Ada Cukup Ahli Kah




Abd Malek Hussein


Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.‬

‪Muhyiddin akan mengetuai Jemaah Menteri bagi sebuah kerajaan yang belum dapat membuktikan ia mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Hanya ada satu jalan untuk membuktikannya, iaitu hadapkan Muhyiddin dengan suatu undi kepercayaan dalam Dewan Rakyat.‬

‪Tiada gunanya membangkitkan samada Kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu sah atau sebaliknya. Dia memang sah dilantik Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan fungsi baginda mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Itu sudah menjadi kenyataan pada hari ini.‬

‪Apa yang boleh dilakukan seterusnya, ialah Pakatan Harapan bersama tim Dr Mahathir, Warisan dan lain-lain lagi ahli Dewan Rakyat berganding bahu dengan kesungguhan untuk melakukan aksi Parlimen bagi menguji samada Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan majoriti atau minoriti dalam Dewan Rakyat.‬

‪Muhyiddin dilantik melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, dan menerusi peruntukan dalam Perlembagaan yang sama Muhyiddin boleh diundurkan dan meletakkan jawatan.‬

‪Pakatan Harapan boleh kemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, kerana ada sebab untuk diyakini bahawa dia membentuk kerajaan dengan tanpa majoriti.‬

‪Muhyiddin mesti dibuktikan bahawa dia cuma mengetuai kerajaan minoriti.‬

‪Kerajaan pimpinan Muhyiddin yang baru ini belum diuji samada boleh bertahan dalam undi kepercayaan.‬

‪Usul tidak percaya boleh dikemukakan melalui pemberitahu bertulis oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat samada secara persendirian atau secara beramai-ramai di bawah Peraturan 27, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. ‬

‪Masih bermakna sokongan 114 atau tidak kurang 112 ahli Dewan Rakyat yang menyokong Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Buktikan sokongan ini konsisten dan padu untuk mengenakan undi tidak percaya di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac 2020, cuma beberapa hari sahaja lagi dari hari ini.‬

‪Jika Muhyiddin gagal mendapat kepercayaan majoriti melalui usul tidak percaya ini, beliau tiada pilihan kecuali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, sepertimana menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Apabila itu terjadi, dua kemungkinan boleh berlaku.‬

‪Pertama, Muhyiddin boleh meminta Agong membubarkan Parlimen, dan jika menyetujuinya, maka Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum diadakan.‬

‪Kedua, jika Agong menolakkan permintaan Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen mengikut budibicaranya di bawah Perkara 40(2)(b), maka Agong boleh melantik Perdana Menteri yang baru tanpa perlu melalui pilihanraya umum. Dalam keadaan demikian, Akuan Bersumpah seramai 114 ahli Dewan Rakyat yang menyokong Dr Mahathir kini masih terpakai, atau ditambah lagi sokongan, bagi membuktikan kepercayaan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.‬

‪Pakatan Harapan harus sasarkan Muhyiddin Yassin dikalahkan dalam usul tidak percaya sebelum Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat berakhir pada 16 April 2020.‬

‪Majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang terkumpul sekarang wajar digunakan untuk menolak Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.‬

‪Amat patut Pakatan Harapan dan kekuatan yang telah terdapat kini digembelingkan untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara.‬

‪Tidak mustahil ini boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan.‬

‪Aku mohon mencadangkan.‬

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/ada-cukup-ahli-kah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Sidang Parlimen Ditangguh Hingga 70 Hari Tak Cukup Kerusi Kah

Kenapa Sidang Parlimen Ditangguh Hingga 70 Hari Tak Cukup Kerusi Kah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 366 hits
Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini telah sah ditangguhkan kepada 18 Mei depan Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau telah menerima surat makluman berkenaan tarikh baru untuk sidang ketiga Parlimen k...
Majlis Ummah Ahli Sunnah 9807

Majlis Ummah Ahli Sunnah 9807

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 340 hits
MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH 1 Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini Sekatan ini dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu ...
Pengurangan Caruman Beri Kesan Ahli Berumur Bawah 60 Tahun Kwsp

Pengurangan Caruman Beri Kesan Ahli Berumur Bawah 60 Tahun Kwsp

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 27 FEB Keputusan kerajaan mengurangkan kadar caruman minimum berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi pekerja sebanyak empat peratus memberi kesan kepada ahli berumur di bawah 60 tahun Dalam satu kenyataan hari ini KWSP ber...
Ahli Parlimen Ph Jelaskan Mengapa Tak Dapat Terima K Jaan Baru Dr M

Ahli Parlimen Ph Jelaskan Mengapa Tak Dapat Terima K Jaan Baru Dr M

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 357 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming hari ini menjelaskan Pakatan Harapan tidak dapat menerima hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan melangkaui batas parti kerana ia bertentangan dengan manifesto pilihan raya umum...
Anwar Akan Curi Ahli Parlimen Pembangkang Untuk Jadi Perdana Menteri

Anwar Akan Curi Ahli Parlimen Pembangkang Untuk Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 287 hits
Pada hari ini setelah mendapat tahu yang tidak ada sesiapa pun yang mendapat sokongan majoriti daripada Ahli ahli Parlimen untuk layak menjadi Perdana Menteri semalam Anwar Ibrahim dan DAP cuba untuk memujuk atau mencuri Ahli ahli Parlimen ...
Tak Pandai Menipu Xlayak Jadi Ahli Politik 9809

Tak Pandai Menipu Xlayak Jadi Ahli Politik 9809

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 617 hits
Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya Firman Allah yang bermaksud Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk Fahamilah Ya Tuhan kami berilah kami...
Adun 3 144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Adun 3 144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 538 hits
SANDAKAN 28 Feb Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik Jaffari Waliam mengumumkan keluar bersama sama 3 144 ahli daripada 23 ranting PKR di cabang Libaran hari ini Jaafari yang juga Ketua Cabang PKR Libaran berkata 32 daripada 38 ahli jawatank...
33 Kakitangan 13 Ahli Majlis Mdkl Terima Anugerah Dan Sijil

33 Kakitangan 13 Ahli Majlis Mdkl Terima Anugerah Dan Sijil

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LANGAT 28 FEB Seramai 33 pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat daripada pelbagai jabatan serta bahagian menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 hari ini Majlis di Dewan Sri Jugra Telok Datok di sini turut menyaksikan...
3 144 Ahli Pkr Keluar Parti Ekoran Jaffari Walliam Meletakkan Jawatan

3 144 Ahli Pkr Keluar Parti Ekoran Jaffari Walliam Meletakkan Jawatan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 541 hits
Adun Sabah yang dilantik Jaffari Walliam meletakkan jawatan dari PKR lapor Bernama yang memetik bahawa tindakan itu dibuat selepas hilang kepercayaan dalam kepemimpinan presidennya Anwar Ibrahim Laporan itu memetik Jaffari yang merupakan ke...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post