Ahli Ekonomi Skim Pinjaman Bercagar Kwsp Kurang Berkesan Bantu Rakyat


malaysiakini.com
Geraldine Tong
Diterbitkan: Apr 7, 2023 9:20 AM
Membenarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran untuk membuat pinjaman kecemasan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kewangan rakyat, kata pakar ekonomi.

Hal itu kerana - antara lain - disebabkan ia tidak memenuhi keperluan rakyat untuk mendapat akses kecemasan kepada dana dan tidak akan memberi manfaat kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan kerana kekangan skim tersebut.

Profesor ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Geoffrey Williams berkata ia disebabkan oleh had pinjaman RM3,000 dan had tidak boleh meminjam lebih daripada apa yang ada dalam Akaun 2 KWSP mereka.

“Kebanyakan orang termiskin tidak mempunyai apa-apa dalam akaun mereka. Sekitar 75 peratus ahli KWSP tidak akan mendapat manfaat dan kebanyakannya (kumpulan pendapatan) M40 dan T20 akan mendapat faedah itu,” kata Williams kepada Malaysiakini.

Kelemahan lain katanya ialah pemberi pinjaman masih akan mendapat wang dan menghabiskan simpanan pencarum yang menggunakan skim pinjaman KWSP, melainkan mereka membayar balik sebelum tenpoh pinjaman tamat.
Geoffrey WilliamsBagaimanapun, Williams menyatakan reka bentuk konservatif kemudahan sokongan tersebut akan melindungi orang ramai dan ia adalah lebih baik berbanding skim pengeluaran langsung.

Pandangan sama dikongsikan Felo Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Shankaran Nambiar yang berpendapat memang bagus apabila bank-bank yang terbabit menawarkan kadar faedah yang lebih rendah kepada peminjam.

Katanya langkah itu akan mengurangkan beban kepada peminjam yang menyertai skim itu nanti.

"Bagaimanapun, ia tidak menyelesaikan masalah akses kepada dana dalam situasi kecemasan," katanya.

Patut teroka cara lain

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata dia "bukan peminat tegar" kepada cadangan skim pinjaman KWSP.

Pada masa sama dia menekankan bahawa dana itu seharusnya disimpan untuk masa depan pencarum.

Dia juga menegaskan Malaysia adalah antara negara dunia yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi kepada nisbah keluaran dalam negara dan ia menjadikan orang ramai terdedah kepada kitaran ekonomi.

“Selain itu, ia menjejaskan lagi kestabilan kewangan masa depan dengan memperkenalkan idea bahawa KWSP adalah sesuatu yang boleh digunakan, sedangkan ia sepatutnya menjadi alat untuk menghadapi masa depan.

"Sesuatu pinjaman harus disokong oleh sumber semasa, bukan oleh sumber akan datang," katanya.
ADS

Walaupun Carmelo mengakui terdapat beberapa had dan syarat dalam skim pinjaman KWSP, dia menegaskan prinsip menggunakan KWSP untuk dana kecemasan itu sendiri adalah salah.

Williams dan Nambiar juga berkata kerajaan harus meneroka cara lain untuk menangani masalah kewangan dihadapi rakyat.

Untuk permulaan, Nambiar berkata, kerajaan perlu melihat kepada pendapatan asas sejagat bagi mereka yang tidak berada dalam skim pencen, dan campur tangan awam dalam penyediaan pembiayaan perumahan dan penjagaan kesihatan.

“Sekiranya polisi di atas dilaksanakan, kebergantungan kepada KWSP sebagai sumber kredit akan berkurangan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/ahli-ekonomi-skim-pinjaman-bercagar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Pinjaman Kwsp Bercagar Bsn Dibuka 15 April 2023

Permohonan Pinjaman Kwsp Bercagar Bsn Dibuka 15 April 2023

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 855 hits
PINJAMAN KWSP BERCAGAR FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 BSN OLEH BANK SIMPANAN NASIONAL Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023 KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi...
Cagaran Kwsp Untuk Pinjaman Bank Cara Mohon Kesan Cagar

Cagaran Kwsp Untuk Pinjaman Bank Cara Mohon Kesan Cagar

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 873 hits
Cara Mohon Cagaran Kwsp Untuk Pinjaman Bank Kesan Cagar epf Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan badan berkanun yang menguruskan wang simpanan caruman majikan dan pekerja untuk pengeluaran hari tua Walaubagaimanapun satu kaedah telah di...
Kerajaan Dijangka Perkenal Inisiatif Lain Sel4in Kwsp B4ntu Rakyat

Kerajaan Dijangka Perkenal Inisiatif Lain Sel4in Kwsp B4ntu Rakyat

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 348 hits
SHAH ALAM Pendebatan berhubung isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpan4n Pekerja seperti mana yang dilakukan sebelum ini masih lagi tidak berkesudahan
Rafizi Tidak Benar Keluar Kwsp K Jaan Bertanggungjawab Lindungi Rakyat

Rafizi Tidak Benar Keluar Kwsp K Jaan Bertanggungjawab Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko seperti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ber...
Skim Baru Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Tiada Slip Gaji

Skim Baru Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Tiada Slip Gaji

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 452 hits
Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diperkenal bagi mengantikan Program Skim Rumah Pertamaku diyakini mampu memberi manfaat lebih baik kepada golongan sasar Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda ketika mengulas kebimbangan berhubung lan...
Ihsan I Permohonan Pinjaman Kwsp Mbsb

Ihsan I Permohonan Pinjaman Kwsp Mbsb

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 695 hits
MBSB Bank Berhad menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 Pinjaman Bercagar KWSP patuh Syariah Ihsan i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bermula 7 April 2023 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank Datuk Nor Azam M Taib be...
Nak Lindungi Rakyat Punca Tak Benar Keluar Kwsp Bersasar Kata Rafizi

Nak Lindungi Rakyat Punca Tak Benar Keluar Kwsp Bersasar Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 456 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata tindakan kerajaan sebaliknya untuk menambahkan lagi caruman dan simpanan hari tua pencarum KUALA LUMPUR Kerajaan mempunyai tanggungjawab melindungi rakyat terutamanya golongan berisiko seperti pencarum K...
Apa Masalah Pinjaman Dengan Cabaran Kwsp Ni

Apa Masalah Pinjaman Dengan Cabaran Kwsp Ni

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 548 hits
Pertama mereka kata nak pinjam tak boleh sebab tak ada kerja Tiada pendapatan Cagaran KWSP bolehkan pinjaman diberi Nak macamana lagi Kedua mereka kata kalau buat pinjaman tambahan komitmen bulanan Melalui kaedah pinjaman ini tidak ada komi...
Ampunkan Najib Apa Kehendak 27 Juta Lagi Rakyat Malaysia Tanya Kadir

Ampunkan Najib Apa Kehendak 27 Juta Lagi Rakyat Malaysia Tanya Kadir

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 276 hits
A Kadir Jasin Malaysiakini Jika Umno memohon pengampunan diraja buat bekas presiden mereka atas dasar simpati kata A Kadir Jasin adakah parti itu tidak memikirkan hal berkaitan lain semasa membuat ketetapan tersebut Kata Tokoh Wartawan Nega...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin