Ahli Parlimen Pn Gesa Kerajaan Dedah Kepada Umum Tender 5g Kedua Negara


 
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan kata jawapan secara umum berkait spesifikasi pemilihan pengendali rangkaian mewujudkan pelbagai spekulasi.
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum tender rangkaian 5G kedua negara kepada U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang Dewan Rakyat hari ini hanya menjawab secara umum
apabila beliau bertanya soalan mengapa spesifikasi pemilihan pengendali rangkaian tidak didedahkan.
“Keadaan itu menyebabkan proses pemilihan menjadi tidak telus menyebabkan mewujudkan pelbagai spekulasi yang membimbangkan kerana menyentuh kemuliaan institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.
Ketua Portfolio Komunikasi Ahli Parlimen PN itu turut membangkitkan isu pegangan saham dalam U Mobile yang hampir separuh daripadanya dipegang syarikat berpusat di Singapura dan kini mahu mengurangkannya kepada 20%.
“Apabila U Mobile dilantik sebagai pengendali 5G kedua negara, nilai saham mereka sudah pasti melonjak berkali ganda.
“Maksudnya, “divestment” yang akan dibuat untuk menurunkan pegangan asing ke 20 peratus akan membolehkan golongan ‘mahakaya’ Singapura mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana nilai saham mereka akan jual sudah pasti jauh lebih tinggi berbanding harga pelaburan asal mereka,” katanya.
Tambah Wan Saiful, syarikat itu juga bakal mengaut keuntungan apabila U Mobile menjalankan tawaran awam permulaan (IPO) yang mungkin menyaksikan nilai pegangan dan harga sahamnya melambung selaku pengendali rangkaian 5G kedua.
Wan Saiful turut membangkitkan persoalan mengapa wakil U Mobile sebagai ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) tidak diarah meletak jawatan serta-merta kerana keberadaan mereka sebagai pesaing.
“Sebagai pengarah, jika individu ini ada akses kepada maklumat-maklumat sensitif mengenai hal ehwal dalaman dan strategi DNB, sudah pasti syarikat swasta U Mobile akan mempunyai senjata untuk bersaing dan mengalahkan DNB.
“Tapi DNB tidak ada akses kepada strategi dalaman U Mobile, menjadikan padang tidak sama rata.
“Kenapa kerajaan memberi kelebihan kepada pesaing yang majoriti dimiliki oleh Singapura, sedangkan syarikat GLC milik rakyat Malaysia iaitu DNB dipaksa bersaing atas padang yang tidak sama rata?” katanya.
Menurutnya, kerajaan juga perlu menjelaskan sama ada Straits Mobile Investments Pte Ltd sebagai
pemegang saham terbesar dalam U Mobile atau pemiliknya mempunyai kaitan
dengan mana-mana syarikat pelaburan milik kerajaan Singapura seperti Temasek.
“…dan mengapa dua pengendali gergasi telekomunikasi negara, CelcomDigi dan Maxis, tidak dipilih apabila walhal mereka mempunyai kekuatan kewangan, liputan, infrastruktur dan pelanggan yang lebih tinggi?
“Ini semua menimbulkan persoalan yang belum terjawab,” katanya.
1 Nov lalu, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan, dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara.
Semalam, SKMM menjelaskan pemilihannya dibuat atas beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif prasarana lain. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/ahli-parlimen-pn-gesa-kerajaan-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3 0

Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3 0

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR nbsp Kerajaan digesa tidak meneruskan Program Latihan Khidmat Negara 3 0 kerana disifatkan bukan satu keperluan mendesak untuk dilaksanakan ketika ini nbsp Chow Hu Yui berkata peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menghidupk
Rm50 Juta Untuk Plkn 3 0 Tak Membazir Persatuan Belia Tolak Gesaan Ahli Parlimen

Rm50 Juta Untuk Plkn 3 0 Tak Membazir Persatuan Belia Tolak Gesaan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 137 hits
PLKN diperkenalkan pada 2004 sebelum ditangguhkan pada 2015 dan dimansuhkan terus tiga tahun selepas itu PETALING JAYA Majlis Belia Malaysia menolak gesaan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui supaya kerajaan menilai semula Program Latihan Khidma...
Gantung Jawatankuasa Bersatu Bahagian Bentong Bendahari Bersama 40 Ahli Umum Keluar Parti

Gantung Jawatankuasa Bersatu Bahagian Bentong Bendahari Bersama 40 Ahli Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Seramai 40 ahli parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar parti berkuatkuasa hari ini selepas tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi parti itu Langkah itu dimulakan Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang Datuk Roslan Hassa...
Ahli Perniagaan Dibunuh Isteri Kedua Demi Harta Rm4 Juta

Ahli Perniagaan Dibunuh Isteri Kedua Demi Harta Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 156 hits
KOSMONEW DELHI Seorang wanita di India ditahan kerana membunuh suaminya bagi membolot aset milik mangsa yang bernilai 80 juta rupee lapor laman berita Hindustan Times semalam Mangsa dikenali sebagai Ramesh 54 merupakan ahli perniagaan dari ...
Pmx Gesa Negara Arab Usir Hisrahell Dari Pbb

Pmx Gesa Negara Arab Usir Hisrahell Dari Pbb

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu AWANInews AWANI745
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun