72 Tahun Ayah Chik Moga Terus Menakhoda Bahtera Perjuangan



Dalam minggu lepas Ayah Chik berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri beberapa program penting PAS, menghadiri sidang Parlimen dan berbahas sebagai anggota legislatif yang senior. Jadualnya tetap sibuk walaupun kondisi kesihatan beliau tidak begitu tuntas, paralel dengan tahap umur emas beliau . Namun itulah sifat sang murabbi, masa adalah sebongkah emas yang sangat berharga untuk disia-siakan, sebagai nakhoda PAS, jemaah adalah keutamaan beliau berbanding masa rehat. 12 Oktober lepas kami Jawatankuasa Pusat mengadakan usrah Qiadi bersamanya sebelum berlangsung mesyuarat PAS Pusat. Mesyuarat Pusat dengan pelbagai agenda penting untuk memacu kekuatan harakatul ummah ini dipersada siasah dan dakwah, apatah lagi diera taawun Siasi ini. Beliau dengan guratan wajah yang gembira melihat anak-anak buah mengerah akal , berbincang dan merencanakan yang terbaik untuk memastikan PAS pada landasan yang terbaik.

Usai mesyuarat PAS Pusat, Tuan Guru bersama-sama pimpinan lain meraikan harijadi YB kak Lah, MP Rantau Panjang yang juga AJK PAS Pusat, mengadakan perbincangan ringkas dengan beberapa anggota Dewan Harian. Tiada istilah lelah dan penat, kelihatan sekali sekala desis ketawanya bersama Timbalan Presiden dan Ustaz Idris Haji Ahmad. Beliau dalam minggu ini menulis beberapa artikel yang mencerahkan ummah, tak pelik kerana Ayah Chik seorang pembaca tegar dan sentiasa menganalisa perkembangan geo politik dunia.

Sebagai tokoh kanan gerakan Islam dan mantan Naib Kesatuan Ulama Sedunia, jadual beliau begitu padat menyambangi seluruh belahan dunia Islam. Bermesyuarat, mengisi program, menyantuni peta luka umat Islam serta menjadi tetamu pelbagai gerakan Islam. Sebahagian besar umurnya tercurah di medan dakwah dan perjuangan, walaupun umur semakin meningkat melepasi enam dekad.

Tuan Guru Haji Hadi dilahirkan pada 20 oktober 1947 di Kampung Rusila, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran Bandar Marang, Terengganu. Rusila semenjak awal abad 20 adalah pusat pengajian Islam di mana masyarakat Marang datang untuk belajar agama. Keluarga diRaja Terengganu juga datang bersolat di Masjid Rusila sehinggalah tahun 1957.

Tuan Guru Haji Hadi merupakan anak kelima daripada sembilan orang adik beradik dan dibesarkan dalam asuhan agama yang kuat daripada ayahnya sendiri. Sebelum mengenali alam persekolahan, bapanya terlebih dahulu memperkenalkannya tentang ilmu. Tuan Guru Haji Hadi memasuki alam persekolahan pada tahun 1955 di Sekolah Kebangsaan Rusila dan mendapat pendidikan Menengah di Sekolah Agama Marang. Beliau seterusnya belajar di Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMUZA), sebuah sekolah agama tersohor di negeri Terengganu. Semasa di alam persekolahan, beliau juga telah menunjukkan kecenderungan terhadap politik Islam. Antara isu yang sedang menyelimuti Malaya ialah isu Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.

Bakat dan kecemerlangan akademiknya telah dikesan semenjak beliau di bangku persekolahan lagi di mana beliau ditawarkan dengan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Madinah. Universiti Madinah antara universiti Islam terbaik dunia dan syarat kemasukannya sangat ketat. Antara yang pernah bersama Tuan Guru di Madinah ialah Dato Husien Awang, Ustaz Dato Harun Taib. Kerajaan Saudi pada masa itu belum bermusuh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin sebagaimana hari ini. Ramai sarjana serta tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin diberikan tempat untuk mengajar di bumi Ar-Rasul SAW.

Beliau mencicip ilmu di kampus dan juga para Masyaikh di Masjid Nabawi termasuk menganggotai usrah Ikhwanul Muslimin. Naqib beliau ialah Sheikh Said Hawwa, tokoh besar Ikhwanul Muslimin dari Syria. Kepetahannya berbahasa Arab semasa menerang geopolitik Malaysia telah menarik tokoh Ikhwan menerima beliau sebahagian daripada mereka.

Beliau telah melanjutkan pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana (MA) dalam bidang siyasah dan syariah di Universiti al- Azhar, Mesir dan tamat pengajian pada tahun 1976. Beliau mengambil kesempatan belajar di luar negara dengan belajar berkitab dengan sheikh-sheikh terkenal di Madinah dan Mesir sehingga disegani oleh pelajar-pelajar Malaysia di negara tersebut.

Latar belakang Mesir sebagai pusat Ilmu dan juga latar belakang konflik regim dengan Ikhwanul Muslimin juga turut memberikan pengalaman berharga kepada beliau, juga bumi Madinah sebagai pertapakan negara Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW telah menjiwai Abdul Hadi dengan citra perjuangan 'membentuk pemerintahan Islam sebagai aqidah dan kaedah bernegara'.

Sekembalinya pada tahun 1976 daripada pemukiman ilmu, beliau telah dilantik sebagai Ketua pemuda PAS Terengganu. Dan beliau dilantik sebagai Ketua ABIM Terengganu. Namun kelincahan beliau telah menenggelamkan fungsi beliau sebagai pengerusi ABIM Terengganu. Beliau pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS yang paling aktif menggerakkan program kaderisasi kepada pelajar dalam dan luar negara. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Pengaruh beliau semakin membesar pada awal dekad 80an, mengatasi Dato Asri selaku Yang DiPertua PAS, gaya pidatonya telah memukau dan menyihir hadirin dengan kupasan isu yang diselaraskan dengan Ilmu Islam. Tuan Guru Haji Hadi pernah menjadi tenaga pengajar di Institut Berakan Terengganu, yang merupakan pusat pendidikan swasta yang sangat popular di Pantai Timur bahkan menjadi tempat melahirkan kader dakwah serta markas pemuda dan belia di Terengganu. Dan kemudiannya beliau sendiri telah mengasaskan Maahad Darul Quran dengan pemimpin PAS yang lain pada tahun 1985.

PAS melalui ulama muda seperti Tuan Guru Haji Hadi, telah menyusun skema pentarbiahannya kepada ahli-ahli parti. Tuan Guru Haji Hadi bukan sahaja terlibat dengan aktif di pentas Politik dalam negara, bahkan juga di pentas antarabangsa. Beliau telah dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia Islam pada tahun 2014 di mana Dr Yusuf al Qardawi menjadi ketuanya. Perlantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada umat Islam di sebelah Asia Tenggara di mana pelbagai isu besar ummat sedang berlangsung.

Tuan Guru Haji Hadi adalah sebutir mutiara yang dilahirkan dari uri gerakan Islam tersohor dunia dan telah menjadi kader dakwah yang pintar, menyesuaikan iklim pentarbiyahan Timur Tengah yang diperoleh beliau dengan iklim dan budaya masyarakat negara ini. Bermula dengan imej ulama muda dengan menggegarkan podium cermah, memecahkan PAS daripada perjuangan Islam-Melayu kepada PAS yang berdiri megah untuk semua kaum di negara ini. Kini perjuangan PAS dengan kepimpinan ulamak telah melepasi 37 tahun dengan sarat segudang pengalaman yang pelbagai.

Dalam usia yang telah mencapai 72 tahun, beliau terus berkhidmat menjadi khadam Islam yang terus bergerak memberikan pencerahan kepada ummah tanpa lelah. Semasa berlangsung himpunan FASTAQIM baru-baru ini, beliau kelihatan sebak melihat kearah khalayak, mendoakan supaya harakatul ummah ini terus membimbing ummah. Selamat ulangtahun kelahiran Tuan Guru, semoga terus sihat membimbing kami dan menjadi lantera kepada perjuangan ini.

Dr Riduan Mohamad Nor.
AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/72-tahun-ayah-chik-moga-terus-menakhoda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keponakan Di Kukar 2 Tahun Jadi Budak Nafsu Paman Ayah Korban Diancam Parang

Keponakan Di Kukar 2 Tahun Jadi Budak Nafsu Paman Ayah Korban Diancam Parang

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 241 hits
Pemerkosaan terakhirnya terbongkar pada Rabu saat dipergoki ayah korban Korban sempat diinterogasi sang ayah terkait perbuatan pelaku
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1356 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Mh370 Enam Tahun Berlalu Seorang Ayah Bagai Kehilangan Kata Kata

Mh370 Enam Tahun Berlalu Seorang Ayah Bagai Kehilangan Kata Kata

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 262 hits
BERA Enam tahun berlalu seorang ayah bagai kehilangan kata kata setiap kali ada yang bertanyakan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014 Selamat Omar 65 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Selamat d...
Kisah Haru Perjuangan Nenek Buta Huruf Mencari Keadilan 10 Tahun Pertahankan Warisan

Kisah Haru Perjuangan Nenek Buta Huruf Mencari Keadilan 10 Tahun Pertahankan Warisan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 152 hits
Mbah Sumiatun adalah seorang nenek buta huruf yang tinggal di Desa Balerejo RT 05 RW 02 Kecamatan Dempet Demak Walaupun usianya telah lanjut namun ia tak pernah berhenti berjuang untuk melawan ketidakadilan Dilansir dari Liputan6 com Mbah S...
Kenang Ayah Bocah Yang Dibunuh Remaja 15 Tahun Anak Saya Periang Dan Suka Ngaji

Kenang Ayah Bocah Yang Dibunuh Remaja 15 Tahun Anak Saya Periang Dan Suka Ngaji

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 212 hits
Ayah bocah 5 tahun yang menjadi korban pembunuhan remaja berusia 15 tahun mengenang sosok putrinya sebagai anak yang periang dan pintar Selain itu dia juga menyebutkan putrinya itu suka mengaji Sosoknya periang Terus pintar suka ngaji kata ...
Baru 5 Tahun Ayah Dah Pergi Tinggalkan Adam Kalau Rindu Ziarah Pusara Kadang Sampai Nak Makan Tepi Kubur Ubat Kerinduan

Baru 5 Tahun Ayah Dah Pergi Tinggalkan Adam Kalau Rindu Ziarah Pusara Kadang Sampai Nak Makan Tepi Kubur Ubat Kerinduan

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 511 hits
Setiap anak anak perlukan kasih sayang daripada ibu dan ayah Namun tidak semua yang bernasib baik malah ada yang masih kecil sudah kehilangan ayah atau ibu tersayang Sama seperti kisah seorang kanak kanak yang berusia 5 tahun yang telah keh...
Ayah Dan Anak Selundupkan Sabu Di Sop Tulang Iga Ke Lapas Salemba

Ayah Dan Anak Selundupkan Sabu Di Sop Tulang Iga Ke Lapas Salemba

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 99 hits
Aksi tersebut akhirnya terhenti di percobaan kelima pada saat NS digeledah oleh Sipir Lapas Salemba saat gerak gerik pelaku terlihat mencurigakan
Ungkap Rasa Kehilangan Dari Perspektif Seorang Ayah Mohamed Sinclair Tulis Surat Manis Penuh Cinta

Ungkap Rasa Kehilangan Dari Perspektif Seorang Ayah Mohamed Sinclair Tulis Surat Manis Penuh Cinta

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 274 hits
Ayah Ashraf berhubung kamu udah di sana tolong pesan tempat terbaik untuk kami yang tersisa ini ya
Kisah Haru Ayah Sakit Ingin Lihat Anak Nikah Diantar Ambulans Ke Lokasi Hajatannya Penuh Tangisan

Kisah Haru Ayah Sakit Ingin Lihat Anak Nikah Diantar Ambulans Ke Lokasi Hajatannya Penuh Tangisan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 262 hits
Ramai kisah haru seorang ayah yang sedang sakit tengah diantar menggunakan ambulans Kisah haru itu diceritakan dalam sebuah cuitan di media sosial Twitter dan kini menjadi viral Cuitan itu menyebutkan jika ayah berjuang ingin lihat anak nik...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang