Ahmad Idham Akan Menubuhkan Sebuah Akademi Filem



SEMENJAK ditubuhkan pada tahun 2001, syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diterajui penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meraih kejayaan yang cukup membanggakan.

Sudah menerbitkan sebanyak sembilan buah filem serta 22 buah drama, ternyata produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Sebagai contohnya, filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans yang telah ditayangkan pada tahun lalu telah meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta yang juga merupakan satu rekod kutipan tertinggi pernah dicapai syarikat tersebut.

Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media dan pemberian bonus kepada pelakon dan kru filem Niyang Rapik dan Hantu Bonceng di Kelab Cinta, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini, Ahmad Idham memberitahu dia merancang untuk menubuhkan sebuah akademi perfileman.

Kosmo!: Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian Excellent Pictures?

AHMAD IDHAM: Sudah tentu. Saya bersyukur kerana Excellent Pictures sekarang boleh dikatakan sebagai syarikat yang semakin aktif dalam industri hiburan. Selain filem dan drama, syarikat saya juga akan mula menerbitkan teater.

Lagipun bukan mudah untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi memandangkan saya bermula dari bawah sebagai seorang pelakon biasa. Namun, dalam tempoh 11 tahun saya telah berusaha keras sehinggalah syarikat ini mampu memberikan persaingan sihat dengan syarikat produksi sedia ada.

Memandangkan syarikat anda kini semakin berkembang, adakah anda masih menerima tawaran penerbit lain untuk menjadi pengarah?

Tidak dinafikan tawaran itu masih ada seperti daripada David Teo memandangkan sebelum ini saya memang banyak mengarah filem di bawah syarikatnya. Namun, ada tawaran beliau yang terpaksa saya tolak kerana mahu memberikan tumpuan kepada syarikat saya.

Selain menerbitkan filem, telefilem dan drama, apakah lagi perancangan anda?

Sebenarnya saya sudah ada perancangan untuk menubuhkan sebuah akademi filem pada masa akan datang. Saya akui kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sudah banyak menawarkan kursus perfileman kepada pelajar, tetapi kursus pengajian yang ditawarkan oleh akademi saya agak berbeza.

Boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perbezaan tersebut?

Saya perhatikan pengajian perfileman di IPT selalunya bertujuan untuk melahirkan seorang pelakon yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan. Namun, pengajian yang akan ditawarkan di akademi saya nanti lebih menekankan kepada bidang pengurusan filem.

Asas-asas dalam bidang lakonan akan tetap diajar kepada para pelajar. Cuma pengurusan filem yang saya maksudkan ini adalah mendidik dan membimbing mereka untuk menjadi seorang penerbit dan pengarah, bukan sekadar menjadi seorang pelakon semata-mata.

Bilakah akademi berkenaan akan ditubuhkan?

Saya sendiri kurang pasti kerana ia merupakan sebahagian daripada perancangan untuk masa hadapan dan mungkin kerjasama akan dilakukan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM). Lagipun saya sekarang sibuk dengan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UUM yang khusus kepada kajian tentang industri perfileman di Malaysia.

Apakah projek terbaharu anda sekarang?

Baru-baru ini saya baru sahaja selesai mengarahkan filem Cinta Atas Tar. Kemudian pada 27 Mac sehingga 8 April ini saya akan terbabit pula dengan pementasan teater berjudul Gerimis MenGundang Di Istana Budaya.
Sumber Kosmo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://akubegini.blogspot.com/2012/03/ahmad-idham-akan-menubuhkan-sebuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bawa Masuk Ahmad Idham Eizlan Yusof Ke Wisma Putra

Kerajaan Bawa Masuk Ahmad Idham Eizlan Yusof Ke Wisma Putra

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 161 hits
Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham Eizlan Yusof ke Wisma Putra Dua penggiat seni berpengalaman Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof bergabung dalam satu kementerian bagi membawa budaya muzik dan filem ke mata dunia Bekas ketua pegawai eks...
Parlimen Tiada Kos Tambahan Lantikan Ahmad Idham Eizlan Yusof Di Kementerian Luar Negeri

Parlimen Tiada Kos Tambahan Lantikan Ahmad Idham Eizlan Yusof Di Kementerian Luar Negeri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN EIZLAN Yusof dan Ahmad Idham bersama Saifuddin Abdullah pada majlis pelantikan mereka di Wisma Putra KUALA LUMPUR Tiada kos tambahan untuk lantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan D...
Sebelum Dan Selepas Pengambaran Filem

Sebelum Dan Selepas Pengambaran Filem

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 243 hits
300 Rise of an EmpireLife of PiGodzillaRise of the Planet of the ApesKing ArthurThe AvengersThe Chronicles of NarniaThe HomesmanThe Monuments Men
Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 242 hits
Menurut Deadline Netflix kini sedang dalam proses membangunkan remake berbahasa Inggeris Time to Hunt berdasarkan filem aksi thriller dystopian Korea Selatan yang telah ditayangkan pada tahun lepas Di samping itu pengarah Night Teeth Adam R...
Sinopsis Filem Ibu Mertua Ku P Ramlee

Sinopsis Filem Ibu Mertua Ku P Ramlee

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 243 hits
Gambar WikipediaSinopsis Ibu MertuakuNyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta pangkat dan kedudukan seseorang Anak gadisnya Sabariah mencintai seorang peniup saksofon yang bernama Kassim Selamat Mereka berdua berhubun...
Gambar Pelakon Utama Filem Siri Harry Potter Setelah Dewasa

Gambar Pelakon Utama Filem Siri Harry Potter Setelah Dewasa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum Sedia maklum bro yakin mesti hampir semua pembaca hehe pernah menonton filem bersiri Harry Potter dari versi yang pertama hinggalah yang penamat Tak dinafikan bro terjebak dengan cerita ni sebab jalan cerita yang sangat2 men...
Himpunan Filem Berunsur Aksi Action Pack Movie

Himpunan Filem Berunsur Aksi Action Pack Movie

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 225 hits
Credit GoogleKali ini LPP ingin sama sama berkongsi Himpunan Filem Filem berunsur aksi Action Pack movie Atau apa jua yang anda rasa atau selalu dengar atau sebut sama dan seangkatan dengannya Apa antara himpunan filem aksi atau action pack...
Filem Prebet Sapu

Filem Prebet Sapu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 200 hits
Prebet Sabu filem terbaik yang berjaya membawa filem Malaysia ke luar negara Dikatakan Filem Prebet Sapu atau tajuk bahasa Inggeris Hail Driver adalah filem bajet rendah dan pelakon nama besar sanggup dibayar token Sungguhpun filem bajet re...
Punca Pening Kepala Mabuk Menonton Filem 3d

Punca Pening Kepala Mabuk Menonton Filem 3d

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum dan salam ceria Simptom pening atau mabuk apabila menonton wayang atau filem 3D bukanlah suatu masalah yang baru diperkatakan Malah sudah menjadi salah satu sebab utama kebanyakan penonton penonton untuk mengelak dari menont...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Time Management For Entrepreneurs

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia

G Dragon Drama Lyrics Bermensch Album