Adakah Muafakat Nasional Telah Terkubur Tanpa Nisan



 
Adakah Muafakat Nasional telah terkubur tanpa nisan? PIAGAM Muafakat Nasional yang dimeterai oleh dua parti Melayu Islam terbesar negara, UMNO dan Pas pada 14 September 2019, kini telah memasuki usia 22 bulan.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menjadi saksi dua parti yang telah berseteru sejak 1977, bergabung atas nama Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia.
Dalam sejarah perjuangan orang Melayu, terdapat tiga perhimpunan paling besar iaitu perhimpunan menentang Malayan Union (1946), perhimpunan menyambut kemerdekaan (1957) dan perhimpunan menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) (2018).
Daripada tiga perhimpunan itu, Himpunan Bantah ICERD pada 18 Disember 2018 telah menjadi langkah pertama pembentukan Muafakat Nasional melalui Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zahid turut membuat pengumuman penarikan sokongan terhadap Muhyiddin lebih awal pada Selasa
Abdul Hadi menegaskan, penyatuan itu juga memperlihatkan titik persamaan UMNO dan Pas telah berjaya meletakkan asas penting dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kedudukan Islam, hak agama lain, hak bumiputera, bahasa kebangsaan, hak bermasyarakat majmuk dan lain-lain.
Pembentukan Muafakat Nasional menyaksikan timbulnya perhimpunan-perhimpunan lain yang berkisarkan Melayu-Islam antaranya seperti Kongres Maruah Melayu pada 6 Okotober 2019 yang dihadiri oleh pelbagai tokoh politik negara antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.
Kemuncak Muafakat Nasional juga menyaksikan tujuh daripada 12 pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2018 hingga 2020 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) yang telah mendapat restu dari Pas.
Bagaimanapun selepas 22 bulan terbentuknya Muafakan Nasional, gabungan itu dilihat berada dalam keadaan retak menanti belah.
Ini kerana UMNO yang turut bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu kerajaan yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Perikatan Harapan pada 1 Mac 2020, telah menarik sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Keputusan UMNO itu juga menjadi tanda tanya apakah hala tuju Muafakat Nasional walaupun gagasan itu meletakkan hasrat utama Piagam Muafakat Nasional yang digariskan iaitu berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.
Biarpun begitu, Pas percaya kerjasamanya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional mampu diselamatkan demi kepentingan ummah meskipun tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan PN merumitkan hubungan itu.
Malah, mesyuarat atau muzakarah Majlis Syura bersama Jawatankuasa Pas pada Rabu telah memutuskan bahawa parti itu akan bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Cuma bagaimana dengan pendirian UMNO sendiri? Adakah Muafakat Nasional kini telah terkubur? Jika telah terkubur dimanakah batu nisannya?
Berikut merupakan kronologi awal pembentukan Muafakat Nasional sehingga ke hari ini.
1. Perhimpunan Himpunan Bantah ICERD
Perhimpunan menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember 2018 menjadi detik bermulanya pembentukan Muafakat Nasional (MN), gabungan dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas.
 
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyertai perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018
 
Perhimpunan di ibu negara itu dihadiri ribuan peserta yang menyaksikan Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘putih’.
2. Muafakat Nasional
Selepas perseteruan panjang antara UMNO dan Pas sejak 1977, pada tanggal 14 September 2019 menyaksikan terbentuknya gagasan kerjasama dua parti itu yang dinamakan Muafakat Nasional.
 
UMNO dan Pas memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019
 
Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar itu.
Piagam berkenaan ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Hasrat utama Piagam Muafakat Nasional yang digariskan adalah berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.
3. Kongres Maruah Melayu
Kurang sebulan selepas termeterainya Muafakat Nasional, satu perhimpunan Kongres Maruah Melayu diadakan pada 6 Oktober 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Kongres ini dihadiri oleh beberapa tokoh terkemuka negara antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli politik daripada parti UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
Kongres Maruah Melayu yang diadakan pada 6 Oktober 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam berjaya mengumpulkan tokoh tokoh politik negara antaranya Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PKR ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar Musa
 
Dr Mahathir menegaskan, perhimpunan mengumpulkan orang Melayu itu bukan bermotif politik walaupun dihadiri ramai pemimpin politik.
Sebaliknya beliau berkata, kongres itu turut menghimpunkan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi mewakili orang Melayu untuk bersama-sama memulihkan maruah dan semangat bangsa berkenaan.
4. Pencapaian Muafakat Nasional dalam pilihan raya kecil
Selepas kejatuhan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, sebanyak 12 pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan.
Empat PRK yang diadakan pada tahun 2018 iaitu di DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong dan Parlimen Port Dickson menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan yang mereka perolehi semasa PRU14 lalu.
Bagaimanapun kesepakatan UMNO dan Pas pada tahun 2019 sehingga terbentuknya Muafakat Nasional menyaksikan tujuh daripada lapan PRK dimenangi oleh wakil Barisan Nasional (BN) yang turut mendapat restu daripada Pas.
Pada 2019, Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyeh, DUN Rantau dan Parlimen Tanjung Piai dimenangi oleh BN manakala, Parlimen Sandakan dimenangi oleh PH.
Pada 2020, tiga PRK yang diadakan dimenangi oleh BN iaitu di Parlimen Kimanis, DUN Chini dan DUN Slim River.
5. Langkah Sheraton
Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020 merupakan langkah awal yang telah mengubah lanskap politik negara dan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia.
Polemik peralihan kerajaan melalui Langkah Sheraton menyaksikan tumbangnya Pakatan Harapan selepas 22 bulan memerintah.
 
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pemimpin yang hadir ketika Langkah Sheraton diadakan
 
Langkah Sheraton ini juga memperlihatkan terbentuknya konfigurasi pakatan politik baharu dipanggil Perikatan Nasional pada 1 Mac lalu yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan Malaysia.
6. Pergolakan dalam Perikatan Nasional
Pembentukan Perikatan Nasional (PN) yang berusia setahun lebih telah melalui pelbagai liku dan rintangan.
PN telah berdepan dengan krisis kepercayaan parti gabungan iaitu daripada UMNO, krisis ekonomi dan krisis kesihatan.
UMNO merasakan dirinya diperguna Bersatu sehingga pada kemuncaknya 3 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan itu menyaksikan dua menteri dari UMNO telah meletak jawatan.
Muhyiddin bagaimanapun menjelaskan beliau masih mendapat sokongan majoriti dan akan membuat undi percaya di Parlimen pada September nanti.
7. Pas zahir kekecewaan
Selepas 22 bulan atau hampir dua tahun penubuhan Muafakat Nasional, Pas akhirnya melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui kenyataan medianya pada 5 Ogos berkata, tindakan UMNO itu tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN).
Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim kekal yakin dengan asas penubuhan MN yang bermatlamatkan kesatuan ummah.
Adakah Muafakat Nasional telah terkubur tanpa nisan?
Baca Artikel Menarik :
Hari itu kata 40, kini cuma 31 Siti Sarah Kritikal, Bacaan Yasin Dan Doa Diadakan – Pengurus Undi Percaya, Kenapa Bulan September? Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu? Najib : Saya sanggup sokong PN kalau… Lagi pelawak terkenal buat onar Punca Rumah Rasa Bahang Walau Ada Kipas Dan Aircond Layari Laman Facebook MYKMU
Adakah Zahid hilang kawalan ke atas Umno?

The post Adakah Muafakat Nasional telah terkubur tanpa nisan? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/07/adakah-muafakat-nasional-telah-terkubur-tanpa-nisan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 253 hits
SHAH ALAM Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam ...
Murshidul Am Pas Yakin Muafakat Nasional Mampu Diselamatkan

Murshidul Am Pas Yakin Muafakat Nasional Mampu Diselamatkan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 200 hits
Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan Pas percaya kerjasamanya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional mampu diselamatkan demi kepentingan ummah meskipun tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikanan Nasion...
Btnk Selidiki Penyebab Kebakaran Di Kawasan Taman Nasional Komodo

Btnk Selidiki Penyebab Kebakaran Di Kawasan Taman Nasional Komodo

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 207 hits
Proses pemadaman diakui Dwi berlangsung manual Lokasi kebakaran yang terjal di atas tebing menyulitkan 41 personel BTNK untuk mendistribusikan air dari laut
Wapres Harap Pesantren Jadi Kekuatan Baru Pengembangan Ekonomi Nasional

Wapres Harap Pesantren Jadi Kekuatan Baru Pengembangan Ekonomi Nasional

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 154 hits
Ma ruf mengatakan UU Nomor 18 Tahun 2019 tentang Pesantren menyebut pesantren memiliki posisi strategis yakni sebagai lembaga pendidikan lembaga dakwah dan sekaligus lembaga pemberdayaan masyarakat
Apresiasi Bagi Insan Pers Nasional Kai Gelar Anugerah Jurnalistik

Apresiasi Bagi Insan Pers Nasional Kai Gelar Anugerah Jurnalistik

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 153 hits
PT Kereta Api Indonesia untuk pertama kali mengadakan Anugerah Jurnalistik KAI AJK dilaksanakan sebagai bentuk apresiasi KAI terhadap insan pers yang telah berkontribusi menjadi jembatan informasi antara KAI dengan masyarakat
Warisan Tidak Akan Sokong Perikatan Nasional

Warisan Tidak Akan Sokong Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 447 hits
Datuk LORETTO S PADUA KOTA KINABALU Parti Warisan Sabah mengulangi pendirian bahawa ahli ahli Parlimen parti itu tidak akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Bercakap kepada Utusan Malaysia Setiausaha Agung Warisan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia