7 Rahsia Huruf Nun Dalam Surah Al Qalam


Surah Al-Qalam dalam Al-Quran dimulakan dengan huruf nun. Huruf nun itu sendiri adalah huruf istimewa yang mempunyai rahsia seperti berikut:
1. Huruf nun melambangkan Islam
Huruf nun yang mempunyai separuh bulatan dan satu titik di atasnya juga disimbolkan sebagai bulan sabit dan bintang di atasnya. Simbol ini dikenali sebagai hilal dalam bahasa Arab dan digunapakai sebagai meluas sebagai simbol untuk Islam. Perhatikan bendera-bendera kebanyakan negara Islam seperti Malaysia, Turki, Tunisia, Pakistan, Brunei dsb kebanyakannya menggunakan simbol bulan sabit dan bintang ini yang melambangkan Islam.
2. Huruf nun melambangkan cermin / simetri dan kebenaran
Dalam huruf arab, hanya ada enam huruf sahaja yang mempunyai sifat simetri iaitu alif, ba, ta, tsa, nun dan ha. Huruf simetri ini melambangkan cermin. Cermin itu sendiri melambangkan kebenaran kerana cermin itu tidak pernah menipu, ianya akan sentiasa memantulkan objek yang benar dihadapannya.
3. Huruf nun melambangkan separuh dari kesempurnaan


Masing-masing huruf dalam Abjad Arab (seperti halnya Abjad Yahudi) memiliki nilai tertentu dan Huruf Nun nilainya 50. Angka ini bermaksud “setengah” dari angka sempurna yang biasanya diberikan nilai 100. Kesan serupa juga terlihat dari bentuk huruf itu (=نِ) yang menyerupai “setengah” lingkaran dengan satu titik di tengahnya.
4. Huruf nun melambangkan keselamatan benih-benih kehidupan dari bencana

Perhatikan ayat Al-Quran berikut:


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggallah dia dalam kalangan mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka). (29:14)
1000 tahun bersamaan dengan sehari di akhirat manakala 50 tahun pula merujuk kepada huruf nun yang mempunyai nilai 50. Ayat ini telah merujuk kepada huruf nun secara tidak langsung sebagai petunjuk bahawa huruf nun itu dikaitkan dengan banjir besar pada zaman nabi Nuh AS.

Bentuk setengah lingkaran juga menggambarkan “perahu” yang dapat dianalogikan dengan perahu Nabi Nuh AS yang digunakan untuk menyelamatkan “benih-benih kehidupan” dalam masa transisi atau masa kegelapan (“a period of “obscuration”) yang menandai dua kehidupan yang sangat berbeda: sebelum dan selepas banjir besar. Benih-benih kehidupan itu dilambangkan oleh titik dalam Huruf Nun.
5. Huruf nun melambangkan sikap tidak pernah putus asa dari rahmat Allah SWT
Huruf nun merujuk kepada kisah Nabi Yunus AS yang ditelan ikan nun dalam Al-Quran seperti ayat berikut:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (21:87)
Sebab itulah Nabi Yunus AS digelarkan oleh Allah SWT sebagai Zun-nun, yang menunjukkan sikapnya yang tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah SWT sewaktu berada di dalam perut ikan nun.
6. Huruf nun melambangkan takdir kerana ia adalah pena yang digunakan sebagai alat untuk menulis oleh Al-Qalam
Perhatikan dua hadis berikut:Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan Allah adalah qalam (pena). Allah berfirman kepada kalam tersebut, 'Tulislah'. Kemudian Qalam berkata, "Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis?" Allah berfirman, "Tulislah takdir segala sesuatu yang terjadi hingga Hari Kiamat." (HR. Abu Daud)

Diceritakan oleh Abu Hurairah, beliau mendengar bahwa Nabi bersabda “Awal benda yang Allah ciptakan adalah Al-Qalam, kemudian Dia menciptakan Nun, iaitu Pena”
Dan ayat Quran berikut:Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (68:1) 
Surah Al-Qalam merujuk kepada Al-Qalam iaitu makhluk pertama sekali diciptakan Allah SWT. Pemulaan surah Al-Qalam ialah huruf nun diikuti dengan sumpah Allah SWT dengan pena.  Sebagaimana penjelasan Syekh Nawawi dalam Tafsir Marah Labid, nun bukanlah pena biasa. Pena yang dimaksudkan adalah pena tertentu yang terbuat dari cahaya, yang panjangnya terbentang sebagaimana jarak antara langit dan bumi. Pena inilah yang digunakan oleh Al-Qalam untuk menulis takdir segala sesuatu yang terjadi hingga Hari Kiamat.
7. Huruf nun melambangkan penulisan
M. Quraish Shihab dalam tafsirnya Al-Misbah lebih cenderung pada pemaknaan pena secara umum. Iaitu Al-Qalam yang memiliki makna di atas, makna pena sebagai alat tulis, serta pada benda yang memiliki fungsi yang sama dengan pena, termasuk laptop, komputer atau handphone. Penulisan ialah sesuatu yang mampu menghasilkan pahala yang berterusan kepada ahlinya seperti hadis berikut:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya." (Riwayat Ibn Majah)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lautan-biru.blogspot.com/2020/06/rahsia-huruf-nun-dalam-surah-al-qalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Rahsia Huruf Ha

7 Rahsia Huruf Ha

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 965 hits
1 Huruf Ha merujuk kepada Allah SWTLafaz Allah adalah lafaz yang sangat istimewa Lafaz ini adalah satu satunya lafaz yang apabila dibuang hurufnya satu persatu maka sampai satu huruf yang terakhir tetap akan mempunyai makna Perhatikan kalim...
7 Rahsia Huruf Mim

7 Rahsia Huruf Mim

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 449 hits
1 Huruf mim merupakan pintu menuju Ahad Huruf mim merupakan pintu menuju Ahad melalui Ahmad Perbezaan antara Ahad dan Ahmad adalah huruf mim Perhatikan ayat Quran berikut Katakanlah Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya...
Formula Mengatasi Kesukaran Dari Surah Al Insyirah

Formula Mengatasi Kesukaran Dari Surah Al Insyirah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 584 hits
Pada hari ini saya ingin memberikan satu formula yang mudah yang digali dari surah Al Insyirah Formulanya adalah KESUKARAN KEMUDAHANFormula ini digali dari ayat 5 6 surah Al Insyirah Maksud formula ini ialah setiap kesukaran itu tidak datan...
Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur

Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 484 hits
Ketika kita ziarahi kubur apakah surah yang kita perlu dibaca Adakah memadai kalau saya membaca surah al fatehah sahaja Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur Credit Pic JAWAPAN Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur Ketik...
Jom Baca 4 Kisah Dan Ujian Dalam Surah Al Kahfi Yang Boleh Kita Jadikan Pengajaran Dan Ikhtibar

Jom Baca 4 Kisah Dan Ujian Dalam Surah Al Kahfi Yang Boleh Kita Jadikan Pengajaran Dan Ikhtibar

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 809 hits
JOM BACA 4 KISAH DAN UJIAN DALAM SURAH AL KAHFI YANG BOLEH KITA JADIKAN PENGAJARAN DAN IKHTIBAR Surah Al Kahfi diturunkan di Mekah adalah surah Makiyyah yang mempunyai 110 ayat Rasullullah sangat menggalakkan umatnya membaca surah ni setiap...
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az Zalzalah 3 Kali

Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az Zalzalah 3 Kali

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 1936 hits
Bagi mereka yang menghantarnya mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail Namun se...
Ingin Dimudahkan Hidup Dan Dilapangkan Rezeki Bacalah Surah Al Insyirah Usai Sholat 5 Waktu

Ingin Dimudahkan Hidup Dan Dilapangkan Rezeki Bacalah Surah Al Insyirah Usai Sholat 5 Waktu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 435 hits
Surah Al Insyirah merupakan surat yang ke 94 terdiri dari 8 ayat dan merupakan surat Makkiyah yakni diturunkan ketika Nabi belum hijrah ke Madinah Al insyirah sendiri artinya Kelapangan yang melalui surat tersebut Allah memberikan gambaran ...
Asal Usul Minyak Pugai Balabak Dan Rahsia Cara Membuatnya

Asal Usul Minyak Pugai Balabak Dan Rahsia Cara Membuatnya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1099 hits
Kali ini kami akan bercerita tentang sal usul minyak pugai dari sebuah pulau di daerah Kudat utara negeri Sabah yang dikatakan sangat power untuk memikat teruna atau dara idaman Minyak pugai ini lebih dikenali sebagai Pugai Balabak adalah b...
Libre Franklin Font Terbaik Alternatif Huruf Helvetica

Libre Franklin Font Terbaik Alternatif Huruf Helvetica

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 380 hits
Helvetica adalah jenis huruf sans serif yang banyak digunakan dan telah populer di penerbitan sejak 1960 an Alternatif yang biasa digunakan untuk Helvetica termasuk Arial dan Swiss CB sendiri memilih Libre Franklin sebagai font terbaik untu...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo