Adakah Slogan Pas For All Telah Mati Soal Dap




Dua pemimpin DAP menggesa kerajaan Kelantan yang diterajui PAS menghormati pilihan pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) di negeri itu, serta pelanggan mereka.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Syahredzan Johan, dalam satu kenyataan memetik laporan bahawa pemilik F&B di Kelantan perlu memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan mereka.
“Hentikan pelaksanaan dasar yang membebankan pengusaha kecil dan sederhana, serta yang mengasingkan dan menyingkirkan mereka yang berbeza pandangan.
“Sebaliknya, kerajaan Kelantan harus belajar dan mencontohi pendekatan yang diambil oleh kerajaan Madani.
“Atau, mereka patut mengakui bahawa slogan ‘PAS For All’ telah mati secara rasmi,” kata mereka dalam kenyataan.
Semalam, Sinar Harian memetik Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, sebagai berkata setakat ini Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mewajibkan perkara tersebut dan akan pelaksanaannya akan diperluas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri itu.
Menurut laporan tersebut, Asri berkata setakat Januari hingga Disember tahun ini sebanyak 453 premis telah diiktiraf sebagai pemilik SPHM di mana daripada jumlah itu, 198 premis terletak di Kota Bharu dan selebihnya di jajahan seluruh Kelantan.
Menurutnya, hampir 80 peratus pemilik premis berkenaan adalah Melayu Islam dan selebihnya bukan Islam.
Teo dan Syahredzan berkata syarat berkenaan yang disifatkan sebagai “sangat eksklusif dan bersifat diskriminasi,” bercanggah dengan ucapan Krismas daripada PAS yang menekankan kepelbagaian budaya Malaysia dalam menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat negara ini.
“Dasar ini secara langsung meminggirkan perniagaan bukan Islam, dengan secara efektif melarang hidangan tradisional seperti Bak Kut Teh, char siu, dan siu yuk (daging babi panggang) dihidangkan di Kota Bharu.
“Tindakan sebegini mengabaikan hak dan mata pencarian masyarakat bukan Islam serta menghakis semangat kepelbagaian Malaysia,” kata mereka.
Kedua-dua ahli parlimen itu berkata dasar kerajaan negeri pada masa ini bercanggah dengan kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pernah memberi jaminan akan menghormati amalan dan budaya masyarakat bukan Islam termasuk menternak dan menjual daging babi di Kelantan.
Pada September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan langkah serupa di peringkat pusat, apabila restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan babi atau alkohol dikehendaki mendapatkan sijil halal.
Hal itu mencetuskan bantahan termasuk mengenai kos dan syarat ketat mendapatkan sijil halal tersebut selain mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dikritik kerana didakwa tidak menghormati agama Islam semasa membangkitkan isu berkaitan cadangan itu.
Kabinet akhirnya memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada di mana pemilikan sijil halal perlu dibuat secara sukarela dan berjanji memperbaiki proses pensijilan tersebut.


Source link
The post Adakah slogan ‘PAS For All’ telah mati, soal DAP appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/adakah-slogan-pas-for-all-telah-mati-soal-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 168 hits
PAS Youth has rebuffed DAP s criticism that the Islamist party had politicised a Christmas celebration hosted by a DAP minister The wing s information chief Khairul Nadzir Helmi Azhar said it was DAP who was politicising their criticism PAS...
Will Anyone Speak Out Against Slander Dap Leaders Ask Pas Amid Derma Jihad

Will Anyone Speak Out Against Slander Dap Leaders Ask Pas Amid Derma Jihad

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 240 hits
With PAS organising a donation drive to help PAS MP Siti Mastura Muhammad a DAP Youth leader asked whether anyone in the Islamist party would voice out against slander This comes after PAS allegedly organised a to help Siti Mastura pay RM82...
Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 206 hits
PAS spiritual adviser Datuk Hashim Jasin has urged PAS led states to implement public caning as a Shariah punishment following its introduction in Terengganu He praised Terengganu for setting an example emphasising that public caning is not...
Pas Takes Responsibility For The Mistakes Of Its Members Hadi

Pas Takes Responsibility For The Mistakes Of Its Members Hadi

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 143 hits
PAS president Abdul Hadi Awang said that taking responsibility for the mistakes of others in one s group is something that Islam teaches He cited an example in which the Prophet Muhammad took responsibility when one of his companions wrongl...
Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 196 hits
KANGAR Pemuda Pas Perlis bersama enam badan bukan kerajaan membuat tujuh laporan polis ke atas dua pemimpin DAP yang didakwa cuba menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini Laporan berkenaan dibuat terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaa...
No Reason For Dap To Quit Govt Over Addendum

No Reason For Dap To Quit Govt Over Addendum

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 283 hits
YOURSAY Wee is just trying to put DAP into a spot Robbie98 MCA president Wee Ka Siong the once mighty MCA has two MPs as opposed to DAP s 40 So you know who the Chinese and non Malays support You are probably aware that the Yang di Pertuan ...
As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 372 hits
The heat is on as political leaders from both sides of the divide in Malaysia are kept on the edge of their seats ahead of a peaceful rally outside the Palace of Justice in Putrajaya on Jan 6 Several Barisan Nasional and Pas leaders have pl...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 683 hits
HUMAN rights activist and lawyer Siti Kasim has called upon staunch PAS supporters not to let the Islamist party s top brass treat them as fools via a jihad donation drive campaign to fund the RM825 000 in legal damages incurred by Kepala B...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa