Akhirnya Yang Menang Adalah Kebencian


Pilihan raya - bagi orang Melayu pembenci itu - barangkali tiada jauh bezanya dengan hari keramaian. Ia menjadi masa dan tempat paling nikmat untuk mereka semua mengecap kelazatan suatu kebencian.

Sebagaimana diceritakan dalam karya agung Hikayat Hang Tuah itu: “Setelah sudah maka diangkat orang pula hidangan minuman dan tambul pelbagai rupanya. Maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itu pun diperedarkan oranglah. Maka sekaliannya pun minumlah terlalu ramai dengan segala bunyi-bunyian. Maka biduan yang baik suaranya pun bernyanyilah. Maka segala yang minum itu pun mabuklah; ada yang sempat berjalan; ada yang rebah di tengah jalan tiada khabar akan dirinya; ada yang menari, rebah tiada dapat bangun. Terbanyak pula yang tiada dapat pulang, tidur di balairung dan setengah tidur di balai gendang.”

Pilihan raya - buat orang Melayu yang pembenci itu - barangkali hanyalah sebuah hiburan. Tempat untuk mereka menjadi tidak segan-silu dengan benda-benda yang memabukkan. Sampai jadi nanar akibat berlebihan minum ketuanan.

Kemabukan itu menyebabkan mereka hilang kewarasan, sampai jadi dangkal pemikirannya. Hinggalah mereka tersalah menyembah tuhan dan mengangkat pimpinan.

Mereka gagal melihat apa yang harus dan wajar mereka junjung atau tinggalkan. Sampai tidak berkesudahan mengangkat ahli skandal yang sedang berhadapan dengan bermacam pertuduhan dalam perbicaraan.

Barangkali apa yang berlaku di Tanjung Piai itu bukanlah kemenangan BN, bahkan bukan juga kekalahan PH. Akan tetapi ia adalah kejayaan orang Melayu memenangkan suara dan slogan kebencian mereka terhadap orang Cina yang mengibar bendera DAP - yang menurut mereka sangat membahayakan.

Barangkali - orang Melayu yang pembenci itu - terlalu teruja dengan sentimen kebencian yang mereka minum dan makan dalam banyak jamuan di Tanjung Piai. Keraian dan pesta yang mereka hadiri memang penuh dengan lambakan gaya dan stail tarian-tarian kebencian.

Takkan menang apa-apa
Orang Melayu itu memang tidak pernah mahu ketinggalan. Lalu mereka pun makan dan minum segala hidangan sampai jadi pekak dan buta hingga hampir pengsan.

Semua harus tahu bahawa sesungguhnya politik kebencian itu hanya akan memenangkan kebencian. Ia tidak akan menangkan apa-apa jenis perjuangan untuk Melayu, mahupun untuk Cina yang Melayu itu takutkan.

Apa yang berlaku di Tanjung Piai itu bukanlah kemenangan Islam versi PAS yang sering sesuka hati membacakan fatwa mengikut situasi dan keadaan menguntungkan mereka.

Apa yang berlaku di sana adalah permainan kebencian yang menggilakan, tanpa mengira siapa pun mereka, sama ada di kem BN mahupun kem PH.

Andainya permainan politik negara mahu terus-terusan mengambil jalur strategi isu bangsa dengan mengaitkan prejudis ke dalam rancu konflik politik kebencian yang tak pernah padam sejak sekian lama, barangkali orang Melayu tidak akan menang apa-apa
Orang Melayu nampaknya cuba menolak PH kerana mahu menzahirkan jihad kebencian mereka kepada Cina DAP yang mereka anggap bahaya. Orang Cina pula memberikan sokongan mereka kepada BN demi menambah bilangan ahli parlimen mereka di dalam parlimen.

Sebahagian Melayu kemudian terlihat penuh kebebalan apabila terlompat-lompat meraikan menang ke atas PH yang kononnya ada Cina jenis mengancam.

Cina dalam DAP mungkin saja sedang bergembira kerana paling tidak berhasil juga kumpulan terbabit untuk mengukuhkan kuasa politik orang Cina dalam parlimen melalui tunduknya penguasaan Bersatu yang - dalam diam - menampar muka masyarakat Cina melalui permainan politik ras mereka.

Raksasa jahat lagi hina
Jadi barangkali pada hakikatnya orang Melayu itu tidak menang apa-apa. Kerana Tanjung Piai sudah diwarnakan sejak awal lagi dengan warna-warna bangsa dan label-label agama.

BN atau Muafakat Nasional itu hanyalah nama yang membungkus susuk-susuk pimpinan yang mengaku tidak tahu-menahu apa yang berlaku dengan akaun peribadi mereka.

Maka orang Melayu yang itu pun berteriak-teriak kesukaan kerana dapat menumpaskan PH yang ada "Cina DAP berbahaya". Cina MCA yang tidak bahaya itu pun berjaya dihantar ke Parlimen dengan gelak ketawa.

Sebaliknya orang Melayu penjual dan pembeli permainan politik kebencian itu pada akhirnya mendapat apa?

Orang Melayu penganut mazhab politik ras harus bangun dan jaga daripada kebencian mereka. Perlakuan politik benci-membenci ini seumpama rasuah - iaitu sejenis raksasa jahat lagi hina - yang kini dibuat tanpa selindung serta terbuka.

Malah ada orang Melayu tanpa silu menerima itu bukan sebagai sesuatu kekejian serius yang membawa bencana. Rasuah yang berlaku sudah diinstitusikan, dikomplotkan dan diskandalkan pun orang Melayu terima dengan berlapang dada.

Orang Melayu jenis ini menerima berita dan perkhabaran rasuah itu hanya selaksana membaca seperenggan naskhah teks hikayat Sejarah Melayu agaknya: “Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya maka dipinang oleh Raja Kuci, maka tiada diberi oleh Pau Kubah. Maka diserangnya oleh Raja Kuci, maka peranglah orang Kuci dengan orang Cempa terlalu ramai, tiada beralah. Maka pada suatu hari Raja Kuci menyuruh pada penghulu bendahari Cempa membawanya muafakat diberi emas dan harta terlalu banyak. Maka penghulu bendahari Cempa pun kabullah, serta telah dinihari maka dibukakannya pintu kota oleh penghulu bendahari Cempa. Maka segala orang Kuci pun masuklah ke dalam kota Bal, maka beramuklah dengan orang Cempa. Maka kota Bal pun alahlah.”

Atau malah dari sepotong teks lain dalam hikayat Sejarah Melayu yang berkata: “Maka pada suatu hari Raja Kuci menyuruh pada penghulu bendahari Cempa membawanya muafakat diberi emas dan harta terlalu banyak. Maka penghulu bendahari Cempa pun kabullah, serta telah dinihari maka dibukakannya pintu kota oleh penghulu bendahari Cempa.”

Segala kecurangan penyalahgunaan kuasa dan penyundalan rasuah yang terdedah di dalam mahkamah kita jadikan hanya hiburan yang tidak menggerunkan sesiapa.

Sebagaimana orang Melayu pembenci Cina tadi melihat pilihan raya, tidak pernah jauh beza umpama hiburan dalam keramaian-keramaian dalam istana yang penuh dengan penari dan arak untuk meraikan sesuatu yang tidak punya makna melainkan hiburan kosong semata.

Asalkan nanti Melayu yang pernah curang dengan bermacam jenis penyundalan itu kembali mendapat kuasa.

Oleh: HARIS HAUZAH 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/11/akhirnya-yang-menang-adalah-kebencian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Mohon Bahas Isu Peralihan Kuasa Pm Adalah Palsu Khairykj

Surat Mohon Bahas Isu Peralihan Kuasa Pm Adalah Palsu Khairykj

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan penyebaran surat kononnya ditulis oleh beliau untuk membawa usul persendirian membahaskan isu peralihan kuasa Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah palsu Dalam entri InstaStory...
Kos Menggantikan Skrin Huawei Mate X Adalah Lebih Mahal Daripada Sebuah Iphone 11

Kos Menggantikan Skrin Huawei Mate X Adalah Lebih Mahal Daripada Sebuah Iphone 11

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 299 hits
Huawei Mate X mula dijual di China pada 15 November lalu Dalam masa beberapa minit sahaja kesemua unit yang ditawarkan telah habis dijual walau harga jualan RMB 1699 sebuah Selepas seminggu dijual Huawei telah mengeluarkan senarai kos mengg...
Aset Rm9 000 Yang Saya Miliki Itu Adalah Hanya Sebuah Motosikal Mohamaddin Ketapi

Aset Rm9 000 Yang Saya Miliki Itu Adalah Hanya Sebuah Motosikal Mohamaddin Ketapi

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 526 hits
Memang benar harta saya hanyalah sebuah motosikal bernilai RM9 388 kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi Beliau mengesahkan sudah mengisytiharkan aset itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Loading Kata...
Menaker Ida Nabi Muhammad Adalah Role Model Pembangunan Sdm

Menaker Ida Nabi Muhammad Adalah Role Model Pembangunan Sdm

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 218 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menyampaikan bahwa Nabi Muhammad saw dapat dijadikan sebagai sosok role model pembangunan SDM Hal ini dikarenakan Nabi Muhammad saw sukses membangun peradaban manusia dalam waktu yang singkat
Microsoft Ai Adalah Game Changer

Microsoft Ai Adalah Game Changer

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 163 hits
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence kini tengah dikembangkan dan diimplementasikan di banyak sektor Pasalnya kehadiran AI bakal mengubah masa depan manusia
Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi Oneplus 3 3t

Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi Oneplus 3 3t

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 176 hits
OnePlus 3 3T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2016 Ia juga adalah kali pertama OnePlus memulakan strategi memperkenalkan variasi T untuk peranti mereka Tahun ini sudah pun tahun ketiga usia OnePlus 3 3T dan dua peranti ini masih lagi...
Hentikan Kritikan Kepada Norshahrul Idlan Musuh Sebenar Adalah Sang Garuda

Hentikan Kritikan Kepada Norshahrul Idlan Musuh Sebenar Adalah Sang Garuda

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 163 hits
Semua penyokong sudah sedia maklum ketiadaan Syafiq Ahmad dan Matthew Davies untuk Derbi Serumpun menentang Indonesia dalam aksi ke 5 kelayakan Piala Dunia 2023 Piala Asia 2023 Kedua dua pemain adalah tonggak penting kepada pengendali Tan C...
Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata Kata

Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata Kata

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1809 hits
Ramai di antara kita cenderung untuk meluahkan apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan Tetapi sebenarnya dalam kebanyakan masa ia sepatotnya tidak perlu Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata KataKata kata yang kita ucapkan mempunyai ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation