Air Mata Ayah Jadi Pembakar Semangat Saya Hafizh


Sangat mengejutkan, itulah yang mampu Tedi komen mengenai prestasi Hafizh Syahrin di perlumbaan MotoGP Sepang.
Dia bermula dari petak ke 21 dan kemudian di pusingan pertama telah memintas ramai pelumba untuk menduduki posisi ke-12.
Akhirnya Hafizh Syahrin berjaya menduduki tempat ke-10.
SEPANG - Tangisan ayah sebelum perlumbaan serta nasib malang yang menimpa rakan senegara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Hafizh melakukan 'sujud' sebagai tanda syukur di atas kejayaannya menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Gambar Bernama Tatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejayaan bersejarah di laman sendiri.
Menurut pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu, saat melihat ayahnya menangis di sebalik pagar penghadang selain mengenangkan nasib Adam yang terbabas pada perlumbaan Moto3 membuatkan dirinya sebak sebelum ia mencetuskan rasa semangat luar biasa untuk berlumba.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana permudahkan perjalanan perlumbaan saya. Minggu ini agak sukar bagi saya pada hari pertama dan kedua ditambah saya rasa hampa kerana ramai peminat yang tidak percaya pada kapasiti saya.
"Hari ini saya ambil semangat keluarga dan Adam. Ketika berada di petak permulaan saya nampak ayah jauh di belakang pagar...dia menangis suruh saya buat yang terbaik. Terima kasih kepada pengawal keselamatan kerana melepaskan ayah untuk berjumpa dengan saya dan saya sempat peluk beliau sebelum berlumba," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Reaksi Hafizh yang seakan tidak percaya di atas pencapaiannya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto ABDUL RAZAK LATIF Hafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' muncul rookie pertama melepasi garisan penamat di Sepang dengan catatan masa 40 minit 59.291 saat (s) meskipun memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas bergelut dengan permukaan litar basah pada sesi latihan bebas dan pusingan kelayakan semalam.
Pada masa sama, Hafizh berkata beliau mungkin boleh meraikan kejayaan muncul rookie terbaik musim ini di Sepang sekiranya beliau berjaya menamatkan beberapa pusingan perlumbaan sebelum ini.
Katanya, peluang untuk beliau mengatasi seteru utamanya Franco Morbidelli dari Itali yang mewakili pasukan EG 0,0 Marc VDS agak tipis memandangkan hanya tinggal satu pusingan perlumbaan sahaja selepas ini.
"Agak sukar untuk saya mendapatkan gelaran rookie terbaik tetapi bagaimanapun saya sudah bukitkan bahawa saya lebih laju daripada semua rookie pada musim ini cuma bukan rezeki saya kerana di Phillip Island, Catalunya dan Austin saya jatuh.
"Jika kita imbas balik kalau saya tidak jatuh mungkin kejayaan hari ini membolehkan kita meraikan kejayaan sebagai pelumba rookie terbaik di Sepang," katanya.
Sementara itu, juara dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team menungguli saingan di Sepang dengan catatan 40:32.372s diikuti Alex Rins daripada pasukan Team Suzuki Ecstar di tempat kedua (40:34.270s) manakala rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco ketia (40:34.846s).
- Bernama
20181104


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2018/11/air-mata-ayah-jadi-pembakar-semangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Mata Bahagia Warga Perbatasan Timor Leste Dapat Sumur Bor Hingga Lampu Solar Cell

Air Mata Bahagia Warga Perbatasan Timor Leste Dapat Sumur Bor Hingga Lampu Solar Cell

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 170 hits
Walaupun letaknya tidak jauh dari Atambua ibu kota Kabupaten Belu namun dusun ini belum menikmati infrastruktur jalan air bersih apalagi listrik
Momen Tamara Tidak Kuasa Menahan Air Mata Saat Rekonstruksi Kematian Dante

Momen Tamara Tidak Kuasa Menahan Air Mata Saat Rekonstruksi Kematian Dante

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 267 hits
Tamara yang mengenakan sweater loreng hitam putih hadir pada saat rekonstruksi berlangsung
Saya Ambil Paracetamol 10 Papan Dan Terus Tutup Mata Norman Hakim Kongsi Pernah Alami Fasa Depresi Yang Teruk

Saya Ambil Paracetamol 10 Papan Dan Terus Tutup Mata Norman Hakim Kongsi Pernah Alami Fasa Depresi Yang Teruk

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 184 hits
Pelakon Norman Hakim baru baru ini ada berkongsi pengalaman hidupnya mengalami fasa kemurungan teruk sehingga tergerak untuk melakukan sesuatu yang merbahaya kepada diri sendiri Kongsi suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini fasa tersebut be...
Ini Maksud Sebenar Asnaf Bukan Miskin Semata Mata

Ini Maksud Sebenar Asnaf Bukan Miskin Semata Mata

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 215 hits
Asnaf merujuk kepada golongan yang layak menerima zakat namun pemahaman umum sering mengaitkannya dengan golongan miskin Mereka yang tidak mempunyai kecukupan harta untuk menyara kehidupan sehingga memerlukan bantuan kerajaan Namun adakah a...
Semua Rekaan Semata Mata Saya Tidak Pernah Berbuat Demikian

Semua Rekaan Semata Mata Saya Tidak Pernah Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 145 hits
Redzuan Muharamredzuan muharam hmetro com myTANGKAP layar video tular di media sosial yang mengundang kontroversi Gambar kanan Lola FOTO tularKuala Lumpur Selepas berterusan dikecam netizen gadis dikenali Lola tampil menjelaskan yang video ...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Litecoin Jumaat 8 Mac 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Litecoin Jumaat 8 Mac 2024

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 349 hits
Sekiranya kita melihat carta 4 Jam mata wang kripto Litecoin anda dapat melihat keadaan Golden Cross EMA 20 dengan EMA 50 dan indikator MACD juga telah mula melintasi BELI walaupun ia masih di bawah tahap 0 oleh yang demikian terdapat kemun...
Panas Ahli Parlimen Lawan Agong Zahid Yakin Bersatu Putih Mata

Panas Ahli Parlimen Lawan Agong Zahid Yakin Bersatu Putih Mata

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 173 hits
Sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen membolehkan cabang cabang demokrasi bersekali dengan raja berperlembagaan Oleh itu tidak timbul isu ahli parlimen melawan titah Agong atas alasan kebebasan bersuara dan kebebasan berpoli...
Pasangan Mata Wang Usd Chf Carta 4 Jam Kenaikan Harga

Pasangan Mata Wang Usd Chf Carta 4 Jam Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 184 hits
Pasangan mata wang USD CHF menunjukkan potensi untuk pembalikan trend menaik sebagaimana yang dicadangkan oleh analisis tahap sokongan dan rintangan utama Tahap Rintangan Rintangan pertama 0 8885 dikenali sebagai Multi swing high resistance...
Ibu Bapa Amp Dua Adik Maut Kemalangan Anak Sulung Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dah Tak Boleh Peluk Tunggu Di Syurga Ye

Ibu Bapa Amp Dua Adik Maut Kemalangan Anak Sulung Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Dah Tak Boleh Peluk Tunggu Di Syurga Ye

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 248 hits
Nahas membabitkan lima sekeluarga di Kilometer 76 5 Jalan Kota Bharu Gua Musang dekat Kampung Pahi Kelantan mengundang rasa sebak masyarakat Ia selepas hanya seorang daripada mereka iaitu Attar Azim Syukran Jamil 9 terselamat manakala empat...
Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Ai Gold Rush Is Making People Rich

Jay Jay Perjalanan Ke Syurga Chord

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan