Alam Dan Pemikiran Dalam Lirik Lagu






Penggunaan unsur alam sebagai latarbelakang atau sebagai perlambangan dapat  membangkitkan suasana yang sesuai dengan peristiwa yang digambarkan serta makna. dan pemikiran dalam lirik lagu.
Penggunaan perlambangan dapat dilihat dalam beberapa buah lirik lagu.
MENARUH HARAPAN. (Lirik Habsah Hassan)

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah kulewati
Ketenangan yang kucari
Belum kutemui
Menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat kuberteduh
Dulu aku sendiri
Kini aku sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tiada tempat kumengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecil ku menaruh harapan
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Kuyakin rahmat buatku
Di hadapan menunggu.


Lirik “Menaruh Harapan” menggambarkan perjalanan seseorang yang bersendirian mencari ketenangan dan kebahagiaan yang dikatakan belum ditemui. Perjalanan ditempuh dengan tabah tanpa rasa putus asa.  Lirik ini menggunakan perlambangan dari unsur tumbuh tumbuhan. Mencari kasih sayang diumpamakan sebagai mencari pepohon rimbun. Kegagalan untuk menermui apa yang dicari disifatkan sebagai bertemu “dahan yang rapuh”. 
Seterusnya terdapat simile  “seperti burung kepatahan sayap”. Simile burung adalah tepat bagi menggambarkan suatu keadaan tidak berdaya dan tidak bebas untuk melakukan sesuatu yang diumpamakan seperti burung yang tidak lagi dapat terbang kerana kehilangan sayap.
            Nilai estetika lirik ini juga terdapat pada pemikiran yang diajukan bahawa seseorang mesti terus melangkah tanpa rasa putus asa. “Aku akan terus melangkah” menyatakan peribadi yang tabah berikhtiar dengan penuh harapan kerana yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan ikhtiar dan doa hambaNya. Ketabahan dan keyakinan ini adalah selaras dengan ajaran Islam bahawa setiap makhluk wajib berikhtiar dan tidak  berputus asa dari rahmat Allah, menepati maksud ayat ‘janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah”(Surah Yusuf ayat 12..
DEDAUN MASA
(Lirik oleh M.Nasir)

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
pahit getir kehampaan

Tapi itu hanyalah ujian
Esok kan datang kedamaian
Dan sinar mentari
menyerlah hidupmu
Tabahkan hati mu
Oh insan

Dedaun masa
Berguguran satu satu
Lambang hidup insan
Meniti rangkaian
perjuangan
untuk hidup bahagia.


Sebuah lagi lagu yang menggunakan perlambangan dari unsur tumbuhan ialah “Dedaun Masa”. (lirik oleh M.Nasir). Tajuk lagu adalah metafora Dedaun Masa. Penulis lirik menggunakan daun bagi menggambarkan masa atau hari hari yang dihadapi oleh setiap manusia. Daun  menghadap  tiupan angin dan akan gugur ke bumi. Tiupan angin adalah cabaran yang dihadapi manusia yang dirumuskan sebagai “meniti rangkaian perjuangan”. Daun daun akan gugur begitu juga umur manusia akan semakin berkurangan. Dari segi pemikiran, lirik ini mengutarakan bahawa kehidupan itu adalah perjuangan dan menyarankan tiap insan harus  gigih menghadapinya. Saranan yang sama dibawa oleh lirik Menaruh Harapan.
            Sebuah lagi lirik yang padat dengan gambaran alam ialah Aku Hanya Pendatang (lirik Habsah Hassan ) yang mengisahkan  cinta yang hilang. Dalam lagu ini juga perlambangan yang dominan ialah unsur tumbuhan di mana suatu tempat yang ditumbuhi pohon-pohon rimbun dan hijau menjadi lambang kepadadengan pohon-pohon hijau dan alam bagi menyatakan kedaan yang berbeda


Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti

( korus )
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan

Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


Unsur alam digunakan bagi membuat perbandingan antara masa bercinta dan masa berputus cinta. Waktu bercinta adalah daerah yang dipenuhi pohon pohon hijau yang rendang dengan sungai mengalir menandakan kesuburan. Akhirnya apabila perasaan cinta telah berubah daerah yang sama menjadi “tanah gersang tanpa sungai dan pohon rendang”.


Selain tumbuh tumbuhan, penulis lirik juga menggunakan perlambangan dari unsur waktu, peredaran hari (pagi, petang, malam, siang) , cuaca (panas, hujan, mendung) peredaran musim (panas sejuk gugur dan musim bunga). Penggunaan ini dapat dilihat jelas dalam lirik Isabela nyanyian kumpulan Search. Penulis lirik dikenali sebagai Bob.  
ISABELA
(lirik oleh Bob)
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah…
Terbayang lambaiannya
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeda
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan…
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella….
            Perlambangan yang dominan dalam lirik ini ialan unsur peredaran hari dan perubahan musim yang memberi kesan visual dan deria rasa seperti sejuk dan panas. Isabella adalah lirik naratif iaitu lirik yang mengandungi cerita. Cerita yang dikisahkan ialah pertemuan dan percintaan dua insan dari dunia  yang dikatakan mempunyai “adat yang berbeda”. Pertemuan yang indah digambarkan sebagai “dunia berseri bunga cinta” Kehangatan perasaan dimunculkan melalui gambaran yang menimbulkan deria rasa iaitu “salju terbakar kehangatan” yang juga merupakan satu hiperbola. Perbedaan adat itu telah memisahkan mereka. Kesedihan dan rasa kehilangan  itu diumpamakan  “Siang jadi hilang/ Ditelan kegelapan malam”  .  Tenggelam dalam keasyikan bercinta adalah seperti  “terlena hingga musim berubah”.  Perasaan cinta mengatasi segalanya sehingga mengatasi sinar matahari itu sendiri. “mentari menyepi bernyalalah api cinta”. Apabila cinta menjadi lara kerana perpisahan yang diakibatkan oleh “adat yang berbeda” keadaan ini digambarkan sebagai cinta “gugur bersama daun daun kekeringan”.
            Lirik lagu Isabela ini dipilih untuk analisis bukan sahaja kerana unsur alam yang digunakan tetapi dikemukakan sebagai contoh sebuah lirik lagu yang mengalami gangguan dari segi plot dan penceritaan. Perjalanan cerita agak mengelirukan. Kisah dimulakan dengan pertemuan dengan seseorang yang bernama Isabella, pertemuan membungakan cinta dan mereka terpaksa berpisah kerana adat yang berbeza. Tetapi setelah dikatakan terjadi perpisahan terdapat pula baris-baris yang mengandungi harapan ”moga dibukakan pintu hatimu untukku” dan ”akan terbentang jalan kiranya kau setia”. Penceritaan terganggu. Selepas menggambarkan perpisahan, lirik menyatakan harapan semoga ”dibukakan pintu hati untukku” dan , seolah-olah cinta itu belum terjadi.
           Lagu Senandung Anak Laut adalah contoh yang baik perbezaan antara penulisan kreatif dan penulisan deskriptif. Dalam bentuk tulisan deskriptif ia akan berupa sebuah berita mengenai ribut yang berlaku di Laut China Selatan dan seorang nelayan telah hilang. Tetapi dalam bentuk penulisan kreatif, iaitu lirik lagu, peristiwa itu diekspressi dengan memasukkan gambaran suasana alam. Suasana yang alam yang digunakan ini menceritakan keadaan hidup nelayan yang daif dan berfungsi untuk membina perasaan yang intensif.  .
            Lagu dimulakan dengan gambaran seorang nelayan dalam sebuah biduk di laut China Selatan.  Burung camar hinggap di jejarinya yang dikatakan sedang bermimpi.   Bermimpi juga berkait dengan  tertidur, keletihan memberi gambaran nelayan sudah berhari-hari berada di laut. Mimpi juga dikaitkan dengan harapan nelayan tentang untung nasibnya. Mimpinya  adalah  tentang duyung, satu unsur fantasi dan tentang untung, satu unsur reality kehidupan yang dihadapi Bermimpi tentang untung nasib dipadankan dengan biduk yang hanyut satu keadaan yang sering dikaitkan dengan untung yang akan timbul atau tenggelam. Keadaan alam seterusnya ialah langit yang mendung dan laut yang  bergoncang bererti ribut telah turun. Dan yang bergoncang adalah biduk dan kehidupan nelayan Nelayan tidak dapat mengawal biduk lalu dikatakan “biduk sesat haluan” Nelayan hanya dapat berserah dan bertawakal dan dia tidak dapat berbuat apa apa kerana Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan. Dari sini  lagu ini beralih menceritakan  seorang ibu sedang menyusu bayi yang kehausan dalam pondok kecil beratap rumbia. Segala galanya menekankan kepada kedaan kemiskinan hidup dan harapan untuk anak yang sedang menangis. Baris “Ufuk timur hilang dari pandangan”  adalah gambaran alam yang menutup segala harapan.

Burung camar hinggap di jejari 
Seorang nelayan sedang bermimpi 
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung 
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan 

Dalam mimpi berkata sang duyung 
Wahai nelayan kau anak laut 
Disini tempatmu disini rezekimu 
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya 

Mega mendung laut pun bergoncang 
Nelayan tersentak biduk sesat haluan 
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan 
Tawakal jalan akhirnya 

Dalam pondok kecil beratap rumbia 
Seorang ibu memandang hari muka 
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan 
Ufuk timur hilang dari pandangan 

Wahai anak yang sedang menangis 
Mungkin kini kau tak mengerti 
Bila kau dewasa dan pandai nanti 
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

AKAR DAN BUMI

Sebuah lagu yang penuh nasihat dan bernada sinis ialah Akar dan Bumi yang dipopularkan oleh kumpulan Amok. Pada keseluruhannya lagu ini menempelak golongan yang tidak mahu berusaha sendiri dan hidup mempergunakan orang lain. Hal ini adalah berbeza dari golongan yang berusaha sendiri , walaupun rendah mereka akan mengecap kejayaan untuk jangka masa yang panjang. Maksud inilah yang mahu disampaikan dengan imej kelapa bali yang akarnya mencengkam bumi.
Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi
Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati

Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi
Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
Kesimpulan: penciptaan lirik lagu kontemporari memperlihatkan usaha untuk menerapkan pemikiran dan falsafah hidup melalui metafora dan perlambangan dari unsur alam seperti tumbuh tumbuhan, peredaran hari dan perubahan musim juga laut dan cuaca. Ada lirik yang berjaya mencapai nilai puitis, tetapi sebahagiannya masih kurang jelas dan tidak memperlihatkan kesatuan idea yang ingin disampaikan.

  ..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/03/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Faradhiya Tegar

Lirik Lagu Faradhiya Tegar

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 248 hits
Lirik Lagu Faradhiya Tegar Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah single terbaru dari Faradhiya yang berjudul Tegar Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Farouk Roman bersama Amylea da...
Lirik Lagu Achey Fad Bocey Kita Baik Ramai Sayang

Lirik Lagu Achey Fad Bocey Kita Baik Ramai Sayang

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 619 hits
Lirik Lagu Achey Fad Bocey Kita Baik Ramai Sayang Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah single terbaru dari Achey dan Fad Bocey yang berjudul Kita Baik Ramai Sayang Lagu ini adalah hasil cipt...
Lirik Lagu Ariff Bahran Yonnyboii Adam E 3 Kucing

Lirik Lagu Ariff Bahran Yonnyboii Adam E 3 Kucing

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 763 hits
Lirik Lagu 3 Kucing Ariff Bahran Yonnyboii Adam E Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah single kolaborasi terbaru dari Ariff Bahran Yonnyboii dan Adam E yang berjudul 3 Kucing Lagu ini adalah...
Lirik Lagu Sophia Liana Budak Ngam Ngam

Lirik Lagu Sophia Liana Budak Ngam Ngam

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 723 hits
Lirik Lagu Sophia Liana Budak Ngam Ngam Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah single terbaru dari Sophia Liana bersama Budak Ngam yang berjudul Ngam Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya o...
Lirik Lagu Ismail Izzani Nyawa

Lirik Lagu Ismail Izzani Nyawa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 692 hits
Lirik Lagu Ismail Izzani Nyawa Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah single terbaru dari Ismail Izzani yang berjudul Nyawa Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Iqie Hugh Firdaus Rahm...
Lirik Lagu Tenang Bella Astillah

Lirik Lagu Tenang Bella Astillah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 722 hits
Aku terjagaDari buaian terlenaRupanya tak sempurnaAku memilih akuInginku jadi yang terbaikDemi kebahagiaankuKiniku tabahTerus melangkahKiniku tahuApa yang Ku mahuKu hanya ingin bebasDi saat bumi geloraSudah ku bangunDari luka yang telah ku ...
Lirik Lagu Gundah Ernie Zakri

Lirik Lagu Gundah Ernie Zakri

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 299 hits
Cinta yang kau beri ku penuh rasaLelah rindu juga bahagiaLebur hatiku dengan kata kataDunia hancur punah retak sejutaSetelah aku kau pergi meninggalkanTerkaku ku dalam kegelapanBiar rasa ini membunuhkuBiar rindu ini menghukumkuApa jua namun...
Lirik Lagu Musibah Ical Mosh

Lirik Lagu Musibah Ical Mosh

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1231 hits
Lirik Lagu Musibah Ical Mosh merupakan lirik lagu terbaru yang disenaraikan di dalam website ini untuk Ical Mosh Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini Yang Mana masih lagi tengah tidur Kita Susun gerak langkah catur Jangan Sal...
Lirik Lagu Hadiah Amylea

Lirik Lagu Hadiah Amylea

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 539 hits
Lirik Lagu Hadiah Amylea merupakan lirik lagu terbaru yang disenaraikan di dalam website ini untuk Amylea Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini Kita kita yang punya cinta ini Setelah semuanya Kita hadapi sungguh Untuk lirik la...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip