768 700 Menganggur Majlis Pekerjaan Negara Buat Apa



Majlis Pekerjaan Negara (NEC) ditubuhkan di bawah #Belanjawan2021 untuk menjana 500,000 pekerjaan dan membina modal insan negara secara strategik dan sistematik.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, NEC juga dianggotai oleh Menteri-menteri, pihak swasta serta pemain industri. ⠀⠀
Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, selaku Sekretariat NEC, berperanan untuk memantau kemajuan & pelaksanaan inisiatif bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.
Kemudiannya pada 5 Ogos lalu laporan dari Berita Harian mengatakan Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Malah, katanya, dalam usaha membantu golongan sasaran mencari pekerjaan, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi program PenjanaKerjaya di bawah Belanjawan 2021 dengan PenjanaKerjaya 2.0 berjaya membantu lebih 141,000 orang mendapat pekerjaan.
Tapi hari ini.. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.
Jadi berapa Billion RM lagikah yang perlu dibelanjakan Kerajaan untuk membentu menyediakan peluang pekerjaan bagi 768,700 orang yang menganggur itu?
 
SHAH ALAM - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.
Laporan yang dibuat berdasarkan keluaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Jun dan suku kedua tahun 2021 itu menunjukkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 15.30 juta orang (Mei 2021: 15.37 juta orang) dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk jatuh sebanyak 0.4 mata peratus kepada 65 peratus.
“Seterusnya, kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus setelah merekodkan penurunan bagi tempoh empat bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja mengikut sektor ekonomi pada Jun 2021 menunjukkan kesemua sektor ekonomi mencatatkan penurunan guna tenaga.
Menurutnya, sektor perkhidmatan merekodkan pengurangan bulan ke bulan buat pertama kalinya setelah mencatatkan peningkatan selama 12 bulan.
“Penurunan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besarnya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman; hartanah dan perdagangan borong dan runcit.
“Dari segi taraf pekerjaan, kategori pekerja iaitu 77.6 peratus yang merupakan komposisi terbesar penduduk bekerja telah berkurang sebanyak 56,700 orang (-0.5 peratus) kepada 11.87 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Mei 2021: 11.93 juta orang),” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat lima negeri merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada suku kedua 2021 adalah Labuan (8.8 peratus), Sabah (8.7 peratus), Perlis (5.3 peratus), Kelantan (4.8 peratus) dan Selangor (4.4 peratus).
Selain itu, katanya, Pulau Pinang (73.5 peratus), Kuala Lumpur (73.4 peratus), Selangor (74.9 peratus), Sarawak (69.4 peratus) and Sabah (66.7 peratus) mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang tertinggi pada suku tersebut.
“Pada suku ini, bilangan tenaga buruh berkurang sebanyak 36,100 orang kepada 15.97 juta orang berikutan penurunan bilangan penduduk bekerja dan penganggur.
“Bilangan penduduk bekerja berkurang sebanyak 0.2 peratus kepada 15.21 juta orang terutama dalam sektor perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.
“KPTB pada suku ini adalah 68.3 peratus dengan kedua-dua lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.8 peratus dan 55.0 peratus," katanya lapor Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/768700-menganggur-majlis-pekerjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejuang Tak Bincang Sokong Sesiapa Kekal Gesa Tubuh Majlis Pemulihan Negara

Pejuang Tak Bincang Sokong Sesiapa Kekal Gesa Tubuh Majlis Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 174 hits
Kow Gah ChieParti Pejuang Tanah Air enggan menyertai perlumbaan mencari calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang dijangka meletakkan jawatan esok Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya berkata pihaknya bertegas badan a...
Dr M Namakan Senarai Tokoh Dicadang Anggotai Majlis Pemulihan Negara

Dr M Namakan Senarai Tokoh Dicadang Anggotai Majlis Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 270 hits
Malaysiakini Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyenaraikan nama nama yang difikirkannya sesuai menganggotai badan ala Mageran Majlis Pemulihan Negara khusus untuk menangani wabak Covid 19 Nama nama yang disenaraikannya it...
Kuasa Baru Bukan Kepartian Mampu Tangani Covid Dan Ekonomi Negara

Kuasa Baru Bukan Kepartian Mampu Tangani Covid Dan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 339 hits
Kuasa baru tanpa dikuasai parti tertentu untuk TANGANI pelbagai isu negara antaranya covid 19 diperlukan sementara hingga stabil untuk PRU15 ITU adalah penyelesaian penuh dan jika gagal ambil peluang kali ini Nasi yang sudah hampir jadi bub...
10 Negara Teratas Mempunyai Rizab Emas Terbesar 2021 Berapakah Rizab Emas Malaysia

10 Negara Teratas Mempunyai Rizab Emas Terbesar 2021 Berapakah Rizab Emas Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 455 hits
Bank pusat adalah pemegang emas yang penting dan memainkan peranan utama dalam pengurusan rizab emas Rizab emas adalah emas yang dimiliki oleh bank pusat negara untuk menyokong nilai mata wangnya dan ia digunakan sebagai janji untuk menebus...
Menteri Peguam Negara Pemimpin Kanan Bersatu Kini Di Rumah Muhyiddin

Menteri Peguam Negara Pemimpin Kanan Bersatu Kini Di Rumah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 188 hits
Menteri Peguam negara pemimpin kanan Bersatu tiba di rumah Muhyiddin Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8 20 malam tadi Turut dilihat hadir ialah Timbalan Presiden B...
Kehadiran Peguam Negara Di Rumah Mahiaddin Malam Tadi Dipersoal

Kehadiran Peguam Negara Di Rumah Mahiaddin Malam Tadi Dipersoal

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 201 hits
FAZLI RADZIKehadiran Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dalam perbincangan politik di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin di Bukit Damansara malam tadi dipersoal Abang kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan itu ...
Perdana Menteri Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

Perdana Menteri Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 213 hits
Raja Hisyam Raja Zaid Ogos 4 2021 10 56 MYTKenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pintu Istana Negara pada jam 10 53 pagi Astro AWANIKUALA LUMPUR Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasu...
Bos Bappenas Target Indonesia Kembali Jadi Negara Menengah Atas Di 2023

Bos Bappenas Target Indonesia Kembali Jadi Negara Menengah Atas Di 2023

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 190 hits
Penurunan kelas tersebut disebabkan karena adanya pandemi Covid 19 yang secara tiba tiba sedikit mengubah jalur visi Indonesia keluar dari jebakan kelas menengah atau middle income trap sebelum tahun 2045
Ag Idrus Harun Arrives At Istana Negara

Ag Idrus Harun Arrives At Istana Negara

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Scores of media personnel are camped out in front of the main gate at Istana Negara on Wednesday They are waiting for the arrival of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for his audience with the Yang di Pertuan Agong Report...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp