Akhirnya Monica Lewinsky Dedah Kisah Sebenar


Bekas pelatih Rumah Putih, Monica Lewinsky yang menggemparkan pentas politik antarabangsa kerana terbabit dalam skandal seks dengan bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, akhirnya membuka mulut menceritakan kisah sebenar.


Selepas hampir sedekad mendiamkan diri, wanita yang digelar perempuan tidak bermaruah kerana melakukan seks oral di pejabat Oval Rumah Putih, akhirnya muncul di majalah Vanity Fair edisi terbaru untuk mendedahkan kisah silamnya.

Monica yang kini berusia 40 tahun hanya berumur awal 22 tahun ketika skandal berkenaan berlaku iaitu sekitar 1990-an.

Hubungan terlarangnya dengan Clinton ketika itu bukan saja menggemparkan penduduk Amerika Syarikat, malah dia turut dimalukan di seluruh dunia.

Skandal berkenaan ter­nyata memberi kesan mendalam kepada Monica hingga mendorong dia hampir membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan kejian masyarakat sekeliling.

“Selepas sekian lama, barulah kini saya berani untuk tampil ke depan. Clinton boleh menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan kami, tetapi dia tidak berbuat demikian.

“Saya tidak mahu terus menyembunyikan diri dan mahu menamatkan kisah hidup dengan pengakhiran yang berbeza daripada sebelumnya,” luahnya dalam artikel panjang lebar yang disiarkan majalah berkenaan.

Monica sebelum ini mengambil keputusan menyepikan diri hampir sedekad selepas skandal itu diheboh­kan kepada orang ramai.

Kehilangan Monica yang sukar dikesan menyebab­kan timbul khabar angin dia dibayar oleh Clinton untuk menghilangkan diri sementara menunggu skandal itu dilupakan.

Jelasnya, tiada yang lebih mustahak melainkan menjelaskan kebenaran kepada umum dan bukannya terus menyembunyikan hakikat sebenar.

Skandal seks Monica dan Clinton didedahkan pada orang ramai pada 1998 dan mengejutkan masyarakat seluruh dunia.

Ia juga hampir memusnahkan reputasi Clinton hingga menyebabkan Dewan Perwakilan turut menuduhnya melakukan jenayah pada 1999, namun dilepaskan dengan persetujuan ahli Senat bagi membolehkan beliau menghabiskan penggal keduanya pada 2001.

Meskipun kini skandal berkenaan sudah lama dilupakan, Monica belum diterima sepenuhnya oleh rakyat negara itu selain turut menjadi contoh terburuk dalam sejarah politik Amerika.

Hubungan itu, katanya, berlaku antara dua individu dewasa secara sukarela, tetapi dia amat menyesali apa yang berlaku.

“Sudah pasti ketua saya mengambil kesempatan ke atas saya, tetapi saya ingin tegaskan hubungan kami terjalin secara rela.

“Ia hanyalah satu perhubungan bebas dan saya terpaksa memikul segala tohmahan selain dijadikan kambing hitam semata-mata untuk melindungi jawatan beliau,” katanya dalam satu pendedahan yang dikeluarkan majalah berkenaan Selasa lalu.

Ketika skandal itu hangat diperkatakan, dia menerima banyak tawaran bagi mendedahkan kisahnya sehingga ada yang bernilai RM33 juta, tetapi ditolak kerana berasakan ia bukan satu perkara yang betul untuk dilakukan.

Sebaliknya, Monica kembali meneruskan pengajian sebelum memutuskan untuk tinggal di luar negara dengan mencuba pelbagai pekerjaan terutama di bidang komunikasi dan pemasaran.

Monica dikatakan menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang psikologi sosial di London selain berpindah-randah antara Los Angeles, New York dan Portland, Oregon.

Kisah silam yang dilalui Monica itu bagaimanapun sentiasa menghantui langkahnya dan kebanyakan majikan tidak dapat menerima semua itu dengan hati terbuka.

“Saya sukar mendapat pekerjaan yang baik kerana majikan masih dibayangi skandal berkenaan.

“Kekecewaan yang dilalui membuatkan saya putus harapan dan pernah berhasrat untuk membunuh diri bagi menamatkan semua kesengsaraan itu.

“Situasi itu juga menyebabkan keluarga terutama ibu berasa bimbang saya akan terus dimalukan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Menurut Monica, dia mula berani tampil ke depan selepas tragedi menyayat hati seorang pelajar gay Universiti Rutgers, Tyler Clementi yang membunuh diri kerana tidak tahan dimalukan di khalayak ramai. Ia berkaitan penyebaran video Clementi yang bercium dengan lelaki lain di Internet.

Sebagai salah seorang yang pernah berdepan dengan situasi memalukan itu, Monica akui terpanggil untuk bekerjasama dengan mangsa buli alam siber seperti Clementi bagi membantu mereka berdepan dengan masyarakat.

“Saya sendiri menyesali apa yang berlaku terhadap Presiden Clinton. Biar saya ulangi sekali lagi iaitu saya amat menyesal terhadap apa yang berlaku.

“Mungkin dengan berkongsi cerita berkenaan, saya boleh membantu orang lain berdepan saat hitam yang memalukan,” katanya.

Meskipun mengakui sudah lama melupakan skandal berkenaan, Monica akui sering terfikirkan isteri Clinton, Hillary.

Dia sering tertanya sama ada bekas wanita pertama itu akan menyertai kembali pertandingan bagi merebut kerusi di Rumah Putih.

Ketika kempen Hillary pada 2008 untuk merebut pemilihan calon presiden bagi Parti Demokratik, beliau tewas kepada presiden sekarang, Barack Obama yang menyaksikan nama Monica sekali lagi dikaitkan.

Beberapa bulan sebelum ini, Monica mula risau dirinya akan dijadikan isu politik lagi sekiranya Hillary mahu kembali merebut jawatan berkenaan untuk penggal 2016.

Monica berkata, dia sanggup melakukan apa saja jika itu dapat memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

“Saya menyesal apa yang berlaku dan bebanan itu seakan-akan sentiasa tergantung di leher. Percayalah, walaupun hanya sekali anda berkelakuan buruk, selamanya masyarakat akan mengingatinya,” katanya.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/05/akhirnya-monica-lewinsky-dedah-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 231 hits
Beberapa hari lalu tular satu kes melibatkan seorang wanita dipercayai guru yang dikatakan telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang Video yang viral memaparkan pengakuan seorang cikgu sehingga membawa kep...
Ini Bukan Sebab Nak Pindah Tular Video Axia Merah Angkut Barang Bersepah Netizen Bongkar Kisah Sebenar

Ini Bukan Sebab Nak Pindah Tular Video Axia Merah Angkut Barang Bersepah Netizen Bongkar Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 133 hits
Baru baru ini sebuah video tular menunjukkan sebuah Perodua Axia merah yang membawa pelbagai barang di atas bumbung dan sisi kenderaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai Ada pihak mendakwa pemandu tersebut sedang dalam prose...
Rasa Selesa Amp Suka Gaya Piercing Hidung Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam Ia Hanya Tindik Suami Saya Suka

Rasa Selesa Amp Suka Gaya Piercing Hidung Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam Ia Hanya Tindik Suami Saya Suka

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 106 hits
Baru baru ini video memaparkan pengacara serta pelakon Sharifah Aleya ditemubual dalam channel YouTube Mingguan Wanita telah menarik perhatian ramai Imej wanita muslim tindik hidung Dalam sesi temubual tersebut Sharifah Aleya ditanya soal m...
Ernie Zakri Anggi Marito Kisah Penuh Kecewa Chord

Ernie Zakri Anggi Marito Kisah Penuh Kecewa Chord

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 182 hits
Dm Am A Dm F Gm F Edim A Dm Tatap mataku Am Katakan cinta A Sanggupkah hati dan F bibirmu bicara Gm Dm Ku yakin tak bisa Edim A Entah kemana perginya Dm Tanya hatimu Am Apa ada aku A Yang temanimu dari F titik rendahmu Gm Dm Ku yakin tak ad...
Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 244 hits
Tatap matakuKatakana cintaSanggupkah hati dan bibirmu bicaraKu yakin tak bisaEntah kemana perginyaTanya hatimuApa ada akuYang temanimu dari titik rendahmuKu yakin tak adaEntah alasannya apaEntahKalau cinta takkan tegaKalau sayang takkan rel...
Saya Ikhlaskan Dia Kahwin Lain Datin Seri Shahida Tak Kisah Suami Kahwin Tapi

Saya Ikhlaskan Dia Kahwin Lain Datin Seri Shahida Tak Kisah Suami Kahwin Tapi

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 103 hits
Datin Seri Nur Shahida dan Datuk Seri Aliff Syukri dua nama yang ramai dah kenal bukan saja sebab populariti tapi sebab mereka pernah jadi simbol pasangan berjaya Kahwin sejak 2007 mereka bina kehidupan bersama lebih 16 tahun dengan enam or...
Alumni Haji Tv Alhijrah Hidupkan Semula Semangat Haji Melalui Kisah Para Jemaah

Alumni Haji Tv Alhijrah Hidupkan Semula Semangat Haji Melalui Kisah Para Jemaah

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 244 hits
TV AlHijrah kini menyiarkan sebuah program istimewa bertajuk Alumni Haji sebuah bual bicara berkonsepkan podcast yang membawa penonton menyelami semula perjalanan spiritual para jemaah haji yang menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu jam...
Blood Brothers Bara Naga Kisah Persaudaraan Pengkhianatan Yang Menggetarkan Jiwa

Blood Brothers Bara Naga Kisah Persaudaraan Pengkhianatan Yang Menggetarkan Jiwa

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 121 hits
Industri perfileman Malaysia terus berkembang dan Blood Brothers Bara Naga membuktikan potensi luar biasa dalam penceritaan tempatan Filem ini bukan sekadar aksi ia menyentuh hati mengangkat kisah dua beradik yang terperangkap dalam dunia g...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Rakyat Tertipu Dengan Janji Pilihan Raya Bn Makin Terserlah Ketakutan Terhadap Slogan Pas Teraju Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nothing Phone Tampil Cip Snapdragon Baharu

Doa Syukur Arwah Sudah Selesai Badal Haji

A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

Drama Abang Imam Minah Skuter