Aktiviti Tanam Sayur Berhasil Elak Pelajar Ponteng Sekolah


Imej via BH OnlineTUMPAT: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, membuktikan Program Jom Bertani yang memberi pendedahan usaha menanam sayur-sayuran kepada pelajarnya, berhasil menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar kelas terakhir setiap tingkatan sekolah itu.


Melihat kejayaan program yang dilaksanakan sejak tahun lalu, bermula dengan pelajar Tingkatan Satu dan Dua, mendorong ia diperluaskan kepada semua kelas terakhir Tingkatan Tiga, Empat dan Lima, mulai tahun ini.

Hasilnya, jumlah pelajar yang ponteng setiap hari kini menurun dengan ketara dengan semua pelajar terbabit bersemangat hadir ke sekolah kerana mahu menjaga sayur-sayuran yang diusahakan secara bersama rakan kelas masing-masing.

Kesungguhan pelajar itu membuatkan pelawat yang menjejakkan kaki di SMK Berangan pasti terpegun melihat deretan kira-kira 400 pokok, pelbagai jenis sayuran yang subur hasil usaha mereka.

Pasu terpakai dan bekas plastik kitar semula yang ditanam dengan kobis, terung, cili serta lada solok, kelihatan cantik disusun di kawasan tapak perhimpunan lama sekolah terbabit.

Semua tanaman itu diusahakan lebih 100 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima, dengan bimbingan guru bawah Panitia Geografi serta Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dalam usaha menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.


Guru Geografi, Mohd Rosli Yaakob, berkata inisiatif menanam sayuran itu dijalankan sejak tahun lalu dengan permulaannya hanya membabitkan dua kelas terakhir Tingkatan Satu dan Dua.

“Langkah ini memberi kesan baik apabila kehadiran pelajar ke sekolah bertambah kerana masing-masing menunjukkan minat berkebun. Ia diteruskan lagi tahun ini dengan membabitkan tiga kelas lagi menjadikan semua pelajar kelas terakhir di setiap tingkatan terbabit.

“Jadual untuk aktiviti berkebun ini, diperuntukkan selama dua masa sehari bagi setiap kelas, iaitu selama satu jam pelajar akan meluangkan masa mereka mengendalikan tanaman di kebun ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Rosli berkata, inisiatif itu juga adalah susulan silibus pengendalian sisa domestik dalam mata pelajaran Geografi dan beliau yang turut berminat dalam pertanian, terfikir untuk menggunakan kaedah itu bagi menanam minat pelajar untuk berkebun.

Beliau berkata, setiap tanaman sayuran organik tanpa baja atau kimia yang ditanam itu dibahagikan zon untuk setiap kelas dan pada masa pembelajaran, setiap kelas akan mengendalikan tanaman masing-masing.

“Tanaman ini memakan masa antara 40 hingga 90 hari sebelum boleh dituai hasilnya dan pada hari tuaian, kita boleh melihat wajah ceria setiap pelajar yang menyertai program ini kerana masing-masing kelihatan sangat berpuas hati melihat sayuran ditanam mereka membuahkan hasil.

“Dari segi jualan hasil, setakat ini kami tidak sempat untuk menjualnya kepada orang luar kerana habis dibeli warga sekolah ini sendiri. Malah ketika hampir waktu menuai, sudah ada guru yang menempah hasil kebun pelajar ini,” katanya sambil memberitahu segala modal, termasuk benih tanaman dibiayai pengurusan sekolah.


Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Berangan, Zakaria Hussin, berkata inisiatif menerusi Program Jom Bertani itu dilihat sangat berkesan dalam menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah.

“Jika sebelum wujudnya usaha berkebun ini, boleh dikatakan separuh pelajar setiap kelas terbabit tidak hadir, namun sekarang hanya beberapa orang sahaja, itu pun disebabkan ada alasan penting.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada sekolah tapi yang utama adalah pelajar itu sendiri kerana dari segi akademik, mereka mungkin tercicir tetapi menerusi usaha ini, mereka memperoleh ilmu pertanian dan tidak mustahil akan ada dalam kalangan mereka mampu menjadi petani berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Shamsudin Abdul Ghani, 14, pula menyifatkan Program Jom Bertani sangat menarik dan disebabkan itu, dia tidak pernah gagal menghadirkan diri ke sekolah setiap hari.

“Sejak tahun lepas lagi kami diberi pendedahan ilmu pertanian. Pada mulanya memang tidak minat, tapi apabila melihat hasil yang dituai, minat semakin bercambah kerana tidak sangka kami mampu berkebun.

“Kami diajar cara menanam dengan betul bermula dari proses meletak benih, menabur baja, menyiram, mengenal pasti penyakit serta menuai dan ilmu ini sangat memberi manfaat kepada kami jika ingin mengusahakan pertanian suatu hari nanti,” katanya

Sumber: BH Online


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/05/aktiviti-tanam-sayur-berhasil-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Pelajar Mengamuk Dalam Kelas Tembak Rakan Sekolah

Dua Pelajar Mengamuk Dalam Kelas Tembak Rakan Sekolah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 313 hits
COLORADO 3 Ramadan 1440H Rabu Bunyi tembakan masih kedengaran tatkala anggota polis berlari ke arah Sekolah Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Highlands Ranch di sini Dua suspek dipercayai pelajar sekolah berkenaan memasuki dua bili
Misi Cari Pokok Dhia Dan Dzal Untuk Projek Kebun Sayur Sekolah Tabika Kemas

Misi Cari Pokok Dhia Dan Dzal Untuk Projek Kebun Sayur Sekolah Tabika Kemas

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 597 hits
MISI CARI POKOK DHIA DAN DZAL UNTUK KEBUN SAYUR SEKOLAH TABIKA KEMAS Weekend kami baru ini memang padat Jumaat malam dapat whatsapp cikgu Tabika anak anak Setiapa anak anak kena bawa satu jenis tanaman sayur untuk Projek Kebun Sayur sekolah...
Yapeim Santuni 40 Pelajar Di 2 Buah Sekolah

Yapeim Santuni 40 Pelajar Di 2 Buah Sekolah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 445 hits
Kalangan pelajar yang dibantu YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan ini tergolong dalam kelompok rakyat yang serba memerlukan dan kali pertama merasainya
Pelajar Dakwa Dirotan Guru Sebanyak 22 Kali Kerana Tidak Hadir Ke Sekolah

Pelajar Dakwa Dirotan Guru Sebanyak 22 Kali Kerana Tidak Hadir Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 1106 hits
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirotan 22 kali oleh guru kelasnya dengan menggunakan sebatang plastik penyedok sampah di dalam kelasnya hingga punggungnya lebam Rabu lalu Ketua Polis Daerah...
Sekolah Tun Fatimah 20190510 Lawatan Hujung Minggu

Sekolah Tun Fatimah 20190510 Lawatan Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 465 hits
Sekolah Tun Fatimah 20190510 Lawatan Hujung Minggu Lepas jam 3 baru gerak ke sana Singgah tapau McD on the way Nak cari kat Bazar Ramadan macam tak kena la pulak Gedebak gedebuk jam 4 20 jugak baru sampai Kebudaks dah mula tadarus jam 4 30 ...
Remaja Antivaksin Saman Sekolah Tutup Akibat Chickenpox Mengidap Chickenpox

Remaja Antivaksin Saman Sekolah Tutup Akibat Chickenpox Mengidap Chickenpox

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 512 hits
KENTUCKY Selepas menular wabak chickenpox di daerah Kentucky US bulan Mac yang lalu Northern Kentucky Health Department mengarahkan sebuah sekolah tinggi di sini ditutup operasinya buat sementara sehingga wabak tersebut berjaya dikekang Jer...
Bocah Kelas 2 Sd Di Garut Jualan Bakso Tahu Di Sekolah Tiap Hari Pikul Dagangan Ini Kisahnya

Bocah Kelas 2 Sd Di Garut Jualan Bakso Tahu Di Sekolah Tiap Hari Pikul Dagangan Ini Kisahnya

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 305 hits
Erwin Utama kini ramai jadi perbincangan di media sosial setelah berjualan baso tahu di sekolahnya Madrasah Ibtidaiyah Al Muttaqin Desa Cintanagara Kecamatan Cigedug Kabupaten Garut Jawa Barat Foto foto Erwin Utama berjualan baso tahu sambi...
Keputusan Pertandingan Fotografi Persekitaran Sekolah Anjuran Pss Smkpz 2019

Keputusan Pertandingan Fotografi Persekitaran Sekolah Anjuran Pss Smkpz 2019

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 1018 hits
KEPUTUSAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI PERSEKITARAN SEKOLAH ANJURAN PSS SMKPZSEMPENA SAMBUTAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2019TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG KATEGORI GURU SMKPZ KATEGORI PELAJAR SMKPZ KE ARAH PSS ABAD KE 21
Kronologi Video Siswa Sd Negeri Joget Remix Di Acara Pelepasan Hingga Nasib Kepala Sekolah

Kronologi Video Siswa Sd Negeri Joget Remix Di Acara Pelepasan Hingga Nasib Kepala Sekolah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 261 hits
Aksi para murid SD yang berjoget musik remix menjadi viral di sosial media Video pendek dengan durasi tyak lebih dari 30 detik ini memperlihatkan pada murid SDN 1 Padang Cahya Balikbukit Lampung Barat berjoget saat seremoni pelepasan siswa ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025