Ahmad Maslan Mohon Batalkan Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Kepada Lhdn


Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan memohon untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dihadapinya.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad, 54, berkata permohonan notis usul itu difailkan pada 11 Feb lepas dan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan pada 14 Feb.
“Saya percaya pihak pendakwaan memerlukan masa untuk membalas dan menjawab notis usul berkenaan,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad, hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria mengesahkan pihaknya telah menerima notis usul itu dan memerlukan masa untuk menjawabnya.
Siti Noor Hafizan turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen termasuk rakaman percakapan tertuduh (Ahmad) oleh SPRM kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah menetapkan 26 Mac untuk mendengar permohonan itu.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Hamidi berkata permohonan berkenaan difailkan atas alasan pertuduhan terhadap anak guamnya adalah tidak berasas.
Pada 21 Jan lepas, Ahmad mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada SPRM.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang telah diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh tertuduh pada hari sama.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April 2014, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ahmad juga dituduh telah memberi penyataan-penyataan palsu semasa percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber : Bernama
The post Ahmad Maslan Mohon Batalkan Tuduhan Gagal Isytihar RM2 Juta Kepada LHDN appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/21/ahmad-maslan-mohon-batalkan-tuduhan-gagal-isytihar-rm2-juta-kepada-lhdn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Bulan Liburan Raffi Ahmad Keluarkan Uang Lebih Dari Rp600 Juta Hanya Untuk Makan

3 Bulan Liburan Raffi Ahmad Keluarkan Uang Lebih Dari Rp600 Juta Hanya Untuk Makan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 229 hits
Zaskia Sungkar dan Irwansyah tampak penasaran dengan biaya Raffi Ahmad selama perjalanan kelilng dunia Salah satu yang mencengangkan adalah biaya untuk makan Raffi dan keluarganya serta timnya yang berjumlah total 10 orang Zaskia dan Irwans...
5 Momen Raffi Ahmad Dapat Jaket Rp143 Juta Dari Nagita Slavina

5 Momen Raffi Ahmad Dapat Jaket Rp143 Juta Dari Nagita Slavina

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 208 hits
Raffi Ahmad mendapatkan sebuah jaket branded yang harganya mencapai Rp 143 juta
Ahmad Maslan Ramal Pembentukan Kerajaan Ph2 0 Tergantung

Ahmad Maslan Ramal Pembentukan Kerajaan Ph2 0 Tergantung

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 242 hits
Ahmad Maslan KUALA LUMPUR Keputusan pembentukan kerajaan baharu dijangka tergantung kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat majoriti mudah yang diperlukan Datuk Ahmad Maslan meramalkan sebanyak 92 ahl...
Gerebek 4 Rumah Di Bandung Bnn Temukan Dua Juta Pil Diduga Narkoba

Gerebek 4 Rumah Di Bandung Bnn Temukan Dua Juta Pil Diduga Narkoba

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 243 hits
Menurut dia empat rumah tersebut saling berhubungan satu sama lain Rumah itu diduga dirancang sedemikian rupa untuk mengelabui petugas yang melakukan penggeledahan
Johor Peruntuk Rm1 Juta Baik Pulih Tebing Sungai Muar

Johor Peruntuk Rm1 Juta Baik Pulih Tebing Sungai Muar

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 311 hits
MUAR 23 Feb Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM1 juta bagi membaik pulih tebing Sungai Muar yang terletak berhampiran Galeri Darurat Bukit Kepong di sini ekoran hakisan sekali gus berisiko runtuh Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal b...
Airasia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk Percuma Destinasi Jarak Jauh

Airasia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk Percuma Destinasi Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 180 hits
AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia Jepun Korea Taiwan dan India Foto ReutersKUALA LUMPUR 23 Feb Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia ...
Tm Untung Bersih Rm633 Juta Meningkat 313 Peratus Bagi Tahun 2019

Tm Untung Bersih Rm633 Juta Meningkat 313 Peratus Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 381 hits
Wah Memang dari awal lagi kita dah dapat jangka yang keuntungan Telekom Malaysia pasti akan naik Mana tidaknya sejak beberapa tahun ini TM yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia telah banyak melakukan peluasan talian inter...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah