A Day At The Most Beautiful Library Kedah Digital Library
Sekarang ni memang line Digi problem betul.. Sumpah geram lepas dorang gabung dengan Celcom. Padahal bayar every month tak pernah miss.. Aku belum call centre untuk buat aduan.. Sebagai freelance designer kena lah buat design kalau ada order, then bila jadi line kejap okay kejap tak ni.. haaa nak download apa pun slow..
So aku decide nak try buat keja dekat Kedah Digital Library. Sebelum ni aku selalu ke Starbuck sebab selesa, tapi dah boikot ni kena cari tempat baru..
Actually aku tak ambil gambar awal-awal nak masuk tu. Pintu utama.. Aku datang sini pun agak lewat dah.. so so so aku pun rushing takut tempat tak ada. haha.. Nak cepat nak cepat nak cepat..Library ni luas gila korang.. Ada ruangan meeting.. Bilik meeting besar, kecil, semua lah.. Ikut pada korang nak sewa yang mana..
Macam aku ni just nak buat keja ja, kena bayar RM3 untuk unlock charger.. Kena buat bayaran dan ambil kunci yang dorang lock pada tempat plug..
Tempat dia comel macam ni.. tapi selesa ja korang untuk duduk sorang.. Ada lagi tempat yang luas dari tempat aku duduk ni tapi dah penuh orang.. Depan aku tu stranger ja tu.. haha. tak kenal beb.. baru kenal dekat situ.. baik orangnya.. sempat bercakap jugak lah aku dan dia.
Untuk pengetahuan korang, Toilet dan Surau disediakan disini.. Surau dia tersangatlah selesa.. Cantik pulak tu.. Jadi tak risau lagi lah kalau nak stay dari pagi sampai petang pun..
Alhamdulillah settle lah jugak keja aku.. Even tak settle semuanya, tapi half pun jadi lah.. Dapat download apa yang nak sebab line sini laju gila.. Pakai wifi dorang.. Sambung balik story bab line phone aku tu.. sebelum ni line okay tau before dorang upgrade.. Arghh aku rasa bukan aku ja alami benda ni.. orang lain yang pakai Digi pun rasa apa aku rasa.. Hopefully lepas ni line akan okay.
Ehhh sempat lah buat videooo.. hehe.. Aku sejenis suka bab editing video. Rasa best dan enjoy.
Sampai ja tengahari, terasa la perut tu lapar sikit.. Moh ler kita turun ke OldTown White Coffee.. Keluar ja dari library terus nampak OldTown.. Jalan dua tiga tapak ja.. haha.. Aku first time cuba roti bakar kaya butter dorang.. sumpah sedap gila! Ada 4 dalam 1 pinggan tu.
Aku nak try lah buat sendiri nanti.. Roti dia rangup dan yang penting kaya dia tak manis.. Pernah ja sebelum ni makan roti kaya butter macam ni, tapi yang jadi tak sedapnya bila kaya tu manis sangat sampai hilang rasa butter..
Nahhh aku zoom sikit..
Alamat Kedah Digital Library: No.1, 5350, Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, 05350 Alor Setar
Waktu Operasi : Buka Setiap Hari (tutup Khamis & Jumaat) / 9.00 pagi - 6.00 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2024/01/a-day-at-most-beautiful-library-kedah.html