Aku Dan Philips Airfryer Yang Super Awesome Tu
Dah lama nak tulis cerita pasal air fryer ni tapi asyik tak berkesempatan je. Maklumla iolls kan busy memanjang. haha
So aku dah beli Philips Air Fryer tu. Dapat murah, beli kat Gemfive dapat harga RM600+ je. Murah giler! Sebab aku dah lama aim jadi aku memang asyik duk cek harga je. Jadi harga ni memang paling rendah so far sebab tu laju-laju beli.
Philips Viva Collection Airfryer Multicooker PLP-HD9228
Yang aku punya ni kapasiti paling kecik, untuk 800g je. Cukup la untuk small family. Small family maskud aku kalau kau nak goreng ayam size sederhana 5 ketul sekaligus dalam ni memang muat la. Dan muat kalau kau campak fries sepaket goreng sekaligus. Maknanya kapasiti 800g ni agak besar jugak tapi again, for small family only.
Jadi selama aku guna ni aku dah goreng a few benda dalam ni.
Frozen food macam fries / drummet / nugget. Goreng frozen food memang tak payah pakai minyak langsung sebab masa dia proses tu pun dah pakai minyak. Dan kau boleh campak semua ni directly dari peti sejuk tempat frozen ke dalam air fryer terus. Tak payah tunggu dia cair ke apa.
Rasa sama sebijik macam kau goreng pakai minyak! Tak tipu punya. hihi
Frozen food.
AyamAyam goreng biasa yang bubuh garam kunyit je tu. Pun tak payah minyak. Unless kalau tekak kau dah terbiasa dengan minyak dan rasa tak sedap hati kalau takde minyak langsung, kau spray la minyak sikit kat ayam tu. Beli cooking spray tu
Tapi bagi aku, goreng tanpa minyak pun dah sedap. Rasa 99% sama macam goreng pakai minyak sebab kan ayam banyak lemak, jadi lemak tu dah cair sendiri masa goreng. Jadi tak payah la pakai minyak ye kalau boleh. hihi
Kalau nak masak ayam masak kicap ke ayam sambal ke memang aku goreng ayam dalam ni dulu lepastu baru campak dalam kuali gaul dengan perencah lain
Dan aku jugak pernah grill ayam dalam ni. Air fryer ni boleh guna untuk grill jugak cuma dia takdelah boleh golerk-golek tu. Pun rasa sama jugak.
No worries kalau kau tak cakap kat orang kau goreng pakai air fryer orang tak tahu pun
Ayam goreng. Memang boleh garing. Jangan risau.IkanIkan pun sama macam ayam, kalu nak spray minyak sikit masa goreng pun boleh. Kalau taknak pun rasa ok je. Tapi sebab ikan takde lemak sangat jadi hasilnya sikit kering jadi rasa dia macam 98% macam ikan goreng biasa
Ikan masin pun aku pernah goreng dalam ni dan jadi la. Rasa ikan masin goreng la. haha
Ikan goreng.
Salmon ni aku grill sebenarnya. Pun grill guna air fryer jugak.PopiaAku buat popia untuk Irfan dan goreng dalam ni. Tapi popia ni fail sikit. Sebab aku tak bubuh minyak langsung, jadi kulit dia macam tak crunchy sangat. Dah sejuk dia jadi liat. Jadi kalau nak goreng popia kena spray minyak sikit
Tu je la kot yang aku pernah campak dalam air fryer setakat ni. Sebenarnya guna hari-hari tapi sebab goreng benda yang sama jadi tak banyak la boleh cerita. hehe
Sepanjang guna aku dah nampak a few kelemahan dia:Bucket dia susah cuci sebab da bentuk-bentuk dia buat kat base tu untuk circulate udara kan. Tapi dia guna material yang jenis non stick, jadi sebenarnya a matter of kau kena selit jari-jari kau kat tempat-tempat susah capai tu je untuk bersihkan.Bucket dia over sensitif! Macam aku masa cuci tu kan terhantuk kat sinki tak kuat pun aku rasa, lepastu kemik sikit which sebenarnya kau kena observe betul-betul baru kau nampak tempat kemik tu, dan lepastu bila aku pasang, dia dah tak boleh tertutup rapat! Tapi still boleh guna cuma tak lock sepenuhnya masa nak guna tu. Hantar for warranty dia kata tak boleh claim. Kalau nak beli bucket baru kena spend almost RM200 tak silap.Rasa makanan dah tak sama lepas dipanaskan. Ha, kalau makan habis terus no problem memang macam tu la rasa dia. Tapi kalau kau simpan contohnya ayam goreng nak bawak ke esok ke apa, panaskan balik memang dah tak berapa nak sedap dah. Maybe sebab dia dah kering sebab tak pakai minyak langsung kan.Masa memasak agak panjang. Kalu goreng ayam, dalam 20 minit. Kalau goreng atas dapur biasa sekejap je kan. Jadi tak sesuai kalau untuk nak masak cepat. Tapi yang bestnya tak payah jaga. Set suhu, set masa, tunggu je bunyi tinggg. Dapur pun bersih tanpa percikan minyak. Asap pun takde wa cakap sama lu. hihi Required a lot of space. Walaupun kapasiti dia 800g je tapi size body dia memang gabak! Jadi tak boleh sesuka hati selit mana-mana, memang kena allocate space untuk dia. Dan agak berat jugak sebenarnya benda alah ni.Jadi, ni cerita aku untuk jenama PHILIPS tau. Kalau untuk jenama lain aku tak berapa pasti sebab aku pernah terbaca review yang jenama yang selain Philips ni hasil gorengan dia tak sama dengan goreng pakai minyak. Pandai-pandai la korang menilai ye. hehe
Kalau tanya aku, memang aku recommend sangat-sangat korang beli! Sangat worth every penny. Selain dapat kuruskan badan sebab dah kurang makan lemak, dapat jugak jaga kesihatan. hehe. Aku dah lama tak beli minyak masak semenjak pakai air fryer ni. Jimat di situ. Tapi don't worry tak effect pun kat bil elektrik. hihi
Ha lagi satu ada orang tak faham pasal goreng tak guna minyak ni. Ada yang argue dengan aku cakap "kata tak payah pakai minyak, tu yang duk spray minyak tu apa. tetap ada lemak jugak pakai minyak"
Amboiii!! Kena baca balik apa Philips cakap, goreng "without or less oil". Gitu. Ada certain benda yang still kau kena tambah minyak sikit. Tapi beza kan kalau goreng ayam dengan minyak sekuali penuh dengan minyak yang di spray tipis? Kuantiti pun dah beza, confirm la kolestrol lemak bagai pun beza. Tu pun tak nampak ke? Tu pun nak argue ke? huhu. Emo jap. haha
Akhir kata, beli la korang! Aku nampak GEMFIVE ada buat offer lagi. Google GEMFIVE, aku malas bagi link. haha
Bye
P/S: Aku rasa Philips dengan Gemfive patut bayar aku untuk review ni. haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thisisfieda.blogspot.com/2016/04/aku-dan-philips-airfryer-yang-super.html