Aci Tak Makan Mi Maggi Kari Dengan Kimchi
Assalamualaikum..
KIMCHI tentu tidak asing lagi bagi peminat makanan dari negara Korea
Sk bukanlah penggemar makanan Korea seratus peratus tetapi ada makanan Korea yang menjadi feberet Sk.
Apa tu??
TOPOKKI la.. tu pun dah lama tak buat sebab tak ada geng nak makan, tapi bila dah tulis kat sini rasa macam nak buat pulak, hahaha
Semalam, kawan pejabat Sk yang dipanggil Kak Imah memberi sebekas kecil Kimchi yang dibuatnya sendiri. Kak Imah ni memang sangat suka memasak dan membuat dessert serta kek. Kalau orang lain dah hilang dah hobi ni lantaran faktor usia namun Kak Imah tetap rajin mencuba pelbagai jenis masakan yang dipelajari di internet. Jadi, kami-kami ni la jadi tester Kak Imah, hahaha, untung jugak, kan.. Pernah jer beberapa kali Sk makan kimchi ni jadi taklah janggal nak makan
Selalu tengok dalam drama Korea, mereka makan kimchi dengan nasi melekit dalam mangkuk dan pernah juga tengok mereka memasukkan kimchi ke dalam ramen atau nasi goreng, lalu Sk fikir yang paling mudah nak makan kimchi Kak Imah ni ialah dengan memasukkannya ke dalam Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan, hahahaha. Pak Inche pun tak ada semalam, jadi, kita layan maggi jerlah, dengan telur goyang sebiji, wallaweihhhhh
Selalu, Sk suka tumis dulu bawang, cili api dan rempah kari maggi tu, tapi semalam Sk rebus aje sebab tak nak menghilangkan rasa kimchi tu. Senang sangat, panaskan air secukupnya dalam kuali kecil cukup untuk menenggelamkan maggi, buka api dan masukkanlah maggi dan rempahnya dalam kuali tu serta terus pecahkan telur di sebelah maggi. Masa tu air dah mendidih, kan.. jadi kita cedoklah airnya curah atas telur tu, sampai dia set, kalau suka telur keras, besarkan api sikit tapi kalau korang suka yang goyang-goyang guna api sederhana kecil. Tutup api dan biar sekejap, kemudian kaup maggi sahaja masuk mangkuk, pelan-pelan tuang kuah dan telur atas maggi kita, barulah cantik nak buat presentation, kah kah kah
Dah siap semua, letaklah kimchi yang kawan bagi tu dalam mangkuk. Nahhh.. suap sesudu ke mulut, haaaahhhh.. Memang aci sangatlah maggi dengan kimchi
Burpppp… Alhamdulillah..
Enam Khasiat Kimchi
1. Sebagai makanan probiotik
Proses fermentasi kimchi menghasilkan bakteria asid yang dipanggil Lactobacillus yang mempunyai manfaat sama seperti yogurt.
2. Melancarkan pencernaan
Mengambil kimchi secara rutin boleh mengembalikan keseimbangan mikro dalam usus yang sekaligus membantu ia dapat berfungsi dengan lebih baik.
Kandungan probiotik di dalamnya juga dapat memainkan peranan dalam meminimumkan gejala irritabel bowel syndrome (IBS) iaitu sejenis keadaan di mana sakit perut termasuk perut kembung serta sembelit.
3. Meningkatkan sistem imunisasi tubuhKimchi kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan dalam melindungi sel-sel tubuh seseorang daripada sebarang kerosakan akibat radikal bebas.
Vitamin ini juga membantu dalam penghasilan protein termasuk kolagen bagi memberi kesan kulit yang sihat.
4. Menjaga kesihatan mata
Berlainan pula vitamin A yang terdapat dalam kimchi - ia membantu dalam menjaga kesihatan mata anda selain melambatkan penuaan.
5. Menurunkan risiko kanser
Beberapa kajian yang dilakukan terhadap proses penapaian kimchi, kobis putih yang digunakan sebagai salah satu bahan dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser di dalam tubuh.
6. Menurunkan berat badan
Kandungan serat yang terdapat dalam kimchi mampu mengurangkan berat badan anda.
sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/03/aci-tak-makan-mi-maggi-kari-dengan.html