Adakah Reformasi Sembang Saja Ku Li


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 13, 2024 
Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya tidak menunaikan janji reformasi yang dilaungkannya sebelum ini

Malah Tengku Razaleigh, yang lebih mesra disapa sebagai Ku Li, mendakwa reformasi yang dilaungkan hanyalah kerana marah kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah reformasi itu? Sembang sahaja (tertawa). Apa yang dilaungkan beliau dahulu hanya kerana marah pada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana ‘belasah’ dan tangkap beliau.

“Maka, wujudlah reformasi dan orang ramai setuju dengan laungan ini. Maka, keadilan patut diberi kepadanya.

“Tetapi, mahu buat reformasi lebih daripada itu belum pun dilakukan. Lihat sekarang apa yang Anwar buat?” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Ku Li mendakwa walaupun sudah dua tahun Anwar memimpin negara, reformasi tidak dilaksanakan dalam mana-mana undang-undang atau peraturan.

Pada 14 Mei lalu, Anwar menepis kritikan berkenaan pelaksanaan reformasi yang perlahan, dengan berkata perubahan radikal hanya akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Katanya, sebab itu reformasi yang diperkenalkan oleh banyak negara di Eropah gagal.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis menolak penjelasan itu dengan menyifatkannya sebagai “justifikasi yang lemah”.

Kuasa AGC

Ku Li antara lain berkata kerajaan belum memisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya.

“Saya tanya anda semula, kuasa Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya, apakah mesti peguam negara menjadi penasihat kepada kerajaan atau menjadi pendakwa di mahkamah (pada masa sama)?,” soalnya.

Dia berkata kerajaan seharusnya memisahkan kuasa mereka, dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) memainkan peranan menasihati kerajaan dan pendakwa raya pula mengambil tindakan undang-undang.

Pada 8 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan pemisahan kuasa AGC dan pendakwa raya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/adakah-reformasi-sembang-saja-ku-li.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Saja Sunnah Shalat Pelajari Sunnah Ab Adh Dan Hay Ah

Apa Saja Sunnah Shalat Pelajari Sunnah Ab Adh Dan Hay Ah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 317 hits
Berikut adalah penjelasan mengenai tata cara shalat dari segi sunnah yaitu sunnah ab adh dan sunnah hay ah Semoga dengan mempelajari hal ini kita dapat mengetahui cara Nabi shallallahu alaihi wa sallam shalat
Buat Sendiri Kentang Goreng Panjang Senang Sangat Rupanya Guna 3 Bahan Saja

Buat Sendiri Kentang Goreng Panjang Senang Sangat Rupanya Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 194 hits
Kentang goreng panjang atau french fries potato stick ini antara makanan viral masa kini Ia antara makanan yang selalu ditawarkan di festival makanan dan sekarang semakin banyak gerai tepi jalan yang menjualnya Tapi kentang goreng panjang i...
Siti Nordiana Rapat Dengan Anak Lelaki Dah Macam Kawan Kawan Saja Gayanya Bila Dengan Rayyan

Siti Nordiana Rapat Dengan Anak Lelaki Dah Macam Kawan Kawan Saja Gayanya Bila Dengan Rayyan

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 194 hits
Siti Nordiana rapat dengan anak lelaki Dah macam kawan kawan saja gayanya bila dengan Rayyan Siti Nordiana mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun Siti Nordiana Rapat Dengan Anak Lelaki Dah M...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina