Akatsuki Dalam Cerita Naruto Sebenarnya Berasal Dari Indonesia
Peminat anime Naruto mesti excited kan? Sebab Puak Akatsuki yang ada dalam cerita tersebut rupanya wujud dekat Indonesia! What?!
Bagi yang tak tahu, meh sini admin nak kenalkan korang dengan Puak Akatsuki yang benar-benar ada dekat Indonesia.
1. Puak Akatsuki ni apa benda sebenarnya?
Puak ini berasal daripada cerita animasi Naruto. Basically, semua pun familiardengan anime ni. Dalam cerita ni, Akatsuki terdiri daripada 10 ninja yang ditakuti ramai. Sebab apa pulak ni?
Dorang ditakuti sebab group ni gunakan cara yang salah dalam nak pastikan dunia ni lebih baik sampaikan orang sekeliling anggap dorang macam penjenayah.
2. Akatsuki di Indonesia merupakan “Petugas Keamanan”
Tidak seperti watak dorang dalam Naruto, Puak Akatsuki di Indonesia ni adalah organisasi berperanan baik dan sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan menggunakan cara yang betul.
Disebalik kostum yang dipakai, dorang sebenarnya merupakan pasukan keamanan yang dimiliki oleh organisasi Islam terbesar di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU).
Sumber : twitter
3. Organisasi ni disahkan oleh kerajaan Indonesia
Turut dikenali sebagai Organisasi Akatsuki Afkar, dorang ni berasal dari Kabupaten Lumajang, Jawa Timur dan sangat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal. Dorang dikira macam aktivis lah.
Walaupun menjalankan kerja-kerja amal lengkap dengan kostum puak tersebut, namun, dorang ni bukan calang-calang organisasi sebab mendapat pengesahan daripada kerajaan tempatan. Kira dorang ni legit bukan main-main punya.
4. Kerja amal yang dilakukan Akatsuki Afkar
Banyak juga sumbangan dan penyertaan dorang dalam hal-hal sosial. Antaranya ialah:
Bagi dana untuk pembangunan sekolah pondok
Terlibat dalam Hari Buruh Antarabangsa
Memastikan kelancaran jalan raya semasa Muktamar NU ke-33
Menjaga keamanan kampung-kampung di Lumajang
Sumber : facebook, blog
5. Akatsuki Afkar dianggap sesat
Namun begitu, organisasi ni sering kali dilihat bersama dengan Tarekat Naqsyabandiyah yang difatwakan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebagai sebuah ajaran sesat sebab selalu menyendiri. Selain itu, terdapat beberapa perlakuan ibadah yang tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Dorang menyatakan bahawa keluarga dorang ditempatkan di neraka maka boleh menebusnya dengan wang dan al-Quran. Kehadiran Organisasi Akatsuki Afkar dalam perjumpaan dengan Tarekat Naqsyabandiyah lagi kuat mengaitkan dorang dengan ajaran sesat.
Tak tahulah sekiranya dorang ni betul sesat tapi yang pasti tujuan sebenar Organisasi Akatsuki Afkar ditubuhkan adalah selari dengan Puak Akatsuki dalam anime Naruto iaitu untuk membantu masyarakat setempat.
Menarik jugak group ni buat benda yang baik untuk masyarakat. Harapnya dorang ni tak sesatlah.
Sumber: Facebook, Twitter, Brilio, Blog
Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.
Sumber lobak merah
The post Akatsuki Dalam Cerita Naruto Sebenarnya Berasal Dari Indonesia appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/akatsuki-dalam-cerita-naruto-sebenarnya-berasal-dari-indonesia/