Aku Bukan Budak Pandai Part 1


AssalamualaikumBismillah
Asyik tulis draf saja bila nak publish? Aku sebenarnya berfikir agak lama juga perlukah ya aku kongsi perkara ini? Tapi aku nak kongsi juga. Mungkin ada yang pernah alami pengalaman yang sama seperti aku. 
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi kisah tentang aku. Yup, akulah tu bukan budak yang pandai. Aku suka cerita tentang kehidupan aku, kerana aku rasa aku banyak belajar daripada jatuh bangun sepanjang hidup. 

Setiap ujian dan nikmat kehidupan aku semoga menjadikan aku seorang yang lebih bersyukur dan memberi inspirasi kepada korang. Mungkin melalui perkongsian ini ada sesuatu yang korang belajar. 
Aku boleh dikategorikan sebagai pelajar yang tak pandai sebenarnya. Aku ingat lagi masa masuk sekolah rendah aku selalu dibuli dan tak tahu membaca. Aku cuma tahu mengira 0 - 10 dan membaca huruf alphabet A - Z sahaja. Semua kawan-kawan aku kebanyakkan ada tadika / prasekolah. Di rumah ibu bapa aku cuma ajar aku menulis nama sahaja. 
Aku ingat lagi aku pernah dipanggil cikgu untuk mengeja "RUMAH" di papan putih. Ya Allah punyalah aku mengigil dan hampir mahu menangis sebab tak tahu. Mujurlah kawan sebelah aku bagi jawapan dengan aku. Jahilnya aku rasa masa tu. Hahaha Begitu pula perasaan kalau kita tak tahu apa-apa langsung kan.
Dulu tahun 1 agak teruk jugalah aku dibuli oleh lelaki sebab aku tidak pandai melawan. Kawan-kawan pula masa tu tak backup. Aku ada masalah pergaulan lagi tak pandai nak bersosial dan tengok kawan mana yang baik. Selalu pula tu kena denda dan dimarah cikgu. Hahaha
Dan paling sadisnya ibu bapa aku sangat tegas dalam akademik. Aku selalu dibandingkan dengan abang aku yang setiap tahun dapat anugerah pelajar cemerlang. Sejak dari itu aku selalu berusaha untuk belajar apa sahaja asalkan aku tidak ketinggalan. 
Sebelum peperiksaan akhir tahun aku struggle gila belajar. Dalam kelas aku fokus dan selalu catat nota. Apa sahaja benda yang aku tak faham lepas cikgu mengajar aku akan terus ke depan untuk bertanya. Masa tu tahan hati sajalah kalau kena marah hahaha. 
Alhamdulillah, cikgu aku sangat baik hati dan nampak kesungguhan aku. Malahan, cikgu-cikgu aku selalu beri perhatian yang lebih dengan aku sebab aku selalu beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan tak pernah main-main. 
Kadang-kala ada waktu terluang sebelum cikgu masuk untuk subjek seterusnya aku dah sedia buku teks dan buku latihan. Kalau ada kerja rumah, masa tu juga aku siapkan. Jadi sampai rumah aku dah tak perlu lagi fikir homework.
Betullah kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pertama kali peperiksaan akhir tahun aku dapat nombor 1 di kelas. Alhamdulillah bangga jugalah dapat merasa naik pentas terima anugerah. Sejak kejadian tu, aku digelar budak pandai. Kawan-kawan dah berhenti buli aku dan ramai yang minta tunjuk ajar dari aku. Dan aku dapat anugerah pelajar cemerlang dari tahun 1 sampai UPSR. 
Aku sebenarnya bukanlah budak pandai sebab aku rasa ada banyak benda lagi yang aku tak tahu. Apabila difikirkan aku belajar hampir semua benda sebab minat mahu belajar sesuatu yang baru itu terlalu tinggi. 
Dulu masa sekolah rendah aku sangat aktif sukan bola jaring, olahraga dan badminton. Setiap kali ada pertandingan kuiz, hafazan, pidato, menyanyi, menari dan banyak aktiviti yang lain habis semua aku sapu. Kadang apa sahaja aktiviti di sekolah cikgu akan masukkan nama aku dahulu sebelum pelajar yang lain. 
Malah, jawatan di sekolah dari pengawas pusat sumber, ketua kelas, pengawas dan ketua pengawas aku dah pernah pegang. Boleh dikatakan cikgu-cikgu masa tu memang banyak beri kepercayaan kepada aku. 
Dalam usia yang bagi aku sangat muda aku dah diberi amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang besar. Itulah antara pengalaman yang bagi aku sangat bermakna kepada aku. 
Aku tahu kisah ini dah lama. Masa aku sekolah rendah kot. Hahaha
Cuma sikap aku inilah yang aku bawa sampai sekarang. Aku suka mencatat nota tidak kira dimana pun aku berada. Aku selalu bawa buku nota, pen dan terjemahan al-Quran untuk dibaca. Mahu bina satu kebiasaan bukan mudah kerana habit adalah suatu perkara yang dilakukan secara berterusan dalam kehidupan. 
Kesimpulannya....
Apa yang aku nak sampaikan di sini. Ada orang yang dilahirkan memang pandai atau genius. Dan ada yang dilahirkan bukan tak pandai cuma lambat dalam memahami sesuatu. Mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran, personaliti diri, sikap diri sendiri yang malas dan faktor daripada pengaruh orang lain

Tidak kiralah sepandai manapun kita, kalau malas tetap juga tidak berjaya. Lihatlah kejayaan orang-orang dahulu. Ramai saja yang tak sekolah tetapi disebabkan sikap rajin dan tidak putus asa itulah yang menjadi kunci kepada kejayaan. 
Tetapi aku tak kata ilmu tu tak penting. Apapun yang kita lakukan kena ada ilmu cuma dalam bentuk pendidikan ataupun pengalaman. Aku tidak pernah lagi jumpa orang yang pandai hanya duduk diam-diam dan terus berjaya tanpa buat apa-apa. 
Aku tulis entri ini pun sebab ramai yang kata aku pandai. 
Begitu juga dalam berblog. Aku bukanlah sifu, otai, ataupun tahu banyak sangat tentang blog. Dari segi penulisan korang sendiri boleh nilai kan bahawa penulisan blog aku biasa-biasa sahaja. Cuma aku memang suka menulis apa yang aku rasa mahu kongsi. Yang bagi aku InsyaAllah bermanfaat kepada mereka yang membaca. 
Ada masa aku memang malas sangat nak menulis. Tetapi aku tak nak biarkan perasaan malas itu terus-menerus melekat dalam diri aku nanti menjadi kebiasaan. Aku juga yang susah. hehe. Untuk mengelak blog tak berupdate aku tulislah apa yang aku suka nak kongsi. 
Dan paling tak bosanlah tulis pasal kisah hidup aku. 
Kadang aku tak rasa semua orang akan baca entri ini sampai habis pun hehe. Aku tertanya juga, sebenarnya blog aku ini menarik ke untuk dibaca? 
Kalau rajin bolehlah komen di bawah. Kalau rasa ada yang perlu diperbaiki jangan segan silu tau nak tegur. 
Bersambung Aku Bukan Budak Pandai - Part 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/11/aku-bukan-budak-pandai-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bisnes Part Time Terbaik Pada Masa Kini

Bisnes Part Time Terbaik Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 225 hits
Bisnes Part Time Terbaik Pada Masa Kini Anda tercari cari apakah model bisnes part time terbaik pada masa kini Tidak kira The post appeared first on
Bisnes Part Time Tanpa Modal Besar

Bisnes Part Time Tanpa Modal Besar

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 466 hits
Bisnes Part Time Tanpa Modal Besar Anda tercari cari bisnes part time tanpa modal yang besar dan membebankan ini bisnes part The post appeared first on
Panduan Lengkap Bagaimana Jana Income Part Time Terbaik Untuk Semua

Panduan Lengkap Bagaimana Jana Income Part Time Terbaik Untuk Semua

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 330 hits
Panduan Lengkap Bagaimana Jana Income Part Time Terbaik Untuk Semua Artikel ini akan berkongsi dengan tuan puan panduan lengkap bagaimana The post appeared first on
Bisnes Part Time Dengan Forsage Jana Pendapatan Tambahan Yang Lumayan

Bisnes Part Time Dengan Forsage Jana Pendapatan Tambahan Yang Lumayan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 323 hits
Bisnes Matawang Digital Dengan Forsage Malaysia Peluang Kumpul Dan Gandakan Ethereum Dengan Cara Yang Paling Selamat Dari Meja Kerja Di RumahPaksu aka Zulkifli Harun012 7092198 September 7 2020 10 04 am forsage malaysiaAlhamdulillah hari in...
Bucket List Challenge 1 Part 2 2

Bucket List Challenge 1 Part 2 2

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 236 hits
As promised Continued from Part 1 Little Things That Makes Me Happy Part 2 2 4 Fieldwork D 5 Driving while watching the raindrops roll down the window 6 Receiving something ordinary from an extraordinary person P
Part Of Rm20 Mil For Prisons Will Go For Setting Up Royal Pahang Weaving Complex

Part Of Rm20 Mil For Prisons Will Go For Setting Up Royal Pahang Weaving Complex

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 248 hits
Prisoners get vocational training while serving their sentence They include this group of inmates at the Kota Kinabalu Prison involved in sewing personal protective equipment for frontliners fighting Covid 19 PETALING JAYA Projects for the ...
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 451 hits
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane Kuala Lumpur Selamat petang semua eh harini Cikza nak berkongsi berita gembira Baru baru ini korang ingat lagi tak Cikza ada buat rayuan dekat BPH Putrajaya untuk dapatkan kuarters di Jalan Coch...
Rahsia Untuk Jana Duit Part Time Untuk Sesiapa Sahaja Yang Berminat

Rahsia Untuk Jana Duit Part Time Untuk Sesiapa Sahaja Yang Berminat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 322 hits
Rahsia Untuk Jana Duit Part Time Untuk Sesiapa Sahaja Yang Berminat Anda mahu jana duit part time Dikala ini ramai The post appeared first on
Accesstrade Be Part Of Our Community And Get Rm5

Accesstrade Be Part Of Our Community And Get Rm5

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 238 hits
Accesstrade Be part of our community and get RM5Referral Programme Refer Your Friends And Earn Get Additional Income Rm2 250 and MoreFind Out More
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees

Tips Mengelakkan Bayaran Bagasi Berlebihan