7 Makanan Untuk Orang Demam Wajib Ambil Agar Cepat Sembuh


Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang mudah menghidap demam tidak kiralah yang muda atau tua.
Ketika tubuh bertindak balas untuk melawan penyakit, adalah penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat bagi mengelakkan dehidrasi, memulihkan tenaga dan mempercepat proses penyembuhan.
Selain bergantung kepada ubat demam, sebenarnya terdapat beberapa makanan yang boleh diambil untuk membantu anda cepat sembuh ketika demam.
Ayuh kita semak bersama-sama.
Makanan Untuk Orang Demam 1. Sup Ayam Sup ayam merupakan salah satu makanan untuk orang demam yang mudah untuk dihasilkan. Walaupun ringkas, namun kehangatan sup boleh meredakan selsema dan hidung tersumbat.
Lebih penting lagi, ia merupakan sumber elektrolit yang baik untuk membantu pesakit yang mungkin mengalami dehidrasi akibat demam, berpeluh dan muntah.
Pada masa yang sama, ia turut mengandungi asid amino cysteine yang penting untuk mencairkan mukus dan mampu bertindak sebagai antioksida, antivirus dan antiradang.
2. Pisang Sumber : Wellness Munch Ketika anda hilang selera makan dan mahukan tenaga segera semasa demam, anda boleh makan buah pisang.
Pisang yang kaya dengan khasiat kalium juga dapat membantu mengembalikan elektrolit yang hilang di dalam tubuh ketika tidak sihat.
Bertekstur lembut dan kaya dengan serat, pisang juga tidak mengganggu perut dan sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.
3. Halia Terkenal sebagai ramuan masakan dan herba untuk rawatan dari rumah, halia merupakan satu lagi makanan untuk orang demam yang wajib diambil.
Ia merupakan herba terbaik untuk ketika anda sedang rasa mual. Cara paling mudah untuk amalkannya ialah dengan minum rebusan halia atau masukkan herba ini ke dalam masakan.
4. Madu Madu merupakan salah satu bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh. Ia juga dikatakan dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
Pada masa yang sama, madu turut memiliki sifat antimikrob yang membantu mencegah jangkitan pada kerongkong.
5. Bawang Putih Bawang putih telah digunakan sebagai ramuan tradisional bagi merawat penyakit sejak dahulu lagi.
Beberapa kajian terhadap haiwan juga telah menunjukkan potensi bawang putih sebagai ejen antibakteria, antivirus dan antikulat.
Satu kajian turut membuktikan bahawa pengambilan suplemen ekstrak bawang putih dapat menguatkan sistem imuniti serta mengurangkan gejala flu.  
6. Yogurt Kajian menunjukkan bahawa pengambilan produk probiotik seperti yogurt dapat membantu kanak-kanak dan dewasa untuk cepat sembuh ketika sakit dan terlindung daripada selsema.
Anda juga boleh tambahkan buah-buahan beri seperti strawberi dan beri biru yang kaya dengan vitamin C bagi menguatkan lagi sistem pertahanan tubuh.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin dapati pengambilan produk tenusu ketika selsema boleh melikatkan lagi mukus pada tekak dan rongga hidung.
Dalam kes ini, anda perlulah gunakan sumber alternatif seperti suplemen probiotik atau kombucha.
7. Sayuran Berdaun Hijau Sayur berdaun hijau seperti bayam, sawi dan salad padat dengan serat, vitamin dan mineral.
Ia juga mengandungi khasiat antioksida penting iaitu polifenol bagi mencegah kerosakan sel serta keradangan tubuh.
Jadi, jangan lupa untuk lebihkan sayur-sayuran ketika demam.
Tips Pemakanan Ketika Sakit Selain mengambil makanan untuk orang demam seperti yang disenaraikan, anda digalakkan untuk patuhi tips berikut agar cepat sembuh :
Banyakkan minum air kosong Elakkan minuman berkafein, makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh mengganggu perut Minum air kelapa untuk hidratkan tubuh dengan pantas Anda juga boleh minum teh herba untuk legakan flu dan merangsang sistem imuniti Elakkan makanan dan minuman tinggi kandungan gula kerana ia boleh melemahkan sistem imun dan hanya memberi tenaga sementara. Sumber : Facebook Public Health Malaysia Dengan memilih makanan yang betul, anda bukan sahaja dapat membantu mempercepat proses penyembuhan, malah dapat mengurangkan gejala dehidrasi dan mengembalikan tenaga.
Walau bagaimanapun, sekiranya demam masih berlarutan selama lebih 3 hari beserta dengan gejala serius, dapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera.
Sumber : Healthline, Medical News Today, Public Health Malaysia
Baca Juga : Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-untuk-orang-demam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-untuk-orang-demam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengundi Wajib Haji Boleh Ditangguh Anak Tuan Guru Nik Aziz

Mengundi Wajib Haji Boleh Ditangguh Anak Tuan Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 21 hits
22 April 2025Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa kewajiban menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya perlu diberi keutamaan sekiranya bertembung dengan ibadah haji Beliau b...
5 Buku Motivasi Yang Wajib Dibaca Gen Z Untuk Menyambut Hari Buku Sedunia

5 Buku Motivasi Yang Wajib Dibaca Gen Z Untuk Menyambut Hari Buku Sedunia

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 41 hits
Yang merasa Generasi Gen Z yuk sini kumpul Demi menyambut peringatan Hari Buku Sedunia yang jatuh pada tanggal 23 April 2025 nanti mari kita rayakan dengan membaca buku buku penuh inspirasi Manfaatkan momen ini untuk memperdalam pengetahuan...
Jangan Lagi Berdiam Diri Rakyat Wajib Tentang Fatwa Keliru Hadi Awang

Jangan Lagi Berdiam Diri Rakyat Wajib Tentang Fatwa Keliru Hadi Awang

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 59 hits
KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH NASIONALJANGAN LAGI BERDIAM DIRI RAKYAT WAJIB TENTANG FATWA KELIRU HADI AWANG Pemuda AMANAH menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar bangkit menolak dan membantah kenyataan tidak bertanggungjawa...
Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 91 hits
Kasih yang pernah terlerai kini kembali bertaut apabila penyanyi terkenal Sufian Suhaimi mengesahkan bahawa dia kini kembali menjalin hubungan cinta dengan wanita bernama Rania selepas perpisahan mereka pada tahun 2023 Hubungan yang kembali...
Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi Internet Kini Wajib Dimiliki

Kemahiran Digital Rakyat Malaysia Capai Paras Tertinggi Internet Kini Wajib Dimiliki

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 65 hits
Malaysia semakin menghampiri sasaran masyarakat digital sepenuhnya dengan laporan terkini DOSM menunjukkan lebih 90 rakyat mempunyai kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi Menariknya golongan belia menjadi peneraju utama dalam kem...
Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 48 hits
Paru Paru Sihat Nafas Pun Power Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa Si Cilik Bayangkan anak anda aktif bermain berlari ke sana sini ketawa tanpa henti semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti paru paru Tapi sejauh man...
Larian Hari Bumi Galaxy 2025 Acara Yang Wajib Datang

Larian Hari Bumi Galaxy 2025 Acara Yang Wajib Datang

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 58 hits
Pernah teringin untuk merakam dalam 8K atau vlog sambil melakukan windsurfing Insta360 X5 mungkin bakal jadi barang wajib dalam hidup anda Model terbaru ini yang sudah jadi kegemaran ramai sekarang boleh didapati di Malaysia Tahun ini kita ...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi