Agong Pesan Jaga Missclyen Dengan Baik Ayah Terharu Anak Dipangku Tunku Azizah
Sebelum ini, kisah anak kecil bernama Missclyen pernah tular apabila dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH). Orang ramai berasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat anak kecil tersebut.
Pun begitu, baru-baru ini apabila kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada di Sarawak bagi meneruskan jelajah Kembali Kenali Borneo, turut memberi kegembiraan buat adik Missclyen dan bapanya setelah dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Agong (Yang di-Pertuan Agong) dan terharu kerana baginda sudi mencemar duli berjumpa dengan anak saya,” kata Roland Jimbai, 47 bapa kepada Missclyen yang berusia 2 tahun mengenai perasaannya.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, Roland berkata, penantian selama empat jam, semalam untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berbaloi apabila kehadiran mereka disedari Seri Paduka.
Katanya, dia bersama isteri, Theresa Anak Guntin, 28, dan anak istimewanya menunggu bermula 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang apabila mengetahui rombongan Kembara Kenali Borneo akan singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri, di sini.
“Rumah kami tak jauh dengan lokasi program dan walaupun tunggu agak lama, kami tak nak balik dulu, sebab tak tahu bila Agong sampai. Takut jika pulang, saya sekeluarga terlepas peluang jumpa Tuanku.
“Penantian itu memang berbaloi apabila baginda berdua bersama anakanda sudi berjumpa kami malah bergambar dengan Missclyen.
“Dalam pertemuan singkat itu, Agong sempat berpesan minta saya jaga anak (Missclyen) dengan baik kerana Missclyen rahmat daripada Allah,” katanya menceritakan detik bermakna itu.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah anakanda Seri Paduka berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pertemuan itu menjadi kenangan manis buat Roland untuk diabadikan, apatah lagi, gambar Missclyen yang dipangku Tunku Azizah di samping Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal di sisi, turut dikongsi di instagram Istana Negara.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Roland berharap pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bukan yang terakhir buatnya sekeluarga.
“Jauh di sudut hati, saya menyimpan hasrat untuk berjumpa lagi dengan Agong dan Raja Permaisuri, seandainya ada peluang di kemudian hari,” katanya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya begitu terharu dan bangga dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu menyantuni rakyat jelata dengan penuh kasih sayang.
“Masyaallah tak kekok langsung Tuanku Raja Permaisuri. Daulat Tuanku 🙏🏻”, komen salah seorang wargamaya.
“Tuanku Permaisuri tidak kekok dukung budak tu. Jiwa seorang ibu penyayang. Daulat Tuanku 🥺❤️”, luah yang lain pula.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan Tuanku & permaisuri ..bgitu juga keluarga kepada kanak2 yg didukung oleh Tuanku permaisuri …semoga Allah beri kesembuhan padanya ..Amin YRA ..#Daulat Tuanku # kembaraborneo #semoga Allah merahmati kita semua ❤️❤️.” doa yang lain pula.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Agong Pesan Jaga Missclyen Dengan Baik..”-Ayah Terharu Anak Dipangku Tunku Azizah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/agong-pesan-jaga-missclyen-dengan-baik-ayah-terharu-anak-dipangku-tunku-azizah/