Akhirnya Hayyan Huda Opah S Kitchen Temiang


Akhirnya ..... HayYan HuDa Opah's Kitchen, Temiang | Ok janji. Ini episod terakhir cerita Tak Dapat Masuk Rumah semalam. Lepas tak berjaya nak pusing habis kunci, singgah rumah kakak hingga Maghrib dan selepas itu balik Beranang terus. 

On the way balik dah terfikir-fikir, nak tunggu hari Sabtu ada beberapa hari lagi. Kalau betul tombol pintu rosak, nak kena report ke pemaju, lepas tu nak kena datang semula nak tunggu kontraktor siapkan kerja, fuhhh jenuh!

Dalam masa yang sama, teringat juga kerja kat office pun boleh tahan disebabkan student dah masuk balik. Semester ni dapat 2 kelas. 1 kelas ada 30 orang. Lenguh nak menanda kertas diorang 😂. Jadinya berbelah bahagi ni nak monteng (cuti) ke tak esoknya ni.

Esoknya terbangun pukul 6.15 pagi. Selamat tinggallah office dan kerja atas meja sebab confirm jalan jem nak mati. Hari pertama kerja tahun baru, semuanya Thursday blues. Tak kosser nak menyumbang kenderaan buat tambah jem atas jalan, makanya terpaksa rela cuti.

Korang mampu bagi alasan nak cuti macamtu? Hahaha. Dah alang-alang cuti, ajak mak pergi rumah sana lagi sekali. Kali ini datang kita angkut semua kunci spare yang ada, 1 beg goodies tu tau! 

Masukkan kunci yang sama, resultnya tetap sama. Sangkut half way tak boleh pusing. Jadinya kita masuk ikut sliding door lah pulak. Yang first time datang tu, tak bawak kunci sliding door 😂. Rasa nak ketuk kepala atas kesengalan diri sendiri.

Settle masuk rumah (dah tak jadi rahsia how we manage to get in the house haha), test buka dari dalam ...... The door ok aje? Elok lagi tombolnya. The only problem is .... lubang untuk lock tombol tu agak senget. Jadinya setiap kali nak lock / unlock kena tarik tombol ke depan kuat-kuat, baru boleh pusing kunci. Memang membantu lengan untuk menjadi lebih sado selepas ini hahahaha.


Petang sebelum balik Beranang singgah lunch date dengan mak dulu. Kami ke HayYan HuDa Opah's Kitchen di Bukit Temiang Seremban.
Dah lama sebenarnya nak datang makan di sini. Aku dapat tahu dari Google Maps! Hahaha. Sebab memang dah buat list, setiap kali datang singgah rumah sini nak JJCM restoran best. Dan this is one of the restaurant yang rating google ok. TripAdvisor pun bagi rating yang ok juga. Jadinya bawaklah mak soru lunch dulu.
HayYan HuDa Opah's Kitchen Temiang, SerembanPintu masuk.Jalan nak ke sini pada aku agak seram sikit sebab kecik nau jalannya. Tapi view cantik sebab atas bukit. Parking pun luas.
Dalam takde aircond, tapi angin banyak. Yang memang sejenis makan wajib dalam aircond kena skip lah kut. Interior kemas dan cantik.

Boleh juga nak duduk kat luar belakang itu. View belakang mengadap kebun dan hutan. Okeh apa yang kami makan kat sini?
[Baca juga] : Pablo Matcha Cheesecakes dan Cheese Tart IOI Mall Putrajaya

Masuk-masuk je dah nampak meja kek! Ya ampun, kek banyak dan semuanya nampak sedapppppp. Serius nampak sedap. Masa mula-mula masuk dah tuju ke meja kek dulu, tak sempat nak cari kerusi lagi masa ni. Mak siap ronda-ronda meja kek dulu dah aim nak makan kek apa baru duduk.
Tapi jujur aku cakap. Harga kek dah macam harga kek Secret Recipes hehe...
Menu.Nampak kan menunya masakan kampung. Fuh masak lemak cili api. Asam pedas. Mula-mula dulu ada nampak kerang rebus, tapi takde pulak. Mata aku silap tengok agaknya.

Mak dan sejenis temptation with brownies, meanwhile anaknya ambil blueberry cake. Mak kata brownies sedap! Rasa dark chocolate. Blueberry cake aku pun sedap. Serius sedap. In between kek ada kekacang & blueberry. Kek lembut & fluffy. Cumanya ... manis sikit (aku kan sejenis kurang makan manis). Kalau yang jenis sweet tooth mungkin takde masalah. Nampak ada durian cheesecakes. Rasa nak tapau bawak balik je tapi kita simpan for next time lah.
What we ordered.Nasi 2, sambal sotong, asam pedas daging tetel, ulam dan sambal belacan.

Daging tetel lari jauh dari jangkaan aku. Sorry to say, mana entah tetelnya? Ini macam asam pedas biasa je. Nasib rasa ok. Sambal sotong terbaik sedap! Boleh rasa sambal tu ditumis sampai pecah minyak dan tumis lama. Sedap sambal sotong tu. Macam makan kat rumah sendiri pulak. Sotong pun fresh dan saiz besar.
Sambil makan sambil bercakap pasal pinggan bunga kangkung. Dulu arwah nenek ada  banyak pinggan macam ni. Now adalah dapat dalam beberapa buah pinggan. Cantik pinggan bunga kangkung kan? Klasik tak lapuk dek zaman betul.
Surau juga disediakan di luar.
Sini sesuai untuk orang yang suka bertenang-tenang semasa nak makan. Nak buat birthday party ke, small majlis ke memang sesuai sangat sebab parking pun banyak, nak solat senang. Kek pun banyak pilihan dan sedap. Rasanya specialty memang dessert and kek kut hehehe.
Menu pada aku sejenis comfort food di tempat yang tenang dan cantik. Don't expect jumpa spagetti atau siakap 3 rasa tau!Harga? Boleh tengok menu kat atas ya! 

Will come back again to try another range of cakes. Sedap tau kek dia (walaupun manis sikit)! Aduh craving!

HayYan HuDa Opah's Kitchen
44, Kampung Bukit Temiang
70200 Seremban


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2020/01/lunch-di-hayyan-huda-opahs-kitchen-temiang-seremban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Mca Akhirnya

Sokong Mca Akhirnya

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 330 hits
Sewaktu PRK Tg Piai baru ni kita kempen agar sokonglah calon PH dari Bersatu seorang melayu bekas pendidik dan bekas imam Lebai pun jawab jangan sokong calon Bersatu walaupun melayu dan Islam kerana di belakangnya adalah Dap anti Islam kata...
Korban Tenggelam Di Danau Linting Akhirnya Ditemukan Tewas

Korban Tenggelam Di Danau Linting Akhirnya Ditemukan Tewas

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 266 hits
Pencarian Anto sudah dilakukan dua hari sejak dia tenggelam saat berenang di Danau Linting pada Rabu Penyisiran dan penyelaman dilakukan namun upaya itu tidak membuahkan hasil
Pas Cuba Gunakan Kehadiran Ydp Majlis Ulama Dunia Tapi Tak Jadi Akhirnya

Pas Cuba Gunakan Kehadiran Ydp Majlis Ulama Dunia Tapi Tak Jadi Akhirnya

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1007 hits
Oleh AwangSheikh Dr Ahmad Al Raisuni ialah Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dia berkunjung ke Terengganu sebagai tetamu memenuhi undangan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin di Gong Badak Tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri...
Sudah Direstui Orangtua Vanessa Angel Akhirnya Ungkap Sosok Suami

Sudah Direstui Orangtua Vanessa Angel Akhirnya Ungkap Sosok Suami

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 298 hits
Kini setelah lama disembunyikan Vanessa Angel akhirnya mengungkapkan siapa pria yang sudah menikahinya
Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 280 hits
MALAYSIAKINI Penangguhan Program Subsidi Petrol menunjukkan bagaimana kegopohan kerajaan PH akhirnya memakan diri kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff Menurutnya penangguhan yang diumumkan semalam itu...
Maszlee Malik Akhirnya Kecundang Dan Terpaksa Lepas Jawatan Sekaligus Memberi Petunjuk Uec Dan Dap Jauh Lebih Power

Maszlee Malik Akhirnya Kecundang Dan Terpaksa Lepas Jawatan Sekaligus Memberi Petunjuk Uec Dan Dap Jauh Lebih Power

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 678 hits
Tidak beberapa jam selepas Maszlee Malik dikritik hebat oleh Lim Kit Siang kerana kertas peperiksaan yang disediakan oleh Universiti Malaysia Perlis dan mendesak Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengambil tanggungjawab akhirnya Maszlee Mal...
Api Makin Marak Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun

Api Makin Marak Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 310 hits
Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebakaran belukar Krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusnahan huta...
Usai 3 Minggu Tumbuh Kuncup Bunga Bangkai Di Kebun Raya Bogor Akhirnya Mekar

Usai 3 Minggu Tumbuh Kuncup Bunga Bangkai Di Kebun Raya Bogor Akhirnya Mekar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 357 hits
Bunga bangkai yang ditanam di Kebun Raya Bogor mekar Wali Kota Bogor Bima Arya Sugiarto bersama Kepala Kebun Raya Bogor R Hendrian dan peneliti bunga bangkai dari Pusat Penelitian Konservasi Tumbuhan dan Kebun Raya Dian Latifah melihat bung...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Perkongsian Empower Quran Global

Daniela Sengalang Sampal Ngabang Gawai Chord

Nadhif Basalamah Bergema Sampai Selamanya Chord

Makan Tengahari Dan Mengopi Di Rumah Hijau Segamat