Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

PETALING JAYA: Ketika seluruh negara tertumpu pada politik, kerajaan
Sabah senyap-senyap menjalankan tugas yang sepatutnya dilaksanakan
setiap kerajaan – membawa pembangunan kepada rakyat dan meningkatkan
taraf hidup dan kesejahteraan mereka.
Walaupun dengan perintah kawalan pergerakan dan wabak Covid-19,
kerajaan Sabah berjaya mencapai rekod pendapatan RM4.912 bilion pada
2021, tertinggi bagi negeri itu sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Diterajui Ketua Menteri Hajiji Noor, Sabah berada di tahap terbaik
dan negeri itu berharap dapat mengatasi prestasi ekonomi 2021 pada tahun
ini dan tahun depan.
Pelan dan projek sedang berjalan dengan pantas berikutan langkah
Hajiji memperkenalkan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya, dan penjawat
awam diberi “amaran jelas dan lantang” dalam mesyuarat yang
dipengerusikan Hajiji bahawa mereka harus mengelak daripada bersikap
seperti “Napoleon Kecil” dengan secara tidak perlu melengahkan projek
pembangunan.
Pelaburan asing semakin meningkat dan gaya kepimpinan Hajiji menjadi tarikan utama.
Sumber dalaman perniagaan berkata “Hajiji mempunyai reputasi tidak
sabar dengan kebodohan atau ketidakcekapan amalan tidak praktikal dan
lapuk tertentu yang menghalang pelaksanaan dasar cekap”.
“Beliau dikenali sebagai seorang yang adil dan pragmatik serta pernah
menegur pihak gagal mengutamakan kebajikan rakyat dan sistem
penyampaian. Ini menanam keyakinan dalam kalangan pelabur domestik dan
luar negara. Imejnya yang bersih dan bebas skandal juga menjadi dorongan
utama.
“Beliau tidak suka bercakap banyak dan membiarkan usahanya untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Hajiji, yang menjadi ketua menteri Sabah ke-16 pada 29 Sept 2020, menggerakkan pelbagai strategi yang mula membuahkan hasil.
Satu petunjuk kejayaannya adalah lonjakan dramatik dalam pelaburan asing.
Pada separuh pertama 2021, Sabah menarik RM4.4 bilion pelaburan
asing, ketiga terbesar selepas Kedah dan Selangor, ketika negara masih
dalam cengkaman Covid-19.
Tahun ini, Sabah menjangka menarik pelaburan langsung asing (FDI) kira-kira RM25 bilion.
Pengenalan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah satu lagi
faktor besar bagi prospek positif itu. Rangka kerja pelan pembangunannya
mempunyai tiga tonggak utama yang disesuaikan dengan iklim sosioekonomi
di Sabah sekarang:
Pertumbuhan ekonomi yang menumpukan tiga bidang utama di Sabah, iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan;Pembangunan sumber manusia dan kesejahteraan rakyat; sertaRangkaian infrastruktur dan kemampanan hijau.
Antara projek yang dimulakan adalah kilang pembuatan kerajang tembaga
bernilai RM10 bilion oleh SK Nexilis Korea Selatan, projek Pembangunan
Lok Kawi Resort City bernilai RM7 bilion dan kilang pemprosesan kelapa
bersepadu.
Seorang pemerhati perniagaan berkata, gaya Hajiji bekerja tanpa
banyak kekecohan atau keriuhan menjadi nilai tambah dalam mempercepatkan
pembangunan Sabah.
Mac lalu, Hajiji berkata, beberapa inisiatif dan projek pembangunan
di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dimulakan, dengan harapan
“semua kementerian dan jabatan kerajaan akan memastikan hala tuju itu
berjaya. SMJ adalah garis panduan untuk kita membangunkan Sabah dan
rakyatnya”.
Beliau berkata, inisiatif yang dilaksanakan termasuk penambahbaikan
infrastruktur, pembinaan kapasiti keusahawanan, penerokaan sumber yang
mampan, peningkatan pelaburan dan penyertaan syarikat tempatan dalam
subsektor strategik.
Hajiji berkata, kejayaan kerajaan negeri menandatangani Perjanjian
Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas pada 7 Dis 2021 akan membantu
meningkatkan penyertaan bermakna syarikat negeri dan tempatan dalam
industri minyak dan gas.
“Menerusi CCA, Sabah akan mempunyai suara, penyertaan dan perkongsian
hasil lebih besar dalam industri minyak dan gas kita. Tidak sampai
sebulan dari tarikh CCA ditandatangani, kita dapat melihat hasilnya
dengan pelancaran Pelan Induk Gas Sabah pada 4 Jan 2022.”
Bagi memperluaskan sektor perindustrian di negeri ini, Hajiji
menubuhkan pasukan petugas yang padu merentasi agensi dan jabatan
perkhidmatan awam bagi memberi sokongan serta mengurangkan kerenah
birokrasi agar pelaksanaan projek yang dipersetujui dapat disegerakan.
Kerajaan negeri menjangkakan dapat meluaskan peluang pekerjaan dan
mengeluarkan lebih ramai rakyat Sabah daripada belenggu kemiskinan
melalui pelbagai projek bawah inisiatif SMJ.
Projek pembangunan Lok Kawi Resort City dijangka mewujudkan lebih
5,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah. Hajiji menjangkakan melalui
projek pelancongan sebegini, Sabah akan menjadi destinasi utama di Asia
Tenggara dan mengatasi negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta
Singapura.
Kerajaan negeri berhasrat untuk menggunakan apa yang dapat
ditawarkannya – laut, gunung dan hutan hujan, serta kepelbagaian hidupan
liar yang kaya – untuk menjadikan Sabah impian pelancong eko.
Hajiji turut memberitahu rakyat Sabah untuk mengharapkan “landskap
dan wajah Kota Kinabalu” berubah pada masa akan datang dengan
pelaksanaan pelbagai projek pembangunan.
Ini termasuk Waterfront, Star City, The Shore, Sadong Jaya, Coral
Bay, Pembangunan Eko Tanjung Aru, Jesselton Quay Central, Harbour City
Pavillion, Jesselton101 dan Botanical Garden.
Seorang pemimpin perniagaan berkata, prestasi Hajiji “boleh tahan
bagi seseorang yang dilihat oleh skeptik sebagai pemimpin yang tidak
celik ekonomi atau tidak berfikiran perniagaan seperti ketua menteri
terdahulu.”
Hajiji menceburi politik pada 1990 dan dipilih sebagai ADUN Sulaman atas tiket Usno. Beliau masih memegang kerusi itu.
Berikutan pembubaran Usno, beliau menyertai Umno pada 1994 dan
Bersatu pada 2018. Beliau menjadi menteri perumahan dan kerajaan
tempatan Sabah dari 2004 hingga 2018. Kini, Hajiji adalah pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/adakah-sabah-senyap-senyap-maju-bawah.html