Airmata Nagaenthran Mengalir Buat Kali Terakhir



SINGAPURA: Perjuangan pelbagai kumpulan hak asasi manusia, sama ada dari dalam dan luar negara bagi membebaskan Nagaenthran Dharmalingam sudah berakhir apabila dia menjalani hukuman gantung di penjara, di sini pagi semalam.
Pelaksanaan hukuman itu dimaklumkan oleh adiknya, Navin Kumar, 22, menerusi telefon dan memberitahu mayat abangnya dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan di Ipoh.
Nagaenthran dikenakan hukuman gantung sejak lebih sedekad lalu bagi kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 42.7 gram ke republik ini.
Singapura merupakan satu daripada negara yang mengenakan hukuman berat terhadap pesalah dadah di dunia menerusi Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, yang memperuntukkan hukuman mati terhadap mana-mana individu yang didapati menyeludup dadah melebihi 15 gram.
Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodland ketika melintasi sempadan Malaysia-Singapura.
Hasil pemeriksaan, dadah itu ditemukan dilekatkan pada paha kirinya.
 
LIPUTAN MELUAS
Kes Nagaenthran mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk komuniti antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amnesty International, Human Rights Watch dan bilionair Britain, Richard Branson.
Hal ini kerana, ramai beranggapan tidak wajar Singapura mengenakan hukuman tersebut kerana mendiang merupakan individu kelainan upaya (OKU) dengan masalah ketidakupayaan mental.
Sejak ditahan, pelbagai pihak tampil mendesak kerajaan Singapura untuk membebaskan Nagaenthran.
Desakan itu semakin meluas, selain banyak protes dan demonstrasi diadakan oleh pelbagai kumpulan aktivis selepas mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman mati terhadap Nagaenthran.
Setiap kali perbicaraan berlangsung, butirannya akan menjadi tumpuan media di kedua-dua negara.
Malahan, sehari sebelum dihukum gantung, ibu Nagaenthran terus mencabar keputusan mahkamah, namun usahanya sia-sia kerana Singapura berpendapat pesalah dadah perlu dihukum sewajarnya.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengutus surat kepada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi meringankan hukuman terhadap Nagaenthran serta menangguhkan hukuman itu dan mengemukakan permohonan baharu Pengampunan Presiden Singapura.
Tindakan itu juga diikuti kiriman surat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan pengampunan, namun Presiden Singapura, Halimah Yacob memberitahu bahawa Nagaenthran telah melalui proses undang-undang yang sewajarnya.
Nagaenthran sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, namun Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan penangguhan dalam pelaksanaan hukuman mati, sementara menunggu pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada Isnin lalu, lebih 300 orang ramai menyalakan lilin di sebuah taman di sini sebagai protes hukuman yang bakal dilaksanakan.
 
PANGGIL IBU KALI TERAKHIR
Kelmarin merupakan perbicaraan terakhir buat Nagaenthran dan selepas keputusan dimuktamadkan, keluarganya dilihat menangis dan saling berpelukan antara satu sama lain.
Di sebalik skrin kaca yang memisahkan Nagaenthran dengan keluarganya di dalam bilik perbicaraan, dapat didengari suaranya menangis memanggil ibunya.
Situasi hiba itu turut ditangisi audien lain di dalam bilik perbicaraan.
IBU mendiang Nagaenthran Dharmalingam, Panchalai Supermaiam tiba di Mahkamah Tinggi Singapura kelmarin sebelum hukuman gantung dilaksanakan. – AFP  
ALASAN OKU ‘TIDAK LAKU’
Pengesahan oleh pakar perubatan bahawa Nagaenthran mempunyai ketidakupayaan mental dengan tahap kecerdasan 69 tidak cukup untuk menyelamatkannya dari tali gantung.
Malah, mahkamah Singapura menegaskan lelaki itu menyedari jenayah yang dilakukannya dan memutuskan tiada bukti kukuh menunjukkan kesihatan mentalnya merosot.
 
LAGI HUKUMAN GANTUNG
Sementara itu, Singapura juga bakal melaksanakan satu lagi hukuman gantung terhadap seorang rakyat Malaysia bagi kesalahan serupa.
Datchinamurthy Kataiah bakal menjalani hukuman tersebut pada Jumaat ini.
Pada 30 Mac lalu, seorang lagi rakyat Malaysia, Abdul Kahar Othman digantung kerana melakukan kesalahan dadah, sekali gus menjadi individu pertama yang dihukum mati oleh republik ini dalam tempoh dua tahun. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM Gempa bumi landa Kundasang Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda Bapa cekik rakan sekelas anak Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut Jiran gila lempar 7 bom tangan Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

The post Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/28/airmata-nagaenthran-mengalir-buat-kali-terakhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Mengigil Sedih Hanya Mampu Tatap Wajah Ibu Kali Terakhir Dihari Kepulangannya

Wanita Ini Mengigil Sedih Hanya Mampu Tatap Wajah Ibu Kali Terakhir Dihari Kepulangannya

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 172 hits
Satu kebimbangan buat anak anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa adalah apabila mendengar berita tidak diingani berlaku kepada orang tua mereka Lagi tidak terbayang apabila tidak dapat melepaskan rindu malah terpaksa terpisah buat sel...
Rawatan Ivf Kali Kedua Di Hkl

Rawatan Ivf Kali Kedua Di Hkl

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 556 hits
Rawatan IVF kali kedua di HKL kali ini pada pertengahan Februari 2022 Rawatan kali kedua ini saya buat more kepada santai santai ala ala percutian saja ke KL Tak nak terlampau stress kan diri Saya pun tak ambik cuti tanpa rekod seperti IVF ...
Kasus Pelecehan Seksual Di Bali Pelaku Seorang Ojek Online Dan Sudah 11 Kali Beraksi

Kasus Pelecehan Seksual Di Bali Pelaku Seorang Ojek Online Dan Sudah 11 Kali Beraksi

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 152 hits
Lewat peristiwa itu polisi bergerak cepat dan mengetahui keberadaan pelaku dan ditangkap di sekitar indekosnya di Jalan Batur Sari Sanur Kauh Denpasar Selatan pada Sabtu tadi sekitar pukul 00 00 Wita
Semua Dah Selesai No Komen Ben Setuju Bayar Rm100k Secara Ansuran 5 Kali Kepada Elisa Vision Sdn Bhd

Semua Dah Selesai No Komen Ben Setuju Bayar Rm100k Secara Ansuran 5 Kali Kepada Elisa Vision Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 141 hits
Foto Ben Amir diekori wartawan Harian MetroPelakon Ben Amir 32 yang disaman kerana melanggar kontrak ketika membintangi drama Demi di Inverness Scotland pada awal Mac 2020 bersetuju membayar RM100 000 kepada syarikat produksi Elisa Vision S...
Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 266 hits
Aktivis bidas ahli Parlimen lambat dedah tawaran berpaling tadah April 18 2022 P Prabakaran dan Rusnah Aluai baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat mengenai tawaran yang diterima untuk berpaling tadah daripada parti mereka PETALING JAYA Dua...
Pertama Kali Hilang Lesen Memandu

Pertama Kali Hilang Lesen Memandu

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 181 hits
Pertama Kali Hilang Lesen Memandu Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang Cerita Isnin lepas sebenarnya aku ke JPJ Putrajaya disebabkan nak renew Lesen Memandu yang baru Lesen memandu yang lama mana Jawapannya lesen memandu ...
Pertama Kali Cuba Makan Buah Kurma Muda

Pertama Kali Cuba Makan Buah Kurma Muda

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 187 hits
Bulan puasa meriah dengan ber Awal bulan Ramadhan dapat beli sekotak Cukup 10 hari habis sekotak tu Nak beli kurma ajwa pulak lah Alang alang nak membeli kurma pesan kat encik suami beli buah kurma muda sekali Nak rasa Beli 100gram cukuplah...
Accident Lagi Kali Ke 5 Dah Ni

Accident Lagi Kali Ke 5 Dah Ni

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 162 hits
Accident Lagi Kali Ke 5 Dah Ni Salam Hai Baru nak cerita pasal accident yang jadi 2 minggu lepas Minor accident je sebenarnya tapi still nak cerita dan simpan buat kenangan dalam blog Lambat sikit cerita sebab baru ada mood baru lepas raya ...
Tips Anak Demam Batuk Dan Selesema Mandikan 3 Kali Sehari Buang Haba Panas

Tips Anak Demam Batuk Dan Selesema Mandikan 3 Kali Sehari Buang Haba Panas

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 169 hits
Bila anak demam mak maklah orang yang paling risau Mahunya tak tidur malam nak nak kalau anak merengek dan menempel 24 jam Biasanya kalau anak demam sehari dua hanya bagi makan ubat demam Tapi kalau dah masuk hari ketiga baru jumpa doktor K...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat