77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza
Assalamualaikum dan semua..apa khabar? Semoga semuanya ceria selalu..bab masak ni zaza bukanlah mahir..tahu yang basic je..adakala bila nak belajar masakan-masakan baru zaza memang suka google atau buat carian dekat facebook. Tapi adakala tak jadi dan itu buat zaza rasa sedih dan kecewa.
Macam baru ni zaza cuba buat gulai kuning telur ayam guna santan xxxxx tapi berbuih banyak..api pasang kecil je..lepas tu tak tahu kenapa rasanya tak sedap.. terus zaza macam kecewa gila tau.zaza pun buang kuah gulai tu..tapi hari tu masa zaza masak rebung masak lemak cili api guna santan Kara sedap pula..elok je..
Kat rumah zaza ni pun ada juga Air Fyer tapi zaza tak pernah guna sebab kakak punya. So memang tak usik la kecuali kakak je pakai untuk dia masak-masak.
Kalau ada yang nak try belajar guna Air Fryer ni boleh la cuba masak dengan buku 77 Resepi Istimewa Air Fryer dari Chef Hanieliza ni..
Banyak gila kan resepi yang ada dalam buku ni..mudah bila ada buku sebab boleh disimpan. Nak mencari resepi pun senang..selak je buku..
77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza
Antara resepi yang ada masakan Ayam Bakar Berempah, Ayam Bakar Lada Hitam,Ayam Bakar Serai, Ayam Goreng Korea, Ayam Goreng Halia, Ayam Percik, Kebab Ayam, Kepak Ayam Madu, Nugget Ayam, Ayam Goreng Korea dan beberapa lagi
Untuk resepi Ikan dan Makanan Laut pula seperti Ikan Bakar Air Asam, Ikan Bakar Serai, Ikan Bilis Goreng Cili Api, Ikan Cencaru Sumbat, Ikan Pari Bakar Sambal, Ikan Salmon Bakar Cajun, Ikan Dory Breadcrumbs, Kerang Bakar, Keli Goreng dan banyak lagi
Resepi Daging seperti Bolognese Cheesy Fries, Daging Bakar Lada Hitam, Burger Homemade dan Sosej Goreng Lada Hitam
Bagi yang teringin nak buat Kerabu dan masakan Sayur, ada resepi antaranya Kerabu Ikan, Kerabu Ikan Bilis dan Tempe,Kerabu Daging, Kerabu Sotong, Salad Ayam dan Epal, Salad Telur, Salad Udang, Salad Kentang Oregano dan banyak lagi.
Turut diselitkan resepi masakan telur yang pelbagai dan kuih serta muffi. Resepi-resepi ini menggunakan Air Fryer
Dalam buku resepi ini lengkap dan disertakan juga panduan menggunakan Air Fyer. Baguskan.. Murah je buku resepi ni..so kalau nak dapatkan boleh beli kat shopee.
Untuk pembelian di Shopee boleh terus ke sini >
BELI BUKU 77 RESEPI ISTIMEWA AIR FRYER CHEF HANIELIZA DI SHOPEE
Tapi kalau dah kehabisan stok boleh je beli kat seller lain dalam shopee yang masih available.
Harga pun murah dalam RM20.00 sahaja.
Pengenalan Tentang Chef Hanieliza
Berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Terengganu. Aktif dalam bidang masakan sejak berusia 26 tahun. Kini aktif menjadi guru masakan dan banyak menulis buku resepi. Beliau juga pernah dijemput untuk membuat demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Banyak pencapaian yang diperoleh sehingga menjadi terkenal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/08/77-resepi-istimewa-air-fryer-chef.html