8 Kelebihan Lemon Untuk Kecantikan Kebersihan Dan Aroma Segar


 


Wangi dan diperkaya dengan khasiat vitamin C, lemon sering dijadikan sebagai bahan dalam sesebuah hidangan atau masakan. Malah, ia juga baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Secara ringkas lemon mempunyai berbilang kegunaan dan ada di antaranya yang mungkin jarang diketahui ramai. 
Tahukah anda, lemon dapat membantu untuk menghalau nyamuk dan semut, mencerahkan pakaian putih, mengilatkan sinki, mengharumkan udara rumah dan banyak lagi kegunaannya.
Berikut Abam Kie kongsi lapan kehebatan lemon, yang mudah untuk diamalkan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah. Yang pasti, tidak perlu banyak belanja atau berhabisan wang untuk memastikan rumah bersih dan harum!
1. Untuk kecantikan 


Diperkaya dengan bahan antibakteria yang dapat merawat jerawat, tidak hairanlah jika lemon merupakan antara kandungan bahan yang kerap digunakan di dalam produk-produk kecantikan seperti sabun pencuci muka, masker, krim pelembap dan banyak lagi. 
Selain itu lemon juga dapat mengatasi cela dan mencerahkan kulit muka dengan mudah.
Anda hanya perlu menghiris lemon dan perahkan jusnya di dalam mangkuk. Sapukan jus sambil menggosok kulit buah lemon langsung ke serata kulit muka. Tapi, elakkan terkena mata dan pastikan kulit anda tidak sensitif atau mempunyai luka semasa menyapukan jus dan kulit lemon.
Selepas selesai menggosok muka dengan lemon, bilas bersih dengan air. Bandingkan kulit anda sebelum dan sesudah proses ini. Hasilnya cela akan lebih pudar dan kulit tampil lebih cerah dan bersih. Lakukan rutin ini secara konsisten untuk hasil yang lebih berkesan.
2. Nyahkan bau kasut yang busuk  


Kasut yang sering digunakan seharian selalunya berbau jika ia tidak dicuci atau dijemur di bawah matahari.
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mencuci kasut dan tidak sabar untuk menunggunya kering, cuba atasi bau kasut yang busuk dengan meletakkan hirisan lemon di dalamnya. 
Caranya mudah, hiris lemon dan letakkan di dalam kasut apabila anda tidak menggunakannya atau sekurang-kurangnya semalaman. 
Hasilnya amat ketara, keesokan harinya bau yang busuk menyengat itu pasti sudah pudar atau hilang sama sekali. 
3. Aroma segar dan wangi 

Tak payah berhabisan wang untuk membeli pewangi udara dan sebagainya untuk menikmati aroma harum di dalam rumah. Cuba buat sendiri pewangi lemon dengan kaedah D.I.Y.
Caranya tidak sukar, kupas kulit lemon dan tuangkan 150ml cuka di dalam botol plastik penyembur yang kosong.
Biarkan semalaman dan pada esok pagi tambahkan 150ml air di dalam botol yang sama. Goncang perlahan-lahan dan kemudian sembur di sudut kegemaran anda untuk menikmati aroma yang harum dan segar. 
Ia juga boleh digunakan sebagai cecair pembersih asli yang bebas dari bahan toksin. 
4. Putihkan fabrik dan pakaian 


Untuk mengekalkan warna pakaian putih agar ia sentiasa tampil cerah, selalunya ramai yang akan menggunakan sabun bahan peluntur. Tapi selain menggunakan sabun ini, anda juga boleh mengekalkan pakaian putih dengan menggunakan lemon.
Sebelum mencuci pakaian putih, rendam cucian di dalam baldi, campurkan sedikit serbuk baking soda, hirisan dan perahan jus lemon. Biarkan pakaian direndam anggaran 30 minit atau lebih. Selepas itu, bilas dan cuci pakaian seperti sedia kala. Lihat perbezaannya.
5. Halau nyamuk dan semut



Ingin elakkan semut dari bersarang di dalam rumah? Perah jus lemon di dalam bekas, sembur di celah-celah pintu atau lubang di dapur.

Bagi yang ingin menghalau nyamuk pula, belah lemon menjadi dua dan cucuk cengkih sepenuhnya. Kemudian letakkan lemon di ruang atau penjuru bilik yang bernyamuk. Menurut satu kajian kombinasi aroma lemon dan cengkih dapat menghalau nyamuk secara berkesan dan semula jadi.  
6. Bersihkan papan pemotong 



Simpan papan pemotong di tempat yang bersih dan kering di dapur selepas menggunakannya. Tapi sebelum itu pastikan untuk membersihkannya dengan setengah biji lemon yang dijadikan seperti span pencuci mangkuk. 
Taburkan garam di permukaan papan pemotong dan gosok menggunakan lemon. Kemudian biarkan 10 – 15 minit dan ulangi lagi sekali sebelum membilasnya bersih dan tos kering.
7. Peti ais wangi 

Bila ingin membersihkan peti ais, lap dengan menggunakan span yang sudah direndam dengan jus lemon. Lihat keberkesannya, ia dapat menghapuskan bau hanyir di dalam peti ais dan sekaligus memberikan aroma yang harum dan segar sepanjang hari.
8. Sinki kilat 

Kupas kulit lemon dan campurkan dengan sedikit serbuk baking soda. Kemudian sapu dan gosok dipermukaan sinki keluli tahan karat dengan menggunakan span yang bersih. Bilas dengan air dan lihat hasilnya. Sinki tampil bersinar dan kilat.
Tunggu apa lagi? Cubalah lapan petua ini, bukan saja dapat menjimatkan wang tapi mudah dilakukan oleh sesiapa saja dan ia dapat memberi manfaat untuk seisi keluarga! 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/02/8-kelebihan-lemon-untuk-kecantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Nak Nangis Sebab Mekap Mahal Kecantikan Puteri Balqis Raih Pujian

Takut Nak Nangis Sebab Mekap Mahal Kecantikan Puteri Balqis Raih Pujian

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 332 hits
Kehadiran pelakon berbakat Puteri Balqis Azizi dalam salah satu persembahan peserta program Famili Duo tempoh hari sememangnya menjadi perhatian ramai Mana tidaknya Puteri Balqis yang terlibat dalam persembahan Yamani Abdillah dan Zaki Yama...
Ikuti Tren Kecantikan Gua Sha Di Tiktok Perempuan Ini Sadari Dirinya Idap Kanker Stadium 4

Ikuti Tren Kecantikan Gua Sha Di Tiktok Perempuan Ini Sadari Dirinya Idap Kanker Stadium 4

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 107 hits
Berawal dari rasa penasaran dan ikut ikutan mencoba tren kecantikan seorang perempuan menemukan dirinya sedang mengidap kanker kulit stadium empat
Karya Agung Han Hyojoo Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

Karya Agung Han Hyojoo Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 310 hits
Kim Yoo jung memang tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon wanita paling cantik di Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Kim Yoo jung telah berkongsi beberapa foto baru di laman Instagram untuk teaternya Shakespeare in Love Mener...
Saya Selebriti Kena Jaga Penampilan Diri Zara Zya Mengaku Cucuk Muka Bibir Untuk Nampak Lebih Tegang Amp Segar

Saya Selebriti Kena Jaga Penampilan Diri Zara Zya Mengaku Cucuk Muka Bibir Untuk Nampak Lebih Tegang Amp Segar

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 127 hits
Pelakon Zara Zya mengaku mengamalkan suntikan vitamin pada wajah dan bibirnya sebagai langkah untuk menjaga kulitnya lebih rapi nbsp Anak seni yang berusia 37 tahun itu menjelaskan dia berbuat demikian bukan sekadar untuk suka suka Tetapi d...
Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman

Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 268 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Penggunaan santan kotak atau santan pek sekarang ini sangat menjadi pilihan terutama bagi pengusaha makanan di restoran atau h...
Santan Mawar Segar Dan Berkualiti Baik Untuk Kesihatan

Santan Mawar Segar Dan Berkualiti Baik Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan tentang santan Sebut saja pasal santan pastinya suri rumah ibu dan mereka yang pakar tentang makanan tahu kegunaan santa...
Produk Kecantikan Wajah Daripada Bahan Semulajadi Uniseri

Produk Kecantikan Wajah Daripada Bahan Semulajadi Uniseri

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 177 hits
Produk Kecantikan Wajah Daripada Bahan Semulajadi UniSeri Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Rasa teruja kejap bila tahu ada rangkaian produk kecantikan berasaskan bunga telang Bukan apa biasa bunga telang kita gunakan untuk pewarna ...
Pesona Kecantikan Gadis Desa Di Afganistan Hidup Sederhana Masak Pakai Kayu Bakar

Pesona Kecantikan Gadis Desa Di Afganistan Hidup Sederhana Masak Pakai Kayu Bakar

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 120 hits
Gadis desa di Afganistan ternyata menjalani kehidupannya secara sederhana Hal itu terlihat dari ketika dirinya sedang memasak Caranya masih menggunakan bahan tradisional yaitu dengan kayu bakar Berikut potret pesona kecantikannya sedang mem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa