aktiviti wajib adalah melipat kain sahaja. Hehehehe. 
Jika anda mencari mesin basuh, Ruby cadangkan mesin basuh begini. Tambahan musim panas lembab hujan ribut di Malaysia tidak menentu. Jika dapat kurangkan rutin harian dengan bantuan Samsung. Ia amat bermakna sangat

Semoga perkongsian ini bermanfaat

https://www.samsung.com/my/washers-and-dryers/washer-dryer-combo/wd5500t-front-loading-ai-control-add-wash-air-wash-7-5kg-white-wd75t504dbw-fq/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/03/alamak-mesin-basuh-rosak-kami-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Baru Anak Jangan Terus Pakai Basuh Dulu Pakar Otak Kongsikan Sebabnya

Baju Baru Anak Jangan Terus Pakai Basuh Dulu Pakar Otak Kongsikan Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 217 hits
Siapa tak suka bau baju baru kan Orang kata masih berbau kedai Namun sangat tak sesuai jika terus sahaja dipakai untuk anak anak kecil kita Tidak hanya anak bahkan kita juga orang dewasa Kenapa Menurut Pakar Otak baju baru yang masih belum ...
Lac Delivers Health And Happiness With The Best Of Eastern Wisdom And Western Technology

Lac Delivers Health And Happiness With The Best Of Eastern Wisdom And Western Technology

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 168 hits
LAC enters 2022 with innovative and proven products to improve consumers health and wellness International health and wellness supplement brand LAC short for Leader in Antioxidative ControlTM will be introducing more innovative health and w...
T22c02 V Belt Mesin Basuh Haier Hwm 7808 Putus

T22c02 V Belt Mesin Basuh Haier Hwm 7808 Putus

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 527 hits
Tengah hari tadi semasa Master cuba spin mesin basuh Haier HWM 7808 ia langsung tidak berpusing Tetapi ada bunyi biasa macam motor sedang berpusing Master cuba pula rinse sama juga dram mesin basuh tidak berpusing Akhirnya MAster cuba fungs...
Women Of Samsung Share Their Goals For The Future And The Technology That Empowers Them

Women Of Samsung Share Their Goals For The Future And The Technology That Empowers Them

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 185 hits
To celebrate International Women s Day we asked six inspiring colleagues from Samsung Malaysia to share what motivates them and the technology that empowers them to succeed Here are their stories Khaizanita Binti Zakaria Power Woman Leading...
Keep Your Memories Safe With Samsung Galaxy S22 S 100gb Onedrive Cloud Storage

Keep Your Memories Safe With Samsung Galaxy S22 S 100gb Onedrive Cloud Storage

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 197 hits
From smoother clearer nighttime videos and photos in low light conditions with Nightography features to more steady state clarity images to the enhanced zoom capabilities feature allowing users to obtain the perfect focus and capture stunni...
Datuk Among Five Charged With Money Laundering Involving Millions

Datuk Among Five Charged With Money Laundering Involving Millions

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 198 hits
Five individuals including a man with the Datuk title and a married couple were charged in two Sessions Courts here today with 81 counts of money laundering involving millions of ringgit in connection with a syndicate issuing the Temporary ...
How To Tie Hair Bun For Primary School Girls With Long Hair

How To Tie Hair Bun For Primary School Girls With Long Hair

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 336 hits
Are girls allowed to keep long hair in school Depends on the school Most schools do but require you to tie up the hair If your child is attending SJKC then you not only have to tie up the hair you have to secure the hair into a bun So how d...
Najib S Aide Offers A Month S Salary Cut After Altercation With Journalist

Najib S Aide Offers A Month S Salary Cut After Altercation With Journalist

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 187 hits
JOHOR POLLS Pekan MP Najib Abdul Razak s special officer Ahmad Lutfi Azhar has apologised and offered to have his salary for this month docked after an altercation with a journalist on Tuesday This came after the officer supposedly for refu...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It