Ahli Akademik Kecam Gesaan Mahu Agong Buat Keputusan Luar Perlembagaan



(Malaysia Now) – Seorang pakar sains politik membidas mereka yang meletakkan kriteria kepada Agong untuk memilih perdana menteri yang baru ketika pelbagai gesaan daripada pemimpin pembangkang dan penyokongnya mempersoalkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob bagi jawatan tersebut.
Wong Chin Huat dari Jeffrey Cheah Institute di Universiti Sunway berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan pilihan Agong harus berdasarkan kepercayaan majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Jangan gunakan alasan lemah kononnya situasi ketika ini adalah luar biasa yang memerlukan langkah luar biasa,” kata Wong dalam sebuah kenyataan hari ini.
“Jika anda boleh langgar undang-undang kali ini yang katanya situasi luar biasa, nanti kemudian orang lain pun langgar undang-undang bagi situasi yang mereka fikir luar biasa juga.”
Ulasan beliau itu tampil ketika penyokong pembangkang menggunakan media sosial dan petisyen dalam talian bagi menggesa “kerajaan perpaduan” ditubuhkan yang turut melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan adalah antara yang berkempen seumpama itu dan turut mempersoalkan kesahan sokongan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menyokong Ismail, selepas gabungan itu menegaskan sokongan dengan syarat tiada ahli politik yang terlibat pertuduhan rasuah dilantik dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Selasa lalu, MalaysiaNow memetik sumber dalaman PKR yang mengatakan calon perdana menteri pembangkang Anwar Ibrahim sedang berusaha supaya “kerajaan perpaduan” ditubuhkan selepas jelas gabungan itu gagal mengumpul sokongan yang cukup daripada ahli-ahli Parlimen.
‘Jangan ikut peraturan hanya apabila ia sesuai dengan anda’
Wong berkata Perlembagaan memperuntukkan Agong untuk melantik ahli Parlimen yang pada hematnya memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Ia tidak membenarkan Agong pilih pemimpin paling bagus.
“Mahu minta Agong pilih pemimpin terbaik pada mata seseorang walaupun tidak memiliki sokongan majoriti adalah satu perkara yang menggugat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan,” tambahnya.
Beliau turut berkata pencarian perdana menteri baru susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin minggu ini menguji sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dalam negara.
Beliau berkata sebarang perbahasan yang mencadangkan Agong untuk melakukan perkara di luar peruntukan Perlembagaan kepada beliau adalah menyimpang daripada prinsip raja berperlembagaan yang mengehadkan kuasa Agong.
“Kita perlu junjung proses sepatutnya walaupun ia kemudian tidak jadi seperti apa yang kita suka.
“Integriti bukannya patuh undang-undang hanya apabila ia sesuai dengan kita,” kata Wong.
Ahli akademik kecam gesaan mahu Agong buat keputusan luar Perlembagaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/20/ahli-akademik-kecam-gesaan-mahu-agong-buat-keputusan-luar-perlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pn Bohong Agong Dalam Sd

Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pn Bohong Agong Dalam Sd

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 298 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Perikatan Nasional berbohong terhadap Yang di Pertuan Agong dalam akuan berkanun mereka yang tidak menyatakan syarat bagi mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kata Naib Presiden Am...
Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 375 hits
gerakmalaysia comby KUALA LUMPUR Seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak serta bebas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi Sesi terakhir menghadap Al...
Ahli Parlimen Cuma 1 Minit Menghadap Agong Untuk Sahkan Sd

Ahli Parlimen Cuma 1 Minit Menghadap Agong Untuk Sahkan Sd

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 349 hits
1 minit menghadap Agong namakan calon PM sahkan SD dihantar kata Ahli ParlimenFMT ReportersSalim Sharif berkata semua Ahli Parlimen diminta menamakan calon perdana menteri yang disokong untuk mengesahkan akuan berkanun dihantar semalam PETA...
Ahli Parlimen Ph Tak Terima Undangan Menghadap Agong

Ahli Parlimen Ph Tak Terima Undangan Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 344 hits
Tiada undangan diterima Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk menghadap Agong di Istana Negara hari ini PETALING JAYA Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak menerima undangan untuk menghadap Yang ...
Ahli Parlimen Bn Pn Dan Gps Dijadual Menghadap Yang Di Pertuan Agong Hari Ini

Ahli Parlimen Bn Pn Dan Gps Dijadual Menghadap Yang Di Pertuan Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 358 hits
Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak dijadualkan menghadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Khamis Memetik daripada laporan Astro Awani turut dij...
Agong Jumpa 114 Ahli Parlimen Hari Ini Untuk Sahkan Sokongan Ismail Dilantik Pm

Agong Jumpa 114 Ahli Parlimen Hari Ini Untuk Sahkan Sokongan Ismail Dilantik Pm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 327 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Menurut sumber Ahli Parlimen berkenaan mer...
Tuan Ibrahim Sd Ahli Parlimen Pas Sedia Diserah Kepada Agong

Tuan Ibrahim Sd Ahli Parlimen Pas Sedia Diserah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 276 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS sudah bersedia dengan akuan berkanun semua Ahli Parlimennya untuk diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong esok Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam pertemuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Sh...
220 Ahli Parlimen Perlu Kemuka Calon Pm Dalam Surat Kepada Agong

220 Ahli Parlimen Perlu Kemuka Calon Pm Dalam Surat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 1120 hits
Setiap ahli Parlimen perlu menyatakan dengan terang dan jelas seorang calon yang dipercayai mereka untuk menjadi perdana menteri Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata setiap ahli Parlimen perlu menghantar nama calon perdana menter...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi