Akmal Dan Kes Rosmah


 
Saya kira selain anggota keluarga, orang paling gembira dengan keputusan mahkamah tempoh hari berhubung Rosmah Mansor ialah Dr Akmal Saleh ketua Pemuda Umno. Semua maklum Akmal adalah penyokong tegar bekas perdana menteri Najib Razak. Baginya Najib adalah mangsa ‘pendakwaan politik’ lantas mahu beliau dibebaskan. Umum tahu Najib kini dipenjara selepas didapati bersalah dalam kes SRC International.
Namun, artikel ini bukan mengenai Najib. Ini mengenai isterinya. Selang tiga hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Rosmah, Akmal membuat ‘posting’ di Facebook beliau. Saya siarkan posting itu di sini. Perlu dimaklum saya tidak membuat sebarang suntingan. ‘This is how it was written’. Posting berbunyi begini:
“Jadi segala tohmahan terhadap Datin Seri Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat yang mahu menjatuhkan kerajaan BN dahulu apabila beliau dilepaskan dari segala pertuduhan yang dihadapi oleh beliau beberapa hari lepas.
“Cincin Rosmah, Rosmah itu, Rosmah ini semuanya Allah telah tunjukkan kebenarannya pada hari ini. Kesian keluarga Dato’ Seri Najib Razak yang menanggung semua tuduhan liar ini.”
Akmal tidak menjelaskan apa ‘Rosmah itu, Rosmah ini’ yang beliau maksudkan. Namun saya boleh agak kerana Rosmah banyak diperkatakan dan dikaitkan dengan pelbagai perkara. Bab cincin, mungkinkah Akmal ingin memberitahu khalayak bahawa Rosmah tidak membelinya ‘now that the court have made its decision?’ Atau tidak menggunakan duit yang diperoleh secara haram untuk membelinya? Wallahuaklam.
Namun, Akmal tentu tahu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepas ialah bersabit 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Itu pertuduhan dalam kes ini. Tidak ada yang lain.
Keputusan dibuat apabila mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua 17 pertuduhan ke atasnya.
Bagaimanapun, sehari selepas keputusan itu pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan membebas dan melepas itu. Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam kenyataan berkata: “Notis rayuan telah difailkan oleh pendakwa raya hari ini (20 Dis 2024) terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut untuk diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.”
Izinkan saya memetik pula laporan Sinar Harian sehari sebelum itu yakni 19 Dis 2024. Laporan bertajuk: ‘Rosmah belum bebas sepenuhnya’. Ini adalah hakikat yang umum maklum.
Menurut laporan itu, meskipun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan berkaitan cukai Rosmah masih berdepan satu lagi rayuan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Ia membabitkan keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Sept 2022 yang menjatuhkan hukuman ke atas Rosmah penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah.
Mahkamah Rayuan menetapkan prosiding hujahan rayuan didengar pada 5 Mac tahun depan.
Pada hemat saya Akmal telah ‘meraya kemenangan’ terlalu awal. Oleh kerana beliau seorang Muslim saya tidak akan guna tanggapan ‘do not pop up the champagne just yet’.
Saya memilih untuk menyatakan Akmal wajar tenang dan menunggu semua keputusan mahkamah yang bakal dibuat sebelum membuat sebarang komen, ulasan dan kesimpulan yang mahu dikaitkan dengan kes dihadapi Rosmah.
Atau beliau sememangnya boleh melihat apa yang kita tidak boleh? Tahu apa yang kita tidak tahu? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/akmal-dan-kes-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 268 hits
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi kelihatan ceria selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 097 750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN pada Khamis Hadiah unt...
Ini Kronologi Kes Rosmah Mansor Yang Ramai Tak Tahu

Ini Kronologi Kes Rosmah Mansor Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 241 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah dilepaskan dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 097 750 serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam N...
Zahid Hamidi Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan Agc Tarik Balik Kes

Zahid Hamidi Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan Agc Tarik Balik Kes

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 172 hits
HarapandailyDecember 12 2024Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes raasuah Sistem Visa Asing selepas puhak pendakwaan memutuskan untuk menarik balik rayuan mereka AGC ...
Kes Saiful Hampir Satu Juta Masuk Akaun Pkr Akan Teliti Saman 10 Juta

Kes Saiful Hampir Satu Juta Masuk Akaun Pkr Akan Teliti Saman 10 Juta

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 278 hits
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu wang berjumlah RM976 380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi dua tahun lepas Penolong Pengurus Ambank Cawangan Manjalara Norsuhana Yusof 46 mengesahkan ter...
Papagomo Ditahan Berkait Kes Tipu Ubah Wang Haram

Papagomo Ditahan Berkait Kes Tipu Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 236 hits
FMT ReportersSiasatan itu dipercayai berkait dengan satu laporan polis yang dibuat seorang menteri pada Julai lalu PETALING JAYA Penulis blog Wan Azri Wan Deris ditahan polis pagi ini dipercayai untuk siasatan berkait kes menipu dan aktivit...
Kes Wan Saiful Lebih Rm900 000 Dimasukkan Ke Akaun Bank Tiga Syarikat

Kes Wan Saiful Lebih Rm900 000 Dimasukkan Ke Akaun Bank Tiga Syarikat

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 374 hits
BernamaKUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976 380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi dua tahun lepas Penolong Pengurus Ambank Cawangan Manjalara Norsuhana Yusof 46 men...
Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

Fakta Kes Kes Gangguan Seksual Melibatkan Agus Buntung Yang Menarik Perhatian Awam

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 204 hits
Jakarta Kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan I Wayan Agus Suartama atau dikenali sebagai Agus Buntung seorang individu kurang upaya dari Nusa Tenggara Barat terus mendapat perhatian awam terutama selepas fakta mengejutkan mengena
Polis Tahan Tujuh Suspek Kes Cubaan Bunuh

Polis Tahan Tujuh Suspek Kes Cubaan Bunuh

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes cubaan bunuh di Sentul ditahan dalam beberapa siri serbuan antara 4 hingga 8 Disember lalu di sekitar Selangor Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Za...
Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

Boycott Pkr In Ge16 Greets Nurul Izzah S Victory Grassroots Foresee Rot From Prevalent Family Ties

Kalau Had Umur Pencen 65 Tahun

Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Amalkan Bacaan Doa Selepas Azan Doa Akan Dikabulkan

Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan