Al Kisah Yb Yang Tersingkir




Dengan nada sebak dia cakap, ‘aku tak tahu kenapa aku tak dicalonkan lagi. Aku dah buat sehabis baik dah.’

Ronasina - 24 Jul 2023, 9:00am







Sedang enak berehat di pagi minggu, telefon saya berbunyi. Tertera pada skrin nama seorang kawan yang berpangkat YB. Ya, seorang wakil rakyat semenjak dua penggal yang lalu.

“Kau dah tahu cerita aku?” tanya kawan saya itu. Bunyi suaranya sengau-sengau angsa seperti baru lepas menangis.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel

FMT

“Dah,” jawab saya pendek.

Dengan nada sebak dia menyambung cakap, “aku tak tahu kenapa aku tak dicalonkan lagi. Aku dah buat sehabis baik dah.”

“Kau fikir berapa penggal kau nak nama kau naik?” tanya saya. Memang saya beraku-engkau sahaja dengan dia. Tak pernah panggil dia dengan gelaran Yang Berhormat atau YB kecuali sesekali ketika bergurau. Pada saya panggilan YB ini cukuplah dipraktikkan oleh wakil rakyat sesama mereka sahaja ketika berbahas di dalam Dewan. Di luar Dewan mereka bukanlah tuan besar, mereka wakil yang kita pilih untuk menyuarakan hal kita. Kalau mereka rasa macam tuan besar, itu menandakan mereka masih kabur maksud ‘wakil rakyat’. Itu pandangan yang saya pegang sehingga ke hari ini.

“Atau kau memang nak jadi YB sampai tua? Kemudian bila dah tua, kerusi tu kamu wariskan kat anak kau. Macam tu ke?” tambah saya lagi apabila soalan awal tadi lambat dijawab.

Soalan tersebut membuatkan dia menangis teresak-esak. Aduh! Itulah masalah saya selalu gagal mengawal mulut yang celupar. Tak pula saya sangka kawan yang saya kenal selama ini cukup berjiwa kental kini sudah bertukar menjadi seorang yang ‘mudah sentap’.

“Bukan macam tu,” jawabnya. “Aku orang perjuangan. Aku suka berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat. Itu memang jiwa aku sejak dulu. Kau pun tahu, kan?” Esakannya masih belum surut. Sedih sangat agaknya. Simpati saya terhadapnya mula bercambah walaupun agak getik mendengar buruknya bunyi orang lelaki menangis.

“Tapi sekarang, aku dah jadi orang biasa. Tak ada apa-apa lagi.” Dia melepaskan keluhan.

“Tak mengapa. Tak jadi YB tidak bermakna kita tak boleh berbakti kepada masyarakat. Ada macam-macam cara kita boleh buat. Hidupkan semula NGO yang pernah kau buat dulu dan bergerak aktiflah. Insyaallah, ada jalannya. Kau pun dah ada nama. Orang kenal kau,” pujuk saya agar dia tenang. Sekurang-kurangnya biarlah reda sedikit tangisannya yang tak merdu itu.

“Ah! Kau tak faham, Ron.” kata dia. Biasalah ahli politik! Selalunya kalau sesuatu itu tak betul bagi mereka – kita inilah yang tak faham, kitalah yang salah. Mereka sajalah yang betul memanjang dan mereka sahajalah yang sentiasa faham apa benda pun isunya.

“Kau tak rasa bagaimana hilangnya gelaran YB tu. Selama ini hari-hari orang datang jumpa aku tak kiralah penduduk di kawasan aku ke atau kawan-kawan parti ke, semuanya panggil aku YB. ‘Apa khabar, YB? Terima kasih YB’. Tup-tup apabila tak dicalonkan semula serta-merta semuanya hilang. Kawan-kawan dah tak telefon. Tak ada lagi orang panggil aku YB. Tiada siapa cari aku lagi. Macam dah tak berguna dah aku ni. Kalau tak tahan boleh kemurungan aku. Itu yang kau kena faham.”

Aik? Aku tak faham? Bisik saya. Sabar dulu kawan! Jangan fikir saya tak faham keadaan kamu itu. Saya pun bukan lekeh tau! Saya pernah jadi ahli majlis dahulu sewaktu tahun-tahun awal kerajaan Pakatan Rakyat (bukan Pakatan Harapan) berjaya menumbangkan Barisan Nasional. Ramai yang panggil saya ‘tuan’. Setiap hari ada sahaja orang parti datang ke pejabat saya, malah port saya mengopi pun mereka tahu. Asal saya duduk saja di port saya, tak lama kemudian muncul lah mereka. Baik yang muda, yang tua pun ada. Lepas minum dan mencadang idea-idea besar, masing-masing bangun – yang kena bayar, saya.

Apabila ada kenduri atau rumah terbuka hari raya di rumah presiden parti, siang-siang mereka dah telefon saya bertanya pukul berapa saya hendak pergi sebab mereka mahu ikut bersama. Mereka mahu dilihat ‘bersama’ saya. Eksyen juga saya masa itu. Tetapi sebaik sahaja saya tidak berjawatan mereka semua lesap. Betul! Sehingga sekarang semua yang pernah melepak dengan saya itu ghaib. Kalau terserempak pun di mana-mana majlis mereka hanya bersalam dan berbual sekadar basa-basi sahaja. Jauh beza sekarang jika berbanding dahulu akrabnya.

Rupanya keakraban itu bersebab. Sebab jawatan bukan sebenarnya sebuah persahabatan. Sebab itu saya faham betapa sayunya hati kawan saya bekas wakil rakyat yang namanya tak dicalonkan lagi ini. Dia kehilangan sesuatu yang gah pada dirinya sehingga teman yang berada keliling-kelalangnya pun menjauhkan diri. Cuma bezanya saya dengan dia ialah saya sendiri yang memilih untuk tidak mahu memegang terus jawatan ahli majlis tersebut. Maka atas sebab itu tidaklah saya berasa kehilangan apa-apa sangat malah hidup rasanya lebih bahagia kerana tak ada lagi mamat-mamat yang merobek kocek seluar saya kerana terpaksa bayar teh mereka waktu melepak, kalaupun rokok saya mereka tak pau.

“Begitulah adat hidup kita terutama dalam politik ni. Tak apa. Untuk waktu ini elok kau bertenang dulu. Luangkan masa bersama keluarga. Susun semula apa yang tak sempat dibuat. Kemudian nanti cergaskan NGO kau semula. Bila dah kukuh, boleh buat come back,” saran saya lagak seorang kaunselor. Kawan saya bekas YB itu kedengarannya sedikit tenang. Walaupun saya tak nampak, saya yakin dia sedang mengangguk-angguk.

“Baiklah, Ron. Nanti ada masa jom kita lepak coffeehouse. Ada banyak benda juga aku nak bincang dengan kau. Nak minta idea juga,” katanya sebelum kami menutup perbualan dengan saya nasihatkan dia agar banyak bersabar. Dia akur dan dari nadanya jelas ada sedikit kelegaan. Saya senang. Tetapi selepas beberapa ketika, saya pula yang termenung.

“Siapa tu?” pertanyaan isteri saya memotong lamunan. Saya beritahu isteri saya apa butir perbualan kami tadi.

“Apa nak buat untuk dia ni, ya?” tanya saya kepada isteri.

“Oh! Dia nak cerita pasal dia ajelah…”

Dus! Pendek sahaja jawaban isteri saya tapi makan dalam. Betul juga, dia hanya telefon pasal hal dia. Selama dia bergelar YB mana pernah pun dia ‘call’. Saya teringat waktu dia dicalonkan dulu pun dia tak ada tanya pendapat saya adakah wajar atau tidak dia bertanding. Masa dia menang pilihan raya dahulu pun bila saya mesej ucap tahniah, dia tak jawab langsung. Bila saya ucap selamat berpuasa atau selamat hari raya pun saya hanya dapat blue tick sahaja. Itu belum lagi apabila saya undang dia datang kenduri, langsung tak pernah jawab. Alih-alih hari ini bila sudah tak dapat jadi YB tiba-tiba teringatkan aku, getus hati saya.

Selama ini saya ni kat mana di mata dia? Tanya hati saya lagi.

Saya terpaksa mengaku apa yang dibangkitkan oleh isteri saya secara sinis itu benar dan membuat saya berfikir semula kata-katanya. Oleh kerana kata-kata isteri itu tidak mempunyai unsur 3R, maka ‘hasutan’ halus tersebut buat saya terpengaruh. Apa perlunya saya susah-susah berfikir untuk dia? Bukan saya tak kasihan tapi kalau selama ini saya macam tidak wujud dalam perkiraan hidup dia, buat apa pula kali ini saya perlu susah-susah nak selesaikan masalah dia, kan? Setuju tak?

Tak setuju dengan saya tak apa tapi seperti dia juga, saya akan berkata kepada anda, “Ah! Kau mana faham!”

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

 


















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/al-kisah-yb-yang-tersingkir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Lucu Ke 38 Tanduk Kambing Sepanjang Satu Hasta By Dr Mura

Kisah Lucu Ke 38 Tanduk Kambing Sepanjang Satu Hasta By Dr Mura

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 281 hits
HUMOR BACALEG PARTAI UMMAT DAPIL 2 RIAU UNTUK DPR RI 2024 KAMPAR PELALAWAN KUANSING INHU DAN INHIL
Kisah Bisnes Atur Perkahwinan Gong Yoo Seo Hyunjin Sah Terajui The Trunk

Kisah Bisnes Atur Perkahwinan Gong Yoo Seo Hyunjin Sah Terajui The Trunk

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 306 hits
Kita bakalan ada pasangan baru yang pastinya akan menggegarkan dunia K Drama korang ARTIKEL BERKAITAN Akhirnya Netflix telah mengesahkan bahawa Gong Yoo dan Seo Hyun jin akan menerajui siri Trunk Untuk pengetahuan drama itu mengisahkan tent...
Kisah Pembunuhan Kontrak Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui Open Murder Contract

Kisah Pembunuhan Kontrak Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui Open Murder Contract

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 316 hits
Selepas The Killer s Shopping List pasti ramai yang menantikan drama Lee Kwang soo yang seterusnya kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 18 Julai melaporkan bahawa Lee Kwang soo akan membintangi drama baru berjudul Open Murder Contract dan sed...
Kisah Si Penakut Belagak Berani

Kisah Si Penakut Belagak Berani

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 123 hits
Saya tak gentar tuan tuan Datang la Saya harap depan depan Psst Bos Polis call ni Hah Erk Mampuih aku Reject call Reject Dah nak buat lagu mana ni bos Lari la Nak tunggu apa lagi Kita pi nyorok mana mana Guane boh Raja Gelap
Ibu Belikan Doktor Gigi Kongsi Kisah Gigi Kanak Kanak Hampir Rosak Semuanya

Ibu Belikan Doktor Gigi Kongsi Kisah Gigi Kanak Kanak Hampir Rosak Semuanya

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 216 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Apakah f...
Dada Penuh Dengan Air Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir Datin Rebecca Syukur Anak Sihat

Dada Penuh Dengan Air Throwback Kisah Anak Struggle Lepas Lahir Datin Rebecca Syukur Anak Sihat

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 167 hits
Pengalaman melahirkan anak sebanyak enam kali mencatat pelbagai kisah dan pengalaman paling berharga buat Datin Rebecca Nur Islam Bersempena hari lahir anak lelakinya Nor Ahmet Al Reaggan yang kini berusia lima tahun Rebecca berkongsi kisah...
Salam Maal Hijrah 1445h Jom Ambil Ikhtibar Dari Kisah Penghijrahan Nabi Saw Dan Umat Islam Dari Mekah Ke Madinah

Salam Maal Hijrah 1445h Jom Ambil Ikhtibar Dari Kisah Penghijrahan Nabi Saw Dan Umat Islam Dari Mekah Ke Madinah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 280 hits
Satu Muharram detik permulaan Perkiraan tahun Islam hijrah Perpindahan Nabi dan umat Islam Dari kota Mekah ke kota Madinah Salam Maal Hijrah semua Alhamdullilah bertambah setahun lagi Terima kasih ya Allah sebab masih memberi cikla menikmat...
Kisah Nasi Kerabu Dan Perangai Seseorang

Kisah Nasi Kerabu Dan Perangai Seseorang

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum Kat SSM kan setiap Jumaat ada flea market kan ada jual nasi campur nasi kerabu dan nasi arab ada macam macam sebenarnya kali ni SA beli Nasi Kerabu lauk daging bukan daging bakar tapi macam daging goreng kunyit ye tapi sedap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba