Aina Ketika 1 Tahun 9 Bulan 1 Hari
Karangan ini Tedi pecahkan kepada beberapa seksyen seperti berikut:
Aina Makan Keropok Keping | Nasi Goreng Ikan Masin berlauk Daging Goreng | Lokasi Areeya Seafood
Aina Makan Keropok KepingGambar Nor Aina semasa sedang makan sekeping keropok keping goreng di Areeya Seafood yang ditaja oleh tuan kedai yang dah lama tak jumpa Aina sebab tuan kedai balik jumpa anak di Thailand.
Ketika ini Nor Aina berumur 1 tahun 9 bulan dan 1 hari (setahun sembilan bulan satu hari).
Memang dia tak boleh duduk diam, ni dapat keropok keping dia makan sekejap sambil duduk atas kerusi bayi kemudian dia mula nak suap Master kemudian dia jatuhkan keropok keping tersebut sebagai satu helah untuk membolehkan dia turun.
Hobi dia di Areeya Seafood adalah melihat kucing dan juga kapal terbang. Jarang dapat melihat kapal terbang melintasi ruang udara dari Areeya Seafood ni, tapi Aina boleh kesan juga jika ada kapal terbang sedang terbang di langit.
Gambar Aina sedang makan keropok keping tajaan tuan kedai Areeya SeafoodKedai makan Areeya Seafood adalah destinasi utama kami singgah makan malam apabila dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Bandar Baru Salak Tinggi.
Areeya Seafood menjadi pilihan kami kerana ia luas dan sesuai untuk Aina berjalan-jalan, di samping menu masakan Thailand yang agak berbeza dari kedai makan Siam yang tipikal.
Gambar tuan kedai Areeya Seafood sedang menegur si AinaNasi Goreng Ikan Masin berlauk Daging GorengMaster pesan nasi goreng ikan masin tak nak ayam sebab Master tak makan sangat ayam.
Tuan kedai tanya kalau tak mahu ayam, nak letak apa? Daging?
Daging pun daging lah, boleh aja, asalkan nasi goreng ikan masin tu ada ikan masin. Master agak pantang Nasi Goreng Ikan Masin lebih banyak berlaukkan ayam di dalamnya.
Sedap juga, boleh dibeli lagi pada waktu lain, tapi kuantiti ikan masinnya masih sedikit buat diri Master.
Gambar Nasi Goreng Ikan Masin berlaukkan daging goreng.Lokasi Areeya SeafoodKepada sesiapa yang nak mencuba makanan di Areeya Seafood bolehlah rujuk peta di bawah.
Semasa order masakan Thai khususnya sila tanya dulu pedas atau tidak, kalau tak mahu pedas boleh pesan kurang pedas, kerana tahap kepedasannya boleh membuatkan Master yang suka makan pedas pun ternganga kepedasan.
20181122
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2018/11/aina-ketika-1-tahun-9-bulan-1-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29