7 Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang Selamat Semerbak Aromanya


Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.
PULUT INTI MANISBAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah2 sudu makan gula pasir1 cawan airGaram secukup rasa300 gm kelapa parut /diambil putih sahajaBahan pulut :
100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan100 ml air50 ml santanGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.Masak hingga gula larut.Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wapAngkat dan ketepikan.Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemasSedia dihidangSaiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung berasSecubit kapur makan2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar1 sudu teh gula bagi setiap bekasBahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras2 1/2 cawan santanSecubit garamCARA MEMASAK :
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
KUIH ABUK -ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu2 cawan kepala parut putih3 sudu makan gula merah3 sudu makan gula pasirGaram secukup rasa10 calong daun pisang, lidi penyematCARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.Campurkan gula merah dengan gula pasir.Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa1 cawan gula merah1/2 cawan gula pasir1 sudu teh garam2 cawan air2 helai daun pandan2 sudu makan tepung gandumCARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)500gm tepung pulut3 sudu makan tepung gandumAir secukupnyaCARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan2 cawan air1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)3 sudu makan tepung jagung3 sudu makan tepung berasCARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segiCARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
5.. KUIH NAGASARI


BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya
Pisang nangka (atau apa shj yg sedap)
.
CARA MEMASAKYA 🙂
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental.
3. Kemudian matikan api. Biar suam.
Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6.PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam semalaman)1 liter santan cairGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
Minyak masak untuk menumis2 biji bawang merah (kisar)2 ulas bawang putih (kisar)50 gram udang kering (rendam dan kisar)2 sudu makan cili boh½ biji kelapa parut1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)1 batang serai (kisar)1 cm lengkuas (kisar)1 cm kunyit (kisar)1 cm halia (kisar)Garam secukup rasaDaun pisang untuk membungkusCARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an
1 Kg tepung pulut3 cawan Gula merah2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawanSedikit garamDaun pandanCara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/7-kuih-tradisional-berbalut-daun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Tepung Pelita Bekas Daun Pisang

Kuih Tepung Pelita Bekas Daun Pisang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 912 hits
Kuih tepung pelita antara kuih popular di Kelantan Tidak pasti pula mengapa namanya kuih tepung pelita atau lebih kerap disebut tepung pelita Tepung pelita tidak pula nampak seperti atau iras iras pelita Seperti kebanyakan kuih di Kelantan ...
5 Kuih Tradisional Paling Legend Perlu Diwarisi Anak Muda

5 Kuih Tradisional Paling Legend Perlu Diwarisi Anak Muda

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 523 hits
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati resipinya menghilang bersama orang lama yang membuatnya Jadi adik adik dan generasi baru semua ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan...
Panaskan Makanan Dalam Ketuhar Gelombang Mikro Selamat

Panaskan Makanan Dalam Ketuhar Gelombang Mikro Selamat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 217 hits
Oleh Dr Fatimah Binti Salim Pensyarah Kanan Institut Atta ur Rahman UITM Apakah yang berlaku semasa kita mula memanaskan makanan dalam microwave Radiasi gelombang mikro akan diberikan kepada makanan Harus diingat makanan yang kita lihat di ...
Sampaikan Selamat Ulang Tahun Untuk Mendiang Sang Drummer Ifan Seventeen Kirim Doa

Sampaikan Selamat Ulang Tahun Untuk Mendiang Sang Drummer Ifan Seventeen Kirim Doa

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 237 hits
Delapan bulan usai peristiwa tersebut tepatnya 8 Agustus 2019 hari ini merupakan hari spesial bagi Andi Seventeen Andi merayakan hari lahirnya Ifan mengunggah video kebersamaannya dengan Andi di akun instagramnya
Selamat Hari Raya Syawal Ke 11 Shrmzdb

Selamat Hari Raya Syawal Ke 11 Shrmzdb

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 374 hits
Hi korang Raya dah berlalu kan tanpa kita sedar dah masuk syawal ke 11 Selagi tu lah semangat untuk bertandang ke open house tak penah pudar kan Tu belum lagi masuk invitation dan reminder penuh dalam list dairy calendar Tapi kebiasaan nya ...
Azzam Sham Feat Ai Wahida Selamat Pengantin Baru Chord

Azzam Sham Feat Ai Wahida Selamat Pengantin Baru Chord

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 487 hits
EmEm B Am BEm B Am B Em Am EmIndah berseri suasana raja sehari Am EmTanda ikaran suami dan istri Am EmBunga manggar menhiasi pelamin Am EmMempelai tersenyum mata menjeling B EmHai selamat pengantin baru B EmMoga kekal ke anak cucu B EmHai s...
11 Notis Larangan Dikeluarkan Lif Tidak Selamat Digunakan

11 Notis Larangan Dikeluarkan Lif Tidak Selamat Digunakan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 237 hits
KUALA TERENGGANU 5 Ogos Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terengganu mengeluarkan 11 notis larangan serta merta dan lapan surat arahan kepada pemilik lif atau premis bangunan di negeri ini dari Januari sehingga Julai ini Pengarahn...
Tiada Alasan Lagi Untuk Berhenti Rokok Dengan Relx Alpha Yang Lebih Selamat Menyegarkan

Tiada Alasan Lagi Untuk Berhenti Rokok Dengan Relx Alpha Yang Lebih Selamat Menyegarkan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 315 hits
Kalau korang nak tahu jenama rokok elektronik yang terkemuka di dunia sekarang ni ialah RELX tau Baru baru ini RELX melancarkan dua produk terbarunya iaitu RELX Alpha dan RELX Nano yang direka berasaskan kepada teknologi tinggi dengan membe...
Selamat Hari Lahir Puteri Umno

Selamat Hari Lahir Puteri Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 425 hits
Raja Sara Petra Hari ini Puteri Umno berusia 18 tahun Dari segi umur manusia 18 tahun dianggap sebagai dewasa Jadi hari ini Puteri Umno sudah dewasa dan bukan lagi kanak kanak Beberapa tahun akan datang adalah satu cabaran untuk Umno Selepa...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga