Akta Perlindungan Data Peribadi Dipinda Kerana Kepesatan Teknologi Kata Gobind


 
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kepesatan teknologi yang memerlukan masyarakat seiring menggunakan platform digital untuk tujuan perniagaan, namun pada masa sama mengharapkan perlindungan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dilaksanakan kerana kepesatan teknologi yang memerlukan masyarakat seiring menggunakan platform digital untuk tujuan perniagaan, namun pada masa sama mengharapkan perlindungan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata kerajaan perlu memperhalusi dan meneliti risiko akibat penggunaan platform digital agar data peribadi pengguna tidak disalah guna, meskipun sedar era digital sememangnya membawa banyak peluang khususnya ekonomi.
Gobind berkata pada tahun lepas, sebanyak 23% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan sektor ekonomi digital dan angka itu dijangka meningkat kepada 25.5% pada 2025.
Beliau berkata dalam aspek pelaburan yang diluluskan pula, ekonomi digital mencatatkan RM330 bilion pada tahun lepas, berbanding RM268 bilion pada tahun sebelumnya.
“Ini impak sebenarnya apa yang kita sebut sebagai ekonomi digital, ia mendatangkan manfaat yang cukup besar. Tetapi dalam masa yang sama saya mengaku bahawa sama-sama dengan peluang tersebut juga ada risikonya.

Jadi dalam keadaan tersebut kerajaan perlu lihat kepada teknologi baharu dan kita memperuntukkan undang-undang untuk melindungi mereka yang menggunakan platform digital. Satu caranya adalah untuk kita menggubal undang-undang begini, yang kita mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 di Dewan Negara.
RUU yang antaranya bertujuan menaikkan kadar denda daripada RM300,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan dilakukan pengawal data atau pemprosesan data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi itu, diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan 21 Senator.
Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua, Gobind berkata RUU berkenaan tidak melibatkan sebarang pindaan yang melibatkan pemakaian akta yang sama terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Beliau berkata ini kerana buat masa ini, terdapat akta dan peraturan lain yang mengawal selia pegawai-pegawai awam iaitu Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sekiranya pegawai awam disabitkan dengan isu ketirisan semasa mengendalikan data.
Gobind berkata pihaknya melalui Jabatan Digital Negara (JDN) juga sedang membangunkan satu akta baharu mengenai perkongsian data dalam sektor awam, yang dijangka akan dibentangkan seawal-awalnya pada sesi akan datang.

Elemen kawal selia perlindungan data peribadi turut dikaji dan diambil kira di dalam akta baharu ini, katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/akta-perlindungan-data-peribadi-dipinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertemu Menkominfo Budi Arie Gibran Singgung Perlindungan Data Pribadi

Bertemu Menkominfo Budi Arie Gibran Singgung Perlindungan Data Pribadi

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 133 hits
Budi Arie dan Gibran turut membahas tentang pengembangan ekonomi digital termasuk dukungan terhadap startup dan UMKM dalam memanfaatkan teknologi digital
Bergizikah Program Makan Siang Gratis Prabowo Gibran Jika Rp7 500 Porsi Ini Kata Ahli Gizi

Bergizikah Program Makan Siang Gratis Prabowo Gibran Jika Rp7 500 Porsi Ini Kata Ahli Gizi

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 244 hits
Hal ini menjadi pertanyaan apakah dengan harga tersebut sudah cukup memenuhi kebutuhan gizi
Tiger Beer Tidak Biayai Mana Mana Sekolah Kata Tpm

Tiger Beer Tidak Biayai Mana Mana Sekolah Kata Tpm

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 200 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Tiger Beer membiayai mana mana sekolah aliran Cina sebaliknya Berita Harian melaporkan kilang bir tersebut hanya menaja sebuah konsert amal untuk kutipan dana Zahid berkata konsert...
Mmmmm Sanusi Bodo Depa Kata

Mmmmm Sanusi Bodo Depa Kata

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 102 hits
Pak Ya Siam Aummm jilat blekrok Yahudi sikit geng Kilang Modenas kat Gurun ja bodo Yang dok kalut beli moto yang bagi sumbangan kat Yahudi kepala bapak apa beli ja la yang syarikat tempatan Bodo
Kata Dokter Jiwa Penyebab Orang Kecanduan Judi Online

Kata Dokter Jiwa Penyebab Orang Kecanduan Judi Online

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 361 hits
Siste menjelaskan bahwa kecanduan terjadi karena interaksi kompleks yang melibatkan faktor perilaku genetik dan sirkuit otak
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit