Aeon Goal Bonanza World Cup Peluang Bertemu Dengan Robbie Fowler
AEON Goal Bonanza World Cup, Kehangatan Demam Piala Dunia Mula Terasa di AEON | Assalamualaikum & holla korang, fuh kehangatan dan debaran makin terasa ni, bagi peminat bola sepak pertandingan piala dunia 2022 sememangnya satu pertandingan yang dinanti-nantikan
Tahun ni nampaknya Qatar menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia tahun 2022, agak-agak korang, qaseh peminat bola sepak tak? Hihi tapi teringatla waktu qaseh budak-budak dulu, bila musim bola datang ~ memang harapan lah aku nak tengok tv haha ayah dah control awal-awal, memang tidur awal la jawab dia hihi
Tapi ~ bila dah besar ni kadang qaseh layan jugak bola tu pun time final je lah #gengfinal haha waktu ni para isteri kena la bersabar sikit ye, yang tak minat pun kena minat jugak bila dapat suami yang kaki bola ni ~ tinggalkan sekejap Kdrama, eh
Jom Meriahkan AEON Goal Bonanza World Cup
Sebenarnya qaseh nak ajak korang semua meriahkan lagi AEON Goal Bonanza World Cup yang bermula pada 15 November hingga 25 November di AEON Mall, ajak lah suami dan keluarga korang datang memeriahkan AEON Goal Bonanza ni sebab banyak aktiviti yang menarik akan diadakan di sana dan korang juga berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif gitu
Best kan, qaseh kadang bila masuk mall, bila ada event-event best macam ni memang singgah menyibuk hihi untung-untung dapat menang dan join aktiviti best
Yang lagi best banyak pilihan barangan dari pasukan kegemaran korang, boleh beli buat persiapan gitu, lagi syok kan bila tengok pertandingan bola sepak ramai-ramai, boleh pakai baju pasukan kegemaran korang dengan penuh gaya. Menang atau kalah, belakang cerita, itu adatlah kan ~ yang penting bergaya dulu
Saksikan Piala Dunia Bersama Lagenda Bola Sepak England, Robbie Fowler
Berita baik buat peminat bola sepak, pastinya korang kenal dengan lagenda bola sepak England, Robbie Fowler . Lagi menarik, korang berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Robbie Fowler di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21 November nanti
So jangan lepaskan peluang ni tau, warga Johor anda memang bertuah ! Bukan setakat boleh jumpa tapi boleh tonton bola sepak bersama-sama lagi ~
Yang lain jangan sedih-sedih tau, jika korang memang teringin sangat nak jumpa dengan Robbie Fowler, korang masih berpeluang jumpa dan beramah mesra dengan beliau di Ipoh dan juga Shah Alam malah boleh menonton bola sepak bersama-sama.
Robbie Fowler akan hadir di AEON Mall Ipoh Klebang pada 20 November dan AEON Mall Shah Alam pada 22 November nanti untuk sesi beramah mesra bersama penyokong dan peminat
Menangi Pass VIP Robbie Fowler
So gais, jangan lupa tau datang ke AEON Goal Bonanza World Cup, bukan sahaja ada aktiviti dan hadiah menarik tapi korang juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 ( untuk bukan ahli AEON) dan RM480 (untuk AEON members & Ambank Credit Card).
Lastly qaseh nak ucapkan selamat menonton Piala Dunia dengan penuh semangat, jangan gaduh-gaduh pula yeee ~ yang penting jangan lupa pergi ke AEON Mall dan kaut semua peluang yang ada.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2022/11/aeon-goal-bonanza-world-cup-peluang-bertemu-robbie-fowler.html