Ada Tapi Berasa Asing Dan Kosong


ADA TAPI BERASA ASING DAN KOSONG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. 'Bawa haluan masing-masing'. Ungkapan yang sering disebut-sebut dan diguna pakai. Selalunya bila berlaku perselisihan baik itu perpisahan atau suatu hal yang baik seperti melanjutakan pelajaran juga apabila masing-masing sudah bekerja dan memiliki keluarga masing-masing. Bawa haluan masing-masing ni ada dari sudut positif dan ada disebabkan hal yang terlalu peribadi namun terpaksa dilakukan.
Tetapi zaman sekarang bawa haluan masing-masing bukan lagi suatu yang janggal. Selalu berlaku. Tak payah tunggu orang dewasa, sekarang ni anak kecil, kanak-kanak apatah lagi yang remaja dan dewasa, sudah terbiasa bawa haluan masing-masing. Tak pelikkan. Dah biasa perkara ni berlaku dan kita lihat. Sebenarnya suatu pemandangan yang kurang menarik. Bagi PC la ianya kurang menarik dan bukan suatu hal yang sihat. TIDAK sihat.
Ada tapi berasa asing dan kosong. Banyak punca. Salah satunya teknologi. Gadjet. Benarkah gadjet menjadi punca. Salah siapa dan bagaiamana cara atasinya supaya ada tapi berasa asing dan kosong tidak terjadi serta dapat dielakkan.
Sekadar buah fikiran dan pendapat peribadi PC sahaja.
Salah siapa sebenarnya. Adakah salah teknologi. Atau salah kita yang menggunakan teknologi. Maksudnya berbalik pada diri sendiri. Kalau anak kecil atau kanak-kanak bawah umur atau remaja bagaiamana pula. Ibu bapa ada kaitannyakah. Ada peranannya di situ. Tidak boleh terus menuding jari. Tidak boleh juga terus menuduh atau menyalahkan melulu. Harus lihat dan kaji terlebih dahulu apa sebabnya. Kalau dek kerana tuntutan tugas, kerja atau proses pengajaran dan pembelajaran memang tidak dapat dielak dan dinafikan. Namun yang sering menjadi masalah adalah di luar waktu itu.
Ya, di luar waktu-waktu diharuskan sentiasa berdampingan dengan gadjet. Itu yang merosakkan situasi. Itu yang menyebabkan ada tapi berasa asing dan kosong. Memang diri tidak merasakan akan hal itu tapi orang  yang berada disekitar kita merasakan hal itu. Ada tapi berasa asing dan kosong. Satu di penjuru sana. Satu dipenjuru sini. Seorang di dalam rumah seorang di luar rumah. Dengan gadjet masing-masing. Terlalu asyik. Fokus yang PC rasa sangat kurang sihat. Kurang sihat dalam bersosial. Kurang menghargai sekeliling. Hilang kemesraan. Keceriaan. Hambar hubungan kekeluargaan. 

Jadi bagaimana cara atasinya. Mungkin ibu bapa boleh menghadkan. Menasihati. Mengawal anak masing-masing. Pemantauan sangat penting. Setiap kita ada hak. Saling menghormati hak. Supaya sama-sama selesa dan berada dalam keadaan persekitaran yang sihat. Orang dewasa sendiri pun tunjukkanlah contoh yang baik. Tarik perhatian kanak-kanak atau remaja dengan cara yang sihat tanpa berdampingan dengan gadjet sepanjang masa. Tak nak ketinggalan dan tidak mahu ada jeda ketika berkomunikasi di alam maya seperti whatsapp, dalam masa sama tidak menjadi komunikasi dengan orang sekeliling dialam nyata pun tidak wajar juga. Jaga semua dengan cara sebaik-baiknya. Ikut kesesuaian. 
Kita habiskan waktu dengan gadjet. Mengisi ruang-ruang media sosial dengan baik dan aktif, andai satu ketika nikmat itu semua Tuhan ambil semula, kita akan tetap kembali kepada keluarga. Keluarga yang satu masa dulu kita pinggirkan kerana terlalu asyik dengan gadjet dan media sosial itulah yang akan mendampingi kita dalam keadaan apa pun. Pandai-pandailah membahagi. Ikut keperluan. Ikut kehendak. Jangan ikut kepala sendiri sahaja. Jangan keterlaluan. Kalau masih boleh kawal diri dan berpada-pada itu tidak mengapa. Tidak langsung menjadi masalah. Silakan. Jangan sampai tidak menghiraukan sekeliling. Jika hingga ke tahap itu sakan ngadap gadjet. Adalah sangat menyedihkan. Ada tapi berasa asing dan kosong. Benar.
NOTA  PC  : ADA TAPI BERASA ASING DAN KOSONG.. hargailah sementara ada



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2023/04/ada-tapi-berasa-asing-dan-kosong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa Cukup Sebulan Ramadan Tapi Tak Solat Ini Pesanan Arwah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Puasa Cukup Sebulan Ramadan Tapi Tak Solat Ini Pesanan Arwah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 331 hits
Puasa cukup sebulan Ramadan tapi tak solat Ini pesanan arwah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi Apabila bercakap mengenai solat ramai yang tahu kepentingan dan hukum yang terkait dengannya Solat fardhu adalah salah satu rukun Islam dan ia wajib dila...
Cha Eunwoo Tolak Tawaran Filem Jenayah Bulk Tapi Kenapa

Cha Eunwoo Tolak Tawaran Filem Jenayah Bulk Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 161 hits
Setelah meneliti pelbagai aspek Cha Eun woo nampaknya sudah membuat keputusan untuk tidak membintangi sebuah filem ini ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan sebelum ini Cha Eun woo telah dilamar terajui sebuah filem jenayah berjudul Bulk yang...
Malu Ada Mp Macam Gini Penyokong Dia Kata Dia Bijak Tapi Dia Dungu

Malu Ada Mp Macam Gini Penyokong Dia Kata Dia Bijak Tapi Dia Dungu

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 125 hits
Buat usul tergempar untuk pecat Mamat bengong ni dari jadi MP Dia punya otak memang alignment lari teruk ni Nasib baik aku bukan penyokong PN Kalau tak malu ada MP dungu macam ni Geli wei Guane boh
Ott Kasus Balai Perkeretaapian Djka Jateng Kpk Sita Rupiah Dan Mata Uang Asing

Ott Kasus Balai Perkeretaapian Djka Jateng Kpk Sita Rupiah Dan Mata Uang Asing

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 219 hits
Sejumlah pihak yang terjaring OTT segera dibawa ke Jakarta untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di Gedung Merah Putih KPK Jakarta Selatan
Pekerja Asing Malaysia Tikam Malaysia

Pekerja Asing Malaysia Tikam Malaysia

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 247 hits
Kemasukan pendatang asing tidak terkawal atau tidak dikawal Pendatang asing yang haram juga tidak ada data centre mengawal mereka Begitu juga dengan pendatang rohigya yang berselindung disebalik kad UN Sepatutnya kerajaan daripada dulu seri...
Barang Bukti Mata Uang Asing Hingga Sepatu Mewah Wali Kota Bandung Yana Mulyana

Barang Bukti Mata Uang Asing Hingga Sepatu Mewah Wali Kota Bandung Yana Mulyana

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 275 hits
Barang bukti tersebut berupa uang dalam bentuk pecahan mata uang rupiah dolar Singapura dolar Amerika Serikat ringgit Malaysia baht Thailand serta sepatu merek Louis Vuitton tipe Cruise Charlie Sneaker 1A9JN8 berwarna putih hitam dan cokela...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp