Ada Apa Dengan Upah Penyembelih Dan Petugas Korban


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bila tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, akan adanya majlis korban dan petugas korban.  Petugas ini ada yang diupah dan ada juga bekerja secara sukarela



عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban




Pengajaran:
1.🪵Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban

2. 🪵Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga

3.🪵Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 
4. 🪵Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

5. 🪵Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir

6. 🪵Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah

7. 🪵Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 
8. 🪵Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
9. 🪵Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 
10. 🪵Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). 




Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak


Sumber:  PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

Terima kasih.  Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://salatulzarida.blogspot.com/2024/06/ada-apa-dengan-upah-penyembelih-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkb Tembak Mati Sopir Di Paniai Korban Dan Mobil Dibakar

Kkb Tembak Mati Sopir Di Paniai Korban Dan Mobil Dibakar

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 122 hits
KKB pimpinan Undius Kogoya menembak dan membakar sopir bersama kendaraannya di Paniai Papua Tengah Selasa sekitar pukul 13 30 WIT
Kapendam Xvii Cenderawasih Korban Yang Dibunuh Opm Di Paniai Itu Warga Sipil Bukan Tni

Kapendam Xvii Cenderawasih Korban Yang Dibunuh Opm Di Paniai Itu Warga Sipil Bukan Tni

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 110 hits
Karena itu apa yang dinyatakan OPM adalah hoax atau bohong karena sudah dipastikan korban adalah warga sipil yang berprofesi sebagai sopir angkot
Cara Simpan Daging Korban

Cara Simpan Daging Korban

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 230 hits
Tips Cara Simpan Daging Segar Selamat Tak Busuk Kementerian Kesihatan menasihati agar semua orang berhati hati dalam menyimpan daging korban semasa musim perayaan ini Bagaimanakah cara simpan daging Menerusi perkongsian di laman orang diaja...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Drama Fallin Intern You

148 Undi Bermakna 2 3 Ada Pembangkang Yang Undi Kerajaan Hamzah Terluka Lagi

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braxton Hicks Pada 30 Weeks Kandungan

Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah

Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Ikan Cencaru Bakar

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You