Agong Tak Boleh Tak Layan Jika Pembangkang Dapat Sokongan Majoriti



(Malaysiakini) – Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyatakan pendapat bahawa Agong mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut “selera dan sentimen peribadi.”
Dia memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada ahli parlimen pembangkang dan kerajaan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Dalam titah baginda semasa perasmian persidangan baru Dewan Rakyat semalam, baginda bertitah semua orang harus menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk dan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik negara.
“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Seri Paduka.
Hassan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak.
“Agong tidak boleh tak layan jika benar-benar wujud keadaan seperti dinyatakan di dalam perlembagaan seperti yang ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana pihak pembangkang berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk bentuk kerajaan baru.
“Adalah sah dan legitimate (absah) jika kerajaan yang ada tetapi hilang legitimacy (keabsahan) maka pembangkang berusaha secara perlembagaan, mengikut undang-undang dan demokratik menggantikan kerajaan penyandang yang telah hilang sokongan.
“Agong kena ikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya ikut selera dan sentimen peribadi,” kata Hassan.
Hassan berkata bahawa adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan untuk kerajaan yang telah kehilangan sokongan dan keabsahan untuk memerintah dibenarkan terus menjadi kerajaan sehingga tamat penggal pilihan raya.
“Perlembagaan Persekutuan tidak ada kata bahawa sesuatu kerajaan yang dibentuk selepas satu pilihanraya akan tetap kekal sehingga tamat tempoh lima tahun iaitu sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Agong juga seperti ahli-ahli politik kena patuh dan hormati Perlembagaan Persekutuan.Perkara yang tidak ada di dalam perlembagaan tidak boleh diada-adakan sesuka hati. Yang boleh meminda perlembagaan hanya satu badan sahaja iaitu Parlimen,” katanya.
“(Dalam perkara) ini, Agong telah crossed the line (melangkau batas),” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/02/27/agong-tak-boleh-tak-layan-jika-pembangkang-dapat-sokongan-majoriti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Boleh Dapat Sokongan Cina Jika Terus Bersama Ph Ahmad Maslan

Umno Boleh Dapat Sokongan Cina Jika Terus Bersama Ph Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 172 hits
utusantv comOleh February 18 2024Datuk Seri Ahmad Maslan GAMBAR Abd Razak AidUMNO boleh mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina sekiranya terus menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Seri Ahmad ...
Mana Boleh Rakam Hadir Beri Sokongan Buat Lee Dohyun Perbuatan Roh Jeongeui Ini Dikritik Netizen

Mana Boleh Rakam Hadir Beri Sokongan Buat Lee Dohyun Perbuatan Roh Jeongeui Ini Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 127 hits
Hantaran Roh Jeong eui mengenai Lee Do hyun telah menjadi perbualan ramai ARTIKEL BERKAITAN Tayangan perdana Exhuma yang dibintangi oleh Lee Do hyun telah diadakan pada 21 Februari Di mana ianya telah dihadiri oleh barisan pelakon terkenal ...
Sofa Ni Memang Versatile Gila Boleh Jadi Katil Pulak Memang Best Nak Layan Movie Malam Malam

Sofa Ni Memang Versatile Gila Boleh Jadi Katil Pulak Memang Best Nak Layan Movie Malam Malam

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 270 hits
Sofa paling function boleh jadi katil weh Malam2 nak layan movie best sangat kalau macam ni Bawah tu siap ada ruang untuk simpan barang tau Jimat space betul la sofa ni ada warna lain dekat sini The post appeared first on
Pembangkang Derhaka Kepada Agong Tak Beri Laluan Pm Ucap Tahniah Dan Ikrar Taat Setia

Pembangkang Derhaka Kepada Agong Tak Beri Laluan Pm Ucap Tahniah Dan Ikrar Taat Setia

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 109 hits
HarapandailyAhli Parlimen Pembangkang hari ini bertindak derhaka terhadap Yang di Pertuan Agong apabila keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri untuk mengucapkan terima...
Nafi Bodo Sapa Pun Boleh

Nafi Bodo Sapa Pun Boleh

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 102 hits
Nafi Mana cukup Kurang kurang kena tunjuk bukti Tunjuklah akaun untuk buktikan daripada Baru betul Kalau setakat nafi Pakistan jual karpet pun boleh Guane boh Raja Gelap II
Biasakan Anak Di Dapur Latih Sejak Kecil Boleh Bantu Anak Picky Eater

Biasakan Anak Di Dapur Latih Sejak Kecil Boleh Bantu Anak Picky Eater

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 116 hits
Pening juga kepala bila melayankan si kecil yang jenis memilih makanan Hanya makan makanan yang dirasakan bersesuaian dan tidak berani untuk mencuba Membiasakan anak dengan ruang dapur dan memberi peluang untuk membantu urusan ibu di dapur ...
Kena La Bagi Kerjasama Boleh Bekorban Ka Kalau Sendiri Nak Jadi Hero

Kena La Bagi Kerjasama Boleh Bekorban Ka Kalau Sendiri Nak Jadi Hero

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 124 hits
Apa yang korang nampak Yang aku nampak penahanan Naga ni akan buka untuk menahan penjahat yang lain Naga boleh selamatkan diri kalau Rasanya dia nak kerjasama tak Guane boh Raja Gelap II
As Menuju Bangkrap Lihat Komen Rakyat Dalam Blog Ini

Agong Cuba Selamatkan Orang Melayu Pada 2022

Netizen Tertanya Tanya Apa Kelulusan Calon Pn

Risiko Isteri Cantik

Mengenal Apa Itu Operasi Lasik Dan Biayanya

12 Power Bank Terbaik Paling Nipis Tahan Lama 2024

Birthday Party Aryana Arash

Bidoglio Mahu Jdt Beraksi Lebih Ganas



5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3


The Use And Abuse Of Taxes

Delicious Cat S Eye Fruit

Mahsa University Which Health Sciences Program Fits You Diploma Or Degree

Xochitl Gomez S Legs And Feet In Tights 6

Drama Patung Rascatto

Nadin Amizah Di Akhir Perang Chord