Akar Umbi Bangkit Musnahkan Politik Elit Kartel Dalam Pkr



(MG) – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan kekalahan pihak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menyisihkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat daripada kebangkitan akar umbi parti yang menghukum mereka.
Veteran PKR itu berkata, akar umbi mahu memusnahkan politik elit dan politik kartel yang kini sudah berakar dalam PKR.
“Itulah rumusan yang saya dapat simpulkan apabila ramai pemimpin-pemimpin yang menang dalam pemilihan PKR tiga tahun lalu (2022) atas platform kartel Ayuh Malaysia yang cuba menyisihkan Anwar Ibrahim, kini dalam pemilihan PKR 2025 yang baru berlangsung menemui kekalahan mengejut.
“Ramai tokoh-tokoh besar Ayuh Malaysia kalah di tangan calon-calon akar umbi yang tak ada nama, tak ada jawatan Menteri atau Timbalan Menteri atau bukan jawatan Ahli Parlimen atau MP,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mendakwa, terdapat tokoh-tokoh yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri atau ahli Parlimen tiba-tiba menjadi elit yang berkuasa di koridor Putrajaya.
Mereka katanya, susah dihubungi, tidak mesra lagi dengan anggota biasa PKR yang mengantung poster mereka semasa tokoh-tokoh itu menjadi calon pilihan raya umum dan tidak turun kawasan.
Selain itu dakwanya, tokoh-tokoh berkenaan juga ‘tidak kenal’ lagi ahli biasa selain panggilan telefon atau mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp tidak dijawab.
Malah katanya, tokoh-tokoh terbabit juga meninggalkan kumpulan WhatsApp ahli-ahli biasa PKR yang menyokong mereka selama ini.
Tokoh-tokoh besar itu akhirnya tahu tinggi rendah langit apabila mereka dihukum dalam pemilihan secara demokratik dalam pemilihan PKR, katanya.
“Jadi pilihan raya PKR sekarang adalah satu revolusi demokrasi di peti undi secara digital dan tercanggih melakukan pembersihan dalam kepimpinan di peringkat 222 cabang di seluruh negara di seluruh kawasan Parlimen.
“Mereka telah berjaya membuang politik kartel dan politik elit yang telah merosakkan PKR dalam beberapa tahun terakhir ini sejak PKR menjadi parti politik terpenting dalam kerajaan yang sedang memerintah sama ada dalam kerajaan Persekutuan di Putrajaya atau kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.
PKR mengadakan pemilihan pemimpin di peringkat cabang parti sejak hujung minggu lalu dan berakhir semalam.
Keputusan menunjukkan terdapat tokoh tertentu kalah kepada pencabar seperti Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir kalah kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Bahru, Taufiq Ismail yang juga anak didiknya.
Semalam, Naib Presiden PKR yang juga penyandang Ketua Cabang Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, tewas kepada pelakon, pengarah dan pelawak, Afdlin Shauki.
Kumpulan Ayuh Malaysia dikenali sebagai tempat pemimpin politik yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang kini berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi.
Antara pemimpin lain PKR yang dekat dengan Rafizi tetapi kalah dalam pemilihan kali ini ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Lee Chean Chung (Petaling Jaya) dan Fahmi Zainol (Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak.
Pada masa sama ada juga sekutu Rafizi yang berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing termasuk Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang, menang tanpa bertanding di Tanjong Malim serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Rafizi menang tanpa bertanding di Pandan.
Sumber : MalaysiaGazette
The post Akar umbi bangkit musnahkan politik elit, kartel dalam PKR appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/04/21/akar-umbi-bangkit-musnahkan-politik-elit-kartel-dalam-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pkr Sudah Hukum Elit Politik Dalam Pkr Dakwa Hassan

Ahli Pkr Sudah Hukum Elit Politik Dalam Pkr Dakwa Hassan

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 80 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen Pasir Gudang hari ini mendakwa beberapa keputusan megejutkan dalam pemilihan PKR sekarang menunjukkan berlakunya revolusi demokrasi dalam parti berkenaan Menurut Hassan Abdul Karim pada pemilihan parti itu ti...
Elit Pkr Dihukum Rakyat Kisah Tak Hahaha

Elit Pkr Dihukum Rakyat Kisah Tak Hahaha

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 46 hits
Boleh dikatakan yang banyak sembang kencang sudah tersembam yang tinggal jaguh formula yang menanti hari untuk disembam netizen Kalau mereka kalah agaknya masih ada perasaan tak malu ker untuk bertanding PRU nanti
Pemilihan Pkr Dua Tokoh Politik Dun Semambu Tewas Seorang Masih Adun Seorang Lagi Bekas Adun

Pemilihan Pkr Dua Tokoh Politik Dun Semambu Tewas Seorang Masih Adun Seorang Lagi Bekas Adun

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada Sabtu menyaksikan dua nama hebat dari DUN Semambu telah mengalami kekalahan Seorang daripadanya masih merupakan ADUN sekarang iaitu Chan Chun Kuang manakala seorang lagi bekas ADUN iaitu Lee Chea...
Zaman Kartel Ni Masa Si Jemin Ja Dalam Pkr Kot Saki Baki Ada Lagi Entah La

Zaman Kartel Ni Masa Si Jemin Ja Dalam Pkr Kot Saki Baki Ada Lagi Entah La

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 33 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyifatkan kekalahan pihak dalam Parti Keadilan Rakyat yang mahu menyisihkan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat daripada kebangkitan akar umbi parti yang menghukum mereka Veteran PKR i...
Siapa Menang Siapa Tumbang Di Kl P Pinang Dan Pahang Dalam Pemilihan Pkr

Siapa Menang Siapa Tumbang Di Kl P Pinang Dan Pahang Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 159 hits
Malaysiakini nbsp Pemilihan ketua cabang PKR menyaksikan Nurul Izzah Anwar membuat kemunculan semula dalam politik apabila menang tanpa bertanding di kubu kuat bapanya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Sebelum ini dia tewas di kerusi parlimen...
Pengerusi Pkr Negeri Gagal Pertahan Jawatan Exco Kerajaan Pahang Pula Tewas Dalam Pemilihan Pkr

Pengerusi Pkr Negeri Gagal Pertahan Jawatan Exco Kerajaan Pahang Pula Tewas Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 109 hits
KUANTAN Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Pahang Rizal Jamin gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Lipis apabila tewas pada pemilihan parti itu Sabtu lalu Berdasarkan keputusan yang disahkan Jawatankuasa Pemilih...
Kejutan Dalam Pemilihan Pkr

Kejutan Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 129 hits
KSKUALA LUMPUR 20 April Pemilihan Parti Keadilan Rakyat bagi 2025 menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa pemimpin utama dan penyandang tewas Di Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar kembali menerajui cabang tersebut selepas menang tanpa b...
Pemilihan Pkr Bekas Aktivis Belia Dan Adun Benta Tewas Pertandingan Tiga Penjuru Di Cabang Bentong

Pemilihan Pkr Bekas Aktivis Belia Dan Adun Benta Tewas Pertandingan Tiga Penjuru Di Cabang Bentong

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 108 hits
KUANTAN Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta dan aktivis belia Datuk Dr Suhaimi Ibrahim 66 yang muncul semula dalam arena politik selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat tahun lalu tewas pada pemilihan parti bagi jawatan Ketua Cabang Bent...
Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday