Ahmad Faizal Angkat Sumpah Jawatan Mb Perak Ke 13


KUALA KANGSAR, 13 Mac (Bernama) — Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin yang kemudian mengangkat sumpah jawatan di hadapan baginda di Istana Iskandariah di sini.
Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.
Sultan Nazrin berkenan melantik Ahmad Faizal sebagai menteri besar setelah beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dibuat berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Selasa lepas, Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-12 setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini yang dipimpinnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tumbang.
Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 daripada 59 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Pada hari sama, empat ADUN bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, manakala dua ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.
Mereka yang terlibat ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai Bersatu, manakala ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A. Sivasubramaniam meninggalkan DAP serta ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain keluar dari Amanah.
Yong, Sivasubramaniam dan Hasnul bagaimanapun menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional Perak yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri daripada PH selaras dengan jajaran politik baharu di negeri ini.
Berikutan itu, komposisi DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi kini terdiri daripada Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO (25); DAP (16); Amanah (5); Bersatu (4); PKR (3), PAS (3) dan Bebas (3).
— BERNAMA
The post Ahmad Faizal Angkat Sumpah Jawatan MB Perak Ke-13 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/13/ahmad-faizal-angkat-sumpah-jawatan-mb-perak-ke-13/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Perak Angkat Sumpah Esok

Mb Perak Angkat Sumpah Esok

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 296 hits
Pergolakan politik di negeri Perak khususnya membabitkan pelantikan menteri besar ke 13 akan terjawab esok Setiausaha kerajaan negeri Perak Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan supaya istiadat pe...
Ahmad Faizal Sworn In As 13th Perak Mb

Ahmad Faizal Sworn In As 13th Perak Mb

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 350 hits
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu was sworn in as the 13th Perak Mentri Besar before the Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah today The swearing in ceremony took place at Istana Iskandariah here After taking his oath Ahmad Faizal who is also Chen...
Enam Angkat Sumpah Sebagai Senator Sebelum Angkat Sumpah Jawatan Kabinet

Enam Angkat Sumpah Sebagai Senator Sebelum Angkat Sumpah Jawatan Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 331 hits
Hari ini berlangsung upacara angkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaram di Bangunan Parlimen dekat Dewan Negara selepas pengumuman pelantikan seramai enam senator baru menyertai kabinet semalam BACA Mereka t...
Kesemua 31 Menteri Selesai Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Al Sultan Abdullah

Kesemua 31 Menteri Selesai Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 407 hits
Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam kini secara rasminya menjadi anggota Kabinet baharu setelah istiadat Mengangkat Sumpah anggota Kabinet di Istana Melawati Istiadat Angkat Sumpa...
Faizal Azumu Umum Letak Jawatan Mb Perak

Faizal Azumu Umum Letak Jawatan Mb Perak

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 463 hits
Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan menteri besar Perak berkuat kuasa hari ini kata laporan Bernama Perkembangan ini selepas Faizal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pagi tadi
Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 1079 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Ahmad Faizal Mengharapkan Agar Kekal Sebagai Menteri Besar Perak

Ahmad Faizal Mengharapkan Agar Kekal Sebagai Menteri Besar Perak

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan Kerajaan Negeri akan terbentuk mengikut acuan di Putrajaya sekarang Ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Perda...
Kerajaan Baharu Perak Ikut Acuan Putrajaya Ahmad Faizal

Kerajaan Baharu Perak Ikut Acuan Putrajaya Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 320 hits
Astro Awani Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik terkini Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal...
Perak Mb Ahmad Faizal Resigns

Perak Mb Ahmad Faizal Resigns

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 229 hits
IPOH Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu has tendered his resignation as Perak Mentri Besar following an audience with the Sultan of Perak Faizal said he had explained to Sultan Nazrin Muizzuddin Shah that his resignation was due to Parti Pribumi...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Filem Banduan Adaptasi Filem Tamil Kaithi

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri