70 Rakyat Yakin Pm Mampu Pulihkan Ekonomi Negara




Dasar kewangan, kempen anti rasuah dan tindakan bantuan bersasar Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan keyakinan pelabur luar serta pasaran kewangan negara diyakini rakyat berupaya memulihkan ekonomi negara yang agak buruk sejak sedekad lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilham Centre, Hisommudin Bakar, keyakinan itu telah pun ditunjukkan secara konsisten dalam siri tinjauan pendapat atau polling yang beliau lakukan di Facebook kelmarin dan di media sosial lainnya selepas itu.
“Soalan saya tanya itu (di Facebook) untuk tengok sejauh mana penerimaan terhadap PM 10, juga inisiatif Malaysia Madani dan Kerajaan Perpaduan, adakah diterima oleh rakyat.
“Jadi saya melihat hasil daripada polling yang saya buat itu konsisten dari awal sehingga saya tutup polling (dalam 24 jam). Trend menunjukkan, pertama saya tanya tentang ekonomi rakyat. Rata rata memang saya lihat rakyat terkesan dengan kos sara hidup.
“Mereka menyatakan berdepan dengan isu pendapatan isi rumah. Pendapatan meereka tertanggu dengan kenaikan harga barang
“Kedua, sisi positifnya, penerimaan terhadap atau keyakinan mereka kepada Datuk Seri Anwar (akan mampu) memulihkan ekonomi melepasi 70%. Kalau tengok hasil polling itu, rakyat telah meletakkan harapan yang tinggi kepada Datuk Seri Anwar (untuk) memulihkan ekonomi,” kata Hisommudin kepada Suara Keadilan.
Bagaimanapun, Hisommudin mendapat hasil yang agak kontra berkenaan sebaran maklumat kerajaan.
Biarpun, katanya, rakyat maklum mengenai agenda Malaysia Madani yang dilancarkan Anwar sejak Januari 2023 tetapi katanya, maklumat tersebut kurang diperolehi daripada sumber sebaran am kerajaan, sebaliknya rakyat mengetahuinya daripada sumber lain.
“Berkenaan hebahan maklumat agak kontra sikit. Mereka mengetahui mengenai Malaysia Madani tetapi mereka menyatakan hebahan oleh kerajan itu tidak berkesan kepada mereka. Maksudnya mereka tidak mendapat hebahan daripada kerajaan. Mereka mendapat maklumat dari sumber lain, sebagaimana yang saya faham (berdasarkan tinjauan),” ujarnya.
Namun bagi Hisommudin, perkara paling penting adalah Anwar telah mendapatkan kembali karismanya sebagai pemimpin unggul apabila beliau dengan mudah melepasi impian atau aspektasi rakyat berkenaan kualiti seorang PM.
“Bagi soalan, adakah kerajaan Madani memenuhi harapan mereka, saya lihat 60% menyatakan kerajaan memenuhi aspektasi.
“Untuk pendapat, adakah kerajaan ini mampu bertahan sehingga habis penggal, 81% menyatakan mereka yakin Kerajaan Perpaduan boleh kekal sehingga tamat penggal,” katanya.
Satu lagi punca kejayaan pentadbiran 4 bulan Anwar di mata rakyat, kata Hisommudin adalah inisiatif pakej Rahmah.
Katanya, tidak mengira jenis bantuan apa, rakyat berpuas hati bantuan berkenaan mampu meredakan kesukaran hidup yang dialami golongan memerlukan.
“Mengenai Menu Rahmah, bantuan rahmah dan pakejnya, adakah mampu untuk meredakan beban ekonomi keluarga mereka, 61% menyatakan ada kesan. Inisiatif Rahmah mereka kata mampu menyerap beban ekonomi dihadapi,” katanya lagi.
Hisommudin dalam beberapa hari ini menjalankan polling di hampir semua media sosial menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi melihat apakah rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Anwar sepanjang 4 bulan. Lebih lebih lagi bagaimanakah kesan bantuan bersasar kepada rakyat biasa yang merayakan Aidilfitri pada tahun ini.
The post 70% rakyat yakin PM mampu pulihkan ekonomi negara first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36318?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=70-rakyat-yakin-pm-mampu-pulihkan-ekonomi-negara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foodpanda Menawarkan Bungkusan Barangan Runcit Pakej Rahmah Mampu Milik Kepada Rakyat Malaysia

Foodpanda Menawarkan Bungkusan Barangan Runcit Pakej Rahmah Mampu Milik Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 326 hits
Foodpanda Menawarkan Bungkusan Barangan Runcit Pakej Rahmah Mampu Milik kepada Rakyat MalaysiaPandamart foodpanda akan menghantar barangan keperluan harian dengan penjimatan yang ketara menjelang musim perayaan Aidilfitri Foodpanda salah sa...
Tak Mampu Belajar Dalam Negara Je Shuhada Dikecam Mohon Penaja Nak Belajar Oversea Meskipun Sedang Hamil

Tak Mampu Belajar Dalam Negara Je Shuhada Dikecam Mohon Penaja Nak Belajar Oversea Meskipun Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 129 hits
Isteri kepada pelakon kontroversi Hafidz Roshdi Nurul Shuhada Mat Shukri baru baru ini ada meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara Sedar dirinya kini sedang sarat hamil Shuhada enggan menjadikan keadaan itu sebagai alasan...
Janganlah Buat Rakyat Rasa Terjajah Di Negara Sendiri Henti Terus Bawa Masuk Pekerja

Janganlah Buat Rakyat Rasa Terjajah Di Negara Sendiri Henti Terus Bawa Masuk Pekerja

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 169 hits
SAUDARA PENGARANG TERKEJUT apabila mendengar berita hampir sejuta kuota pekerja asing telah diluluskan setakat ini Ketika sidang Dewan Rakyat baru baru ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud memberitahu sehingga 14 Mac lalu seb...
Mes Icmi Bersinergi Hadirkan Program Khazanah Fest Untuk Gerakkan Ekonomi Umat

Mes Icmi Bersinergi Hadirkan Program Khazanah Fest Untuk Gerakkan Ekonomi Umat

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 154 hits
Melalui program Khazanah Fest di Tanah Air Masyarakat Ekonomi Syariah dan Ikatan Cendekiawan Muslim se Indonesia berkomitmen menggerakkan perekonomian umat dan memajukan peradaban
13 Tapak Dipajak Kepada Konsesi Lebuh Raya Jana Ekonomi Tanah Persekutuan

13 Tapak Dipajak Kepada Konsesi Lebuh Raya Jana Ekonomi Tanah Persekutuan

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 397 hits
Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pajakan itu selaras Kanun Tanah Negara selain mengoptimumkan penggunaan di atas tanah persekutuan KUALA LUMPUR Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubah...
11 Potret Pelakon Harry Potter Multiverse Versi Negara Negara Di Asia

11 Potret Pelakon Harry Potter Multiverse Versi Negara Negara Di Asia

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 168 hits
Andainya watak utama Harry Potter dilakonkan oleh mereka yang berasal dari negara negara di Asia seperti Malaysia Indonesia Thailand dll bagaimana agaknya rupanya ya Jom selongkar rupa pelakon Harry Potter versi Negara di asia Apabila Watak...
Ganjar Blusukan Ke Kudus Geliat Ekonomi Jelang Lebaran Sudah Terasa

Ganjar Blusukan Ke Kudus Geliat Ekonomi Jelang Lebaran Sudah Terasa

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 197 hits
Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo blusukan ke Pasar Kliwon Kabupaten Kudus Dia mengecek harga kebutuhan pokok menjelang lebaran Hari Raya Idulfitri 1444 H
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin