Air Menghidupkan Bumi Dengan Tumbuhan
Hujan merupakan rahmat Allah kepada bumi dan seisinya. Melalui hujan Allah menumbuhkan berbagai tanaman untuk memberi rezeki kepada umat manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia sebagai air hujan yang kami turunkan dari langit, Maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Kahfi: 45)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari langit air yang penuh berkah lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (Surah Qaaf, ayat 9-11)
Firman Allah dalm surah Yasin, ayat 33 bermaksud: "Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan."
Ayat di atas menunjukkan bahawa pada awalnya bumi ibarat planet yang mati kerana tidak ada kehidupan di dalamnya. Namun dalam perkembangannya bumi menjadi tempat yang sesuai bagi kehidupan dan Allah menyediakan tanaman bagi manusia.
Selain berfungsi sebagai pembekal oksigen bagi kehidupan, dari tanaman juga dapat dituai hasil bijian, buah dan bahagian tumbuhan yang boleh dimanfaatkan.
Ayat di atas juga menunjukkan bahawa pada dasarnya tanaman mestinya diusahakan agar dapat digunakan sebagai makanan. Tanpa adanya usaha maka tanaman yang ada tidak akan mampu memenuhi keperluan manusia.
Oleh sebab itu ayat ini diikuti dengan ayat berikutnya. Firman Allah dalam surah Yasin ayat 34 bermaksud: "Dan kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air."
Dijadikannya kebun-kebun menunjukkan Allah membimbing manusia untuk berusaha. Untuk menghasilkan produk yang banyak dan baik, perlu kepada kaedah yang sesuai.
Pada awalnya mereka mengambil air dari mata air untuk menyirami tanaman dan memberi minum ternak, kemudian mengalirkannya menjadi sistem pengairan yang membolehkan kawasan pertanian diluaskan. Bumi ini amat sesuai diusakan sebagai tempat pertanian dengan dibantu oleh sumber air bawah tanah dan air hujan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai bumbung, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui."
Sesungguhnya keberadaan air atau air hujan akan menumbuhkan pelbagai jenis tumbuhan. Inilah gambaran melalui dua gambar di atas. Gambar sebelah kiri adalah ketika sebelum hujan dan gambar di kanan adalah pemandangan dua atau tiga hari selepas hujan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2018/12/gyd.html