Aidil Syazwan Kembali Perkuatkan Harimau Malaya



SEPANG 13 Dis. – Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, setelah dua tonggak pertahanan, kembali pulih daripada kecederaan untuk turun beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.
Dua pemain berkenaan adalah pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pertahanan kiri, Syazwan Andik Mohd. Ishak yang tidak diturunkan pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.



Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengakui kehadiran semula dua pemain berkenaan selain kembalinya pertahanan kanan, Syahmi Safari daripada penggantungan satu perlawanan, nyata memberi kelegaan kepadanya untuk aksi genting di Hanoi nanti. “Kita harap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak membantu kita di barisan pertahanan, namun kita tahu serangan Vietnam agak pantas, cepat mengambil peluang dan pemain perlu fokus selain kubu negara tidak dibolosi,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan formasi terutamanya di bahagian pertahanan selepas kubu skuad negara mudah dibolosi pada aksi sebelum ini, namun mengakui ia bergantung kepada keadaan pada hari perlawanan berkenaan.
“Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau keadaan sejuk dan pemain kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti,” jelas Cheng Hoe yang menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal ketika Malaysia meraih kejuaraan sulung pada edisi 2010.




Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi, mengakui kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara buat kali kedua, dengan Vietnam muncul juara pada 2008, manakala Malaysia pada 2010. “Apabila keputusan seri 2-2 pada aksi (final pertama) sebelum ini, mungkin ada penyokong yang berpendapat kita mempunyai peluang tipis (untuk muncul juara) di Hanoi, tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi macam kita bertemu dengan Thailand (separuh akhir).
“Saya kira peluang kita untuk muncul juara dengan Vietnam adalah 50-50, maknanya kita ada peluang dan dia pun ada peluang, dan dia tertekan beraksi di laman sendiri dan saya ingat pemain kita bersedia main tanpa tekanan dan beraksi dengan baik,” tegas Hamidin.
Untuk rekod, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/12/aidil-syazwan-kembali-perkuatkan-harimau-malaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Yang Kapten Harimau Malaya Katakan Menjelang Final Malaysia Men3ntang Vietnam Di Hanoi Sabtu Ini

Ini Yang Kapten Harimau Malaya Katakan Menjelang Final Malaysia Men3ntang Vietnam Di Hanoi Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 335 hits
Ini Yang Kapten Harimau Malaya Katakan Menjelang Final Malaysia Men3ntang Vietnam Di Hanoi Sabtu IniIni Yang Kapten Harimau Malaya Katakan Menjelang Final Malaysia Men3ntang Vietnam Di Hanoi Sabtu Ini
Irfan Bakti Seru Harimau Malaya Berjuang Habis Habisan

Irfan Bakti Seru Harimau Malaya Berjuang Habis Habisan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 489 hits
KUALA TERENGGANU Walaupun bakal menempuh laluan berliku pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim tetap optimis pasukan negara mampu bangkit memburu trofi Piala AFF bertemu Vietnam pada aksi final kedua di Stadium My Dinh Hanoi Sabtu i...
Harimau Malaya Bawa Pulang Piala Suzuki Aff Kata Pm

Harimau Malaya Bawa Pulang Piala Suzuki Aff Kata Pm

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 320 hits
Harimau Malaya bawa pulang Piala Suzuki AFF kata PM Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Dec 2018 11
Aff Suzuki Amanat Terakhir Kapten Harimau Malaya

Aff Suzuki Amanat Terakhir Kapten Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 290 hits
MUHD ARDIE PUTRA SUHAIMI 15 Disember 2018 3 03 PM HANOI Kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd Radzak mahu rakan rakan sepasukan kekal tenang menjelang aksi final
Ummi Nazeera Malu Bila Lihat Penyokong Harimau Malaya Buat Sesuatu Yang Memalukan

Ummi Nazeera Malu Bila Lihat Penyokong Harimau Malaya Buat Sesuatu Yang Memalukan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 1229 hits
Ummi Nazeera Malu Bila Lihat Penyokong Harimau Malaya Buat Sesuatu Yang MemalukanUmmi Nazeera Malu Bila Lihat Penyokong Harimau Malaya Buat Sesuatu Yang Memalukan
039 Jangan Bagi Harimau Malaya Sepakan Percuma 039

039 Jangan Bagi Harimau Malaya Sepakan Percuma 039

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Maruah Vietnam nyata tercalar kerana membenarkan Malaysia mengikat kedudukan menjadi 2 2 selepas mendahului dengan dua gol pada aksi final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi Skuad Harimau Malaya m...
Harimau Malaya Vietnam Seri 2 2

Harimau Malaya Vietnam Seri 2 2

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 360 hits
Selepas lebih 90 minit bertarung di atas padang yang basah di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 Malaysia dan Vietnam berkesudahan seri 2 2 Vietnam pada mulanya mendahului 2 0 hasil jaringan pantas Ng...
Semangat Final Harimau Malaya Naga Emas Menyelubungi Axiata Arena

Semangat Final Harimau Malaya Naga Emas Menyelubungi Axiata Arena

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 385 hits
Penyokong skuad Harimau Malaya meraikan jaringan gol kedua negara ketika menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam melalui layar gergasi di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini 8211 foto Berna...
Tun M Hadir Beri Sokongan Kepada Harimau Malaya

Tun M Hadir Beri Sokongan Kepada Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janjinya untuk hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya yang bertemu Vietnam di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini Beliau ...
Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Kerana Seorang Lelaki

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Sultan Pahang Tinggalkan Pahang Jika Ada Niat Ceroboh

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia Diiktiraf Fifa

After Mic Speaks Out Ex Mca Veep Takes Swipe At Wee

Has Jakim S Strict Halal Compliance Standards Been Compromised In Exchange For Us Tariff Reduction

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Persib Tundukkan Western Sydney Wanderers 1 0 Di Laga Uji Coba Gbla

Jagung Pulut Manis Wangi Semerbak Ketika Dimasak