Adakah Malaysia Juga Akan Ikut Jejak Italy


 



January 29, 2021MENARIK jika kita telusuri politik yang berlaku di Itali baru-baru ini. Tentunya perkara itu terjadi, berkait rapat dengan integriti diri. Bukan mudah untuk meletakkan jawatan apatah lagi kuasa tersebut memberikan pulangan yang ‘besar’ kepada diri seseorang itu. Kisah ini sangat memberikan inspirasi sebenarnya. Sayangnya, ia bukan terjadi di negara kita ketika rakyat inginkan jati diri sebuah negara yang kepimpinannya kompeten, berintegriti dan berwibawa serta bersih daripada pelbagai salah laku.
Sudah banyak yang kita dapat lihat perkara sebegini berlaku di beberapa negara sebelum ini terhadap pemimpinnya. Apabila gagal mengurus negara dan jelas tidak perform, lalu mereka meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih baik
daripadanya.
Kemelut politik Itali
Sebenarnya krisis politik negara tersebut telah bermula dengan penarikan diri mantan Perdana Menteri, Matteo Renzi (2014-2016) mewakili parti kecilnya, Viva Italia daripada gabungan Parti Demokrat yang berkuasa setelah mengkritik selama berminggu-minggu bagaimana kerajaan menangani krisis kesihatan dan kemelesetan ekonomi.
Penarikan diri ini menyebabkan Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte kehilangan majoriti mutlaknya di Senat dan mengundurkan diri daripada jawatannya semalam (Selasa), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Itali. Conte menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Presiden Sergio Mattarella bagi membuka jalan untuk perundingan rasmi tentang bagaimana mengatasi krisis politik yang melanda.

Kenyataan itu menambah bahawa Sergio Mattarella akan memulakan rundingan dengan pemimpin parti pada hari hari ini sambil menambah bahawa Conte telah diminta untuk tetap berada dalam posisi sementara ketika perbincangan berlanjutan. Krisis politik yang mendalam terjadi ketika pandemik Covid-19 telah membunuh lebih 85,000 orang penduduk Itali yang mana ia adalah jumlah kematian kedua terbesar di Eropah selepas Britain dan yang keenam di dunia.
Dalam pada itu, usaha untuk memikat senator pusat dan bebas ke dalam gabungan tersebut bagi mengisi jurang yang ditinggalkan oleh penarikan diri Rentsi telah mencapai sedikit kejayaan, meninggalkan Conte menghadapi situasi yang mana beliau tidak mempunyai alternatif selain mengundurkan diri. Pejabat Mattarella menyatakan, beliau akan memulakan pada petang hari ini (Rabu) bagi mengadakan pusingan perundingan tergempar dengan para pemimpin parti untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku.
Sekiranya presiden berpendapat Conte memperoleh sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, beliau mungkin akan memberinya beberapa hari untuk berusaha mencapai kesepakatan dan membentuk pemerintahan baru. Namun jika Conte tidak dapat mencari pakatan baharu, Mattarella harus mencari calon pengganti yang menurutnya mampu membentuk gabungan yang berdaya maju dan sekiranya semua gagal, presiden negara itu akan mengadakan pemilihan baru dua tahun lebih awal daripada yang sepatutnya.
Lebih baik dilepaskan
Kerana tidak mampu memikul tugasan kepimpinan, adalah lebih baik dilepaskan segala tanggungjawab itu. Mungkin kata-kata ini adalah yang terbaik dipegang oleh semua pemimpin di mana pun posisi mereka berada, apatah lagi jika ia melibatkan kepimpinan negara. Ini kerana ia melibatkan soal integriti dan kompetensi yang perlu dipasakkan utuh dalam diri seseorang itu. Sebagai pengajaran yang kita boleh ambil dalam situasi yang terjadi di Itali, Conte menyedari dirinya tidak layak berada pada posisi tersebut lagi kerana telah hilang sokongan dan kepercayaan majoriti mutlak di Dewan Senat.
Tentunya jawatan utama bagi sesebuah negara itu memberi pulangan yang lumayan kerana ia suatu posisi yang tertinggi. Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan Conte adalah berkaitan maruah dirinya, mengukur dan mengakui ketidakupayaan dirinya untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu. Sesuatu yang sukar beliau lakukan demi kemaslahatan yang lebih besar buat negaranya.
Bukan mudah, tetapi itulah tindakan yang lebih profesional dan berintegriti yang dilaksanakannya. Pada 15 Januari lalu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengumumkan perletakan jawatannya dalam kerajaan susulan isu skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik. Kes itu berlaku dua bulan sebelum pilihan raya legislatif yang akan diadakan pada 17 Mac dan di tengah-tengah krisis kesihatan yang mana Belanda menguatkuasakan ‘lockdown’ paling ketat yang dikenakan sejak permulaan wabak Covid-19.
Begitulah nilai ‘kehormatan’ yang dapat kita saksikan daripada situasi dua pemimpin negara yang terjadi di awal tahun 2021 ini. Walaupun pandemik Covid-19 melanda, beliau masih mengutamakan kredibiliti dalam melaksanakan amanah yang diberikan dan ketika tidak ada lagi sokongan majoriti serta sokongan rakyat, mereka mengundurkan diri dengan cara terhormat.
Rakyat mahukan politik bersih, amal integriti
Saya memetik kata-kata Wan Haron Wan Hassan dalam sudut kolumnis Sinar Harian 15 Februari 2019 yang bertajuk ‘Nilai integriti dalam Kepimpinan Politik’. “Isu integriti menjadi polemik hebat di kalangan rakyat dan pemerhati politik ekoran dari beberapa kes terbaru melibatkan ahli parti politik. Masalah parti yang kehilangan integriti dan kreadibiliti sudah lama diketahui umum.”
Jelas sekali bahawa integriti berkait rapat dengan jati diri merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan melaksanakan amalan terbaik. Pastinya rakyat di mana-mana negara pun mahukan gelanggang politik menjadi medan bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Politik bersih dan mengamalkan integriti dalam pentadbiran membolehkan pelaksanaan setiap dasar dan program kerajaan berjalan lancar.
Tidak terkecuali, ahli politik terutamanya kepimpinan atasan juga perlulah menampakkan komitmen ke arah mewujudkan dan membina persekitaran bebas rasuah dan berintegriti seperti yang diharapkan rakyat. Ahli-ahli politik janganlah terus bercakaran sehingga isu-isu utama yang perlu ditangani tidak diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Rakyat memerlukan kerajaan yang mengambil peduli dengan masalah-masalah yang menghimpit mereka akibat pandemik yang melanda seantero dunia. – MG
Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/adakah-malaysia-juga-akan-ikut-jejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Malaysia Cap Ayam

Menteri Malaysia Cap Ayam

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 249 hits
Salam Jumaat kepada saudara dan saudariku sekalian TAZKIRAH SUBUH Aku pernah benci dan marahkan Tun M Pak Lah serta DS Najib semasa mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu Aku pun pernah menulis tentang kemarahan aku ter...
Top Glove Tawar 9 000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia Tahun Ini

Top Glove Tawar 9 000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Top Glove Corporation Bhd menawarkan sebanyak 9 000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini Dalam kenyataan hari ini syarikat tersebut berharap dapat mencapai sa...
Malaysia Shares Digital Economy Experience With Global Counterparts

Malaysia Shares Digital Economy Experience With Global Counterparts

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 241 hits
Malaysia and Asean have shared their experience and challenges in developing infrastructure governance and a vibrant digital economy with distinguished participants from East Asia and Africa during World Bank Malaysia s East Asia Africa Pol...
Awani Ringkas Rakyat Malaysia Paling Resah Ketika Pandemic Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

Awani Ringkas Rakyat Malaysia Paling Resah Ketika Pandemic Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 341 hits
AWANI Ringkas Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemic Azwan Ali dipanggil ke Bukit Aman SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Medi...
Malaysia S Negative Perception And Crisis Of Confidence Cured By The Emergency

Malaysia S Negative Perception And Crisis Of Confidence Cured By The Emergency

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 240 hits
The Emergency allows the government to save lives and save livelihoods and prove to foreign investors that Muhyiddin Yassin is very much in control and the government is not on the verge of collapsing Basically Anwar and Pakatan are playing...
Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

Pemimpin Luar Negara Merekalah Orang Yang Pertama Ambil Vaksin Mai Malaysia Mohon Sukarelawan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 299 hits
KOH KOH KOH jilaker tol la Lihatlah pimpinan negara luar mereka menjadi contoh untuk rakyat di mana merekalah orang yang pertama mengambil vaksin untuk meyakinkan rakyat negara mereka TAPI di Malaysia tak ada seorang pun pimpinan kerajaan t...
Teleport Mencari Komuniti Usahawan Di Tujuh Buah Bandar Di Malaysia

Teleport Mencari Komuniti Usahawan Di Tujuh Buah Bandar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 358 hits
Teleport cabang logistik airasia digital melancarkan Program Komuniti Usahawan Program selama dua bulan ini dirangka untuk memberi peluang kepada usahawan di Malaysia mengembangkan perkhidmatan penghantaran Teleport di tujuh buah bandar di ...
Foodpanda Malaysia Strengthens Commitment To Support Malaysians Through The Latest Mco

Foodpanda Malaysia Strengthens Commitment To Support Malaysians Through The Latest Mco

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 310 hits
As COVID 19 evolves foodpanda Malaysia has implemented measures to protect the health and safety of its community of riders restaurant and retail partners and consumers across Malaysia In addition to ensuring that its operations comply with...
Covid 19 Kegagalan Malaysia Memalukan

Covid 19 Kegagalan Malaysia Memalukan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 192 hits
Di negara lain penguatkuasaan mungkin lebih longgar selain sistem ekonomi dan sosial dibuka terlalu cepat Tidak ketinggalan kadar kepatuhan rakyat dan orang ramai yang mula melakukan perjalanan ke sana ke mari menyebabkan virus mudah mereba...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever