Akaso Fitness Tracker H Band3 Peneman Aktiviti Kecergasan Anda



Saya belum pernah menggunakan fitness tracker bersiri dari Akaso ini. Versi ‘H-Band3‘ adalah versi pertama yang saya dapat cuba.
Tak semua orang inginkan jam pintar atau smartwatch kerana ada sesetengah individu hanya inginkan sesuatu yang ringkas dan dapat memenuhi matlamat.
Jadi pada saya fitness tracker (pengesan/penjejak kecergasan?) seperti ini boleh dijadikan sebagai alat yang sama dalam merekod aktiviti-aktiviti senaman yang dilakukan tanpa perlu melabur beratus ringgit.

Sebelum kita bereksplorasi lebih jauh, eloklah kita buka kotak terlebih dahulu.
Apa yang ada dalam kotaknya?
1x Akaso Fitness Tracker H-Band3
1x Manual Panduan Pengguna
Ya, itu sahaja. Tiada apa-apa lagi di dalamnya walaupun anda korek, koyak, dan campak.

Pening kepala sekejap dibuatnya. Saya cuba cari juga di mana pengecasnya, tetapi memang apa yang diberi hanyalah jam/penjejak kecergasan itu sahaja.
Saya buka manual panduan pengguna, baca, dan inilah hasilnya.

Anda perlu cabut terlebih dahulu talinya dan ia akan mendedahkan panel pengecasan USB. Lihat pada gambar di bawah, beginilah cara saya mengecasnya dahulu sebelum digunakan.


Anda perlu mencabut tali yang bertanda/berlabel/berlogo bateri. Untuk makluman anda, kedua-dua bahagian boleh dicabut, tetapi itu jika anda hendak menukar talinya kepada warna yang lain.

Terdapat satu kelebihan dan satu kelemahan pada cara pengecasan ini. Kelebihannya, jika anda bekerja di depan komputer, anda akan sentiasa dekat dengan sumber pengecasan. Hanya perlu tanggalkan sahaja tali dan masukkan ia ke dalam slot/port USB.
Kelemahan juga datang dari sumber yang sama. Sebagai contoh, jika anda berada di kawasan yang menyukarkan anda untuk mendapatkan port USB, anda berkemungkinan terpaksa menunggu sehingga dapat pulang ke rumah atau pejabat sebelum dapat mengecasnya semula.
Ini adalah satu ciri yang saya harap Akaso dapat tukar di versi seterusnya. Saya lebih gemar kepada pengecas luaran, kerana sekurang-kurangnya ia boleh dihubungkan kepada adapter yang kita boleh beli dan peroleh di mana-mana dengan mudah.
Apabila saya hubungi wakil Akaso, katanya kebanyakan penjejak kecergasan (ada nama atau terjemahan yang lebih bagus tak?) dari jenama lain juga menggunakan sistem pengecasan seperti ini.
Saya tidak pasti sama ada saya yang lebih cenderung ke arah cara ‘tradisional’, atau mereka yang terlebih maju ke hadapan. Tetapi jika benar katanya, yang mana ramai orang sudah pun selesa dengan cara ini, maka terpulanglah. Saya memilih pengecasan dengan port USB/USB-C kerana ia lebih mudah didapati dan lebih laju juga.
Sebut tentang kelajuan pengecasan, langsung tidak dinyatakan pada spesifikasinya. Apa yang ada diberitahu (melalui laman jualan Lazada dan kotaknya) ialah kapasiti baterinya adalah 110mAh dan jangka hayat pula selama 3-5 hari untuk penggunaan ‘berat’, manakala ia akan bertahan sehingga 7 hari jika anda tidak begitu aktif menggunakannya.
Bagi penggunaan fungsi-fungsi yang ada pula, ia bersumberkan satu butang sesentuh, dan berhubung kepada telefon anda melalui aplikasi ‘H Band‘ yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.
Berikut adalah paparan antaramukanya:



Setakat ini berdasarkan kepada pilihan menu yang ada pada aplikasi H Band, dapat dirumuskan bahawa ia ada ciri sensor pedometer, pembaca kadar degupan jantung, dan pembaca corak tidur.
Sama seperti penjejak kecergasan lain, ia akan mengesan dan membaca secara automatik langkah kaki anda, jarak perjalanan, dan berapakah degupan jantung semasa.
Apa yang istimewanya di sini, ia mempunyai penarafan kalis air IP68 yang membolehkan anda menggunakan HBand3 ini untuk aktiviti renang tanpa perlu bimbang sama ada ia akan rosak akibat dimasuki air.
Melalui fungsi pemantauan waktu tidur, anda boleh melihat data berapa lama anda berada dalam keadaan tidur, deep sleep, dan waktu berjaga. Kualiti tidur adalah penting bagi menjaga kestabilan hormon, emosi, dan akal kita. Oleh itu pantaulah tidur anda supaya waktu anda sedang terjaga pada siang esoknya mempunyai lebih tenaga dan dapat berfikir dengan rasional.
Selain itu, ia juga boleh memapar notifikasi dari telefon seperti notifikasi Facebook, Instagram, SMS, dan sebagainya lagi. Pun begitu, saya tidak gunakan sangat ciri ini kerana lebih selesa melihatnya terus di skrin telefon.
Terdapat juga fungsi pemantauan waktu/tempoh haid untuk wanita. Saya tidak dapat melihat ciri ini dengan lebih lanjut buat masa ini kerana saya masih seorang lelaki dan belum terasa hendak menukar kelelakian saya. Tetapi percayalah, ia amat berguna kepada kaum hawa.
Harga?
Harga yang ditetapkan ialah RM79.99, dan boleh dibeli melalui platform Lazada atau Shopee.
>> Lazada
>> Shopee
Berbaloi atau tidak?
Kalau tanya saya, ia berbaloi jika anda benar-benar serius hendak memantau aktiviti kecergasan harian, memantau kualiti tidur, memantau tempoh haid, dan melihat notifikasi. Harganya tidaklah semahal model jenama lain, dan ada pilihan warna hitam, biru, serta merah jambu pula.
Mungkin perlukan sedikit masa untuk belajar cara menggunakannya, dan untuk kaum hawa yang tidak beberapa gemar kepada komitmen, mungkin penjejak kecergasan ini kurang sesuai buat anda kerana anda perlu mengecasnya setiap selang 3, 5, atau 7 hari.
Kalau anda tidak suka mengecas dengan kerap, bolehlah beli model lain seperti Amazfit Bip (contoh), tetapi harganya dah tentulah tidak akan dapat RM79.99. Jika anda seperti saya, yang lebih gemar ke arah cara mengecas yang tradisional iaitu memakai adapter atau orang kita panggil ‘kepala charger’, anda juga barangkali perlu cari model lain.
Tiada masalah dengan semua itu?
Jangan fikir lagi. Beli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/akaso-fitness-tracker-h-band3-peneman-aktiviti-kecergasan-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan Aktiviti Menarik Yang Merangsang Minda Anak Anak Dengan Hp Little Makers

Lakukan Aktiviti Menarik Yang Merangsang Minda Anak Anak Dengan Hp Little Makers

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 442 hits
HP Little Makers Family Edition Challenges Tak lama lagi dah nak cuti sekolah Dah ada planning ke nak buat apa dengan anak anak cuti sekolah ni Kalau tak ada masa nak bawak jalan jalan kemana mana dah pikir ke aktiviti nak buat bersama The ...
5467 Aktiviti Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal Ppim 07 11 2019

5467 Aktiviti Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal Ppim 07 11 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 348 hits
Setiausaha Penerangan PPIM En Zulkefli Mohamad mewakili PPIM dalam menghadiri Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal anjuran Standards Malaysia bertempat di Sama Sama Hotel KLIA Sepang
5476 Aktiviti Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri Ppim 11 11 2019

5476 Aktiviti Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri Ppim 11 11 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 282 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri YB Puan Hajjah Fuziah Salleh di Pejabat Kompleks Islam Putrajaya
5470 Aktiviti Majlis Anugerah Industri Berprestij Malaysia 2019 Ppim 08 11 2019

5470 Aktiviti Majlis Anugerah Industri Berprestij Malaysia 2019 Ppim 08 11 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 398 hits
Toqqi menghadiri Majlis Anugerah Industri Berprestij Malaysia 2019 di Hotel Marriot Putrajaya yangdirasmikan oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj Mohd Akin Timbalan Menteri Industri Utama
Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak Kanak

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 415 hits
Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak Kanak Dalam memberikan yang terbaik untuk Naura umi cuba buat kaedah TRY AND ERROR Maksudnya bila aktiviti ni dia tak boleh buat umi cuba buat The post appeared first on
Contoh Soalan Treasure Hunt Untuk Aktiviti Minggu Bulan Matematik Pasca Upsr

Contoh Soalan Treasure Hunt Untuk Aktiviti Minggu Bulan Matematik Pasca Upsr

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 933 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru baru ini untuk aktiviti PASCA UPSR saya buat aktiviti Treasure Hunt untuk murid murid tahun 6 Sebenarnya aktiviti ini melibatkan aktiviti Panitia Matematik tapi aktiviti ini kami gabung masuk dalam a...
Aktiviti Menunggang Basikal Lajak Kaedah Untuk Kawal Selia Sedang Dikenal Pasti

Aktiviti Menunggang Basikal Lajak Kaedah Untuk Kawal Selia Sedang Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 196 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 440 hits
Telah berlangsung program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal anjuran Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM Pengarah Latihan Penyelidikan PPIM Dr Izham Nayan telah dijemput sebagai penceramah undanga...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid