7 Tip Untuk Survive Dalam Bisnes Online
By: Kak Aila CEO of #NAS_Business_Solution (my cousin)
Assalamualaikum akak-akak dan adik
Sekadar sharing saya yang serba lemah ini. Setiap jatuh bangun dalam business, saya dah lalui.
Company yang saya tubuhkan pun beberapa kali dah "salin tikar" atas macam-macam sebab-musabab nya. Salah satu nya adalah pembubaran "partnership" apabila salah seorang rakan kongsi bertindak menarik diri.
Nak membangunkan bisnes online ni bukan mudah , ramai sangat saya tengok yang 'syahid' sebelum bertempur tau.
To be honest, bisnes online lah yang paling mudah patah semangat. Sebab apa
Hmm.. kalian yang buat bisnes online sendiri tahu sebabnya kan
Saya cuma nak share 7 tips yang perlu dipegang selaku peniaga online, agar dapat bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun
1) Jangan mudah dan cepat terpesona untuk sewa kedai
Buat peniaga online, anda teruskan lah berniaga secara online atau pun buat kerja dari rumah sahaja. WFH at SOHO giteww kan. Saya nampak ramai kecundang tatkala terasa seakan-akan "eh kalau aku ada kedai, mesti lagi masyuk"
Maaf cakap lah, tapi kebanyakan rakan sealiran yang bergelar home-bakers la yang paling ramai tersilap langkah dengan membuka premis. Sedangkan volume pengeluaran produk mereka masih boleh ditampung di rumah sahaja
Nanti bila dah ada kemampuan, atau terpaksa hire pekerja ataupun stok betul-betul tak dapat tampung di rumah, barulah sewa kedai.
Ingat, mempunyai premis itu bukan kayu ukur betapa sukses nya bisnes kita. Tapi ianya adalah liabiliti. Elok-elok kita berniaga online, tanpa sebarang komitmen kewangan (bayar sewa kedai), tiba-tiba terpaksa tanggung macam-macam komitmen
Silap haribulan, jumlah margin bulanan tidak lepas untuk membayar komitmen tu semua. At the end, patah balik kepada online. Fikir-fikirkan
2) Jangan buat loan bank
Saya nasihatkan para peniaga online, berniagalah seadanya. Jangan ajar diri kita tu berhutang dengan bank.
Baru-baru nak niaga biasakan dulu pakai apa yang ada di tangan. Nanti dah lama-lama niaga baru plan macam mana nak kembangkan perniagaan dan buat pengeluran lebih besar
Lagi pun banyak je bantuan untuk usahawan kan. Baik Risda, MARA, Kementerian-kementerian macam kementerian Luar Bandar dan Asas Tani ke, kementeria pembangunan Wanita ke, ataupun Belia je.
Kalau tak tahu, boleh rujuk ketua kampung atau penghulu. Saya amat galakkan para usahawan memohon bantuan geran dari agensi kerajaan begini, daripada buat loan bank
Baik. Saya bagi contoh situasi. Andai kata perniagaan kalian kurang bernasib baik, dan terhenti di tengah jalan, atas faktor-faktor tertentu. Lepastu, hutang masih belum habis bayar. Boleh imagine tak apa akan berlaku dalam hidup kalian selepas ini
Ok situasi kedua. Kalau kalian tak buat loan, kalian tak perlu menanggung hutang, biarpun bisnes tak jalan. At least tak jatuh papa kedana. Bila-bila masa je kalian boleh bangun semula dan cuba sekali lagi
3) Pilih produk pertama dengan betul
Cari produk yang senang nak jual, dan mempunyai peluang pasaran yang luas. Jangan cari yang payah nak jual, nanti anda jugak yang frust menonggeng.
Untuk permulaan cari dropshipper yang menawarkan produk mudah nak jual, baru lah semangat bila tengok sale laju kan. Contoh program dropship yang tengah in trend sekarang ni adalah Sabella®
Join group reseller Sabella, dan belajar buat sale dari bawah. Lagipun berkerja secara berkumpulan begini, dapat mengekalkan momentum dan energy kita dalam berniaga
Topik ini saya akan ulas lebih terperinci dalam post akan datang ye. Stay tuned
4) Asingkan perbelanjaan syarikat dan perbelanjaan peribadi.
Wujudkan dua akaun. Satu sendiri punya dan satu untuk niaga atau syarikat. Penting untuk rekodkan semua perbelanjaan. Kalau ada duit lebih sikit, lagi bagus beli sistem (macam ms.excel) untuk memudahkan anda key in data sendiri.
Sistem macam ni dah diformulakan dan tinggal kita je masukkan value. Nanti sistem akan calculate sendiri margin, untung rugi, cash flow, dan lain-lain
5) Tangguhkan kepuasan dahulu
Kajian menunjukkan orang-orang yang berjaya, biasanya menangguhkan kepuasan dan kehendak diri terlebih dahulu
Maksudnya mereka ini tak membeli apa yang luxury dulu, sebaliknya mengutamakan needs terlebih dulu. So belajar kawal perasaan dan nafsu ya. Nanti dah berjaya, dah ada 'duit sejuk beku' dalam bank 10K ke, boleh la beli apa awak nak beli ok?
6) Jangan cepat nak jadi boss
Untuk permulaan, berniaga ni kena la jadi kuli dulu. Tak usah tergesa-gena nak hire pekerja untuk tolong uruskan page dan balas PM / Whatsapp.
Makna kata, semua urusan dari pengurusan sampai la bab-bab housekeeping kalian kena buat sendiri. Jadi kuli ni bagus sebenarnya tau. Kita boleh belajar macam-macam benda. Dari situlah kita makin matang dalam bisnes
7) Mindset kena kuat
Ini paling penting . Jadi lah, nak jadi apa pun kat dunia ni tapi mindset harus kuat . Jangan hari ni cakap lain , esok cakap lain .
Nak niaga tapi main-main, bila kena uji sikit mula lah putus asa. Tak boleh nak berfikiran mcm orang makan gaji tau.
Kita berniaga ni sebenarnya memain peranan majikan tau. Diulang sekali lagi, majikan okey. So as an employer kalian kena kuat
Dah dapat tips kan
Sila manfaatkan ye. Walau apa jua cabaran yang datang terus bertahan dan hadapinya dengan penuh bergaya macam boss
Kita kan majikan,remember? tips berjaya dalam bisnes online,cara memulakan perniagaan online,formula berjaya dalam perniagaan,usahawan online berjaya di malaysia,cara memulakan perniagaan sendiri,strategi perniagaan online,tips untuk berjaya dalam perniagaan,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://annursyuhadah.blogspot.com/2019/10/7-tip-untuk-survive-dalam-bisnes-online.html